pada seorang wanita sebaya
Dulu kenalinya seorang yang kurus geletis
Rambut menjurai dihidang betis
Cukup.
Dia seorang gadis kota
Yang tiada bezanya dengan lainnya
Kini aku kenal dia
Tudung litup berumba rumbis
Baju menutup dilindung dari iblis
Lalu aku pun bertanya
Soalan yang lama aku mahu tanya
untuk sang penghijrah
Apa yang mendorong kau berubah?
Jawabnya.
Didalam hatinya. Tuhan belum terhakis.
Takutnya pada Dia belum dikikis
Terfikir dosa yang belum dihiris
Kali ini, aku yakin kata Fynn
'Selagi Tuhan Ada, Tidak Kau Tercela'
Sekian