Sunday, January 27, 2013

Hina

Seperti burung patah sayapnya
Saya percaya tiada lagi akan memandangnya

Seperti angin beserta habanya
Kabus hilang dipuja tiada

Bila matahari mencucuh teriknya
Dipuja pergi segala cahaya
Dihalau mati siangnya nanti

Seperti saya
Tiada handal mencuri hati
Tiada permata untuk ditakhta
Bila didada bersopak hina

Dibuang saya ketepi jua

Ahmadchin

Friday, January 25, 2013

Masa

Detik, saat minit dan jam
Mereka minoriti dalam kumpulan masa

Kecil mereka
Menghukum saya

Pabila saya diluka
Lambat perginya
Pabila saya gembira
Memecut laju pula

Ahmadchin

Sepi

Abah sibuk mencari rezeki
Ibu juga tak goyang kaki

Terbiar sendiri sekeping hati
Meratapi dirinya
Yang sunyi sepi

Ahmadchin

Harinya

Tak banyak

Hanya bila dalam senang
Bila pula dalam susah
Bila dijinjing segala ringan
Bila dipikul beban nan berat

Kita akan terus bahagia
Bagai dalam sampan
Teguh meredah taufan

Ahmadchin

Wednesday, January 23, 2013

Ulangtahun baginda

Tiada apa mampu dikata
Yang mampu diukir bibir
Dipuji dari pena
Segalanya pendam sahaja

Jika ditenung segala dosa
Jika diperlihat segala durja
Siapalah saya
Jika ingin dipanggil kawan baginda

Terima kasih!

Sebelum pergimu
Sehingga waktu itu
Tidak berkurang kasih pada umatmu

Sehingga hari ini
hingga titian silaturrahim nanti

Kasihmu pasti tidak terhenti

Ahmadchin
24 Jan 2013

Lekang

Dan hilang
Seperti tubuh tiada jiwa
Gersang

Dan hilang
Seperti otak akal tidak lagi menumpang
Kontang

Satu persatu pergi
Buta, pekak, kudung
Cacat, tempang, lumpuh

Hati
Lukanya takkan sembuh
Cuma cekal dihiris hiris
Digilis gilis
Lama lama
Menjadi iblis

Ahmadchin

Himpit

Kita pernah rasa Gembira
Lagi pernah ditimpa durja.
Sebolehnya mahu segala gembira
Mahu diranap segala duga

Selebihnya
Lebih teruk kita dihimpit keduanya

Ahmadchin

Tuesday, January 22, 2013

Bintang


Jangan sedih bila ditolak jatuh sayang
Lihat saja kau sudah berbaring sekarang

Terus dihadapan
Beribu bintang terang
Sekarang kau rasa tenang
kan?

Ahmadchin

Sesiku L

Sayang kau ni tak logik apabila mau dibilang cintaku dengan jari? Kenapa tidak pula kau ukur cinta ku dengan sesiku L?

Sentap

Pijak lah saya
Maki lah saya
Sampahkan saya
Saya terima segala

Cuma....

Hati itu jangan dibahagi dua
Biarkan 1 untuk saya
Sahaja.

Ahmadchin

Thursday, January 17, 2013

Tegak

Rambut pacak
Boraknya bongkak
Gayanya segak
Jiwanya lecak
Langkahnya lagak
Dadanya kerak

Namun
Depan kertas bernilai
Dia tak lagi tegar tegak
Lagi cekal merangkak

1 Langkah

Lalalalalala
Lalalalalalala

Tahun ini kita akan mengorak kehadapan
Aku ini jika diizin tuhan
Akan sunting kau jadi peneman

Menjadi permaisuri beta
Kesayangan beta
Adinda pada kekanda
Dikatil permaisuri
Kita gering bersama

ahmadchin

Dengar

Kita berjalan berkumpul berpegangan
Berombak maju kita kedepan
Demi anak anak demi masa depan

Kita dicaci dimaki
Disepak sepak tak pernah mati
Dihenjak henjak
Dilanyak lanyak

Dalam berjuang jangan pernah henti
Kerna kita dilindung kebal hati
Dipertahan jantan diri

Wahai yang berkuasa dengarlah suara kita
Kamu boleh menggunakan media
Disuruh bersabar wahai anak muda

BerSabarlah
Bersyukurlah
Belajar dan mengajar,
gantunglah agama pada mereka, 
patuh lah bila jari ditunjuk saja
Jangan mencabar
Terus berdengkur
Lihat yang lebih susah
Teruskan tidur
Bala menimpa salahkan tuhanmu
Kerna kekayaan dalam poket
Kami sedang atur

Dengarkan lah
Jangan bertutur
Dengarkan lah
Jangan bertutur

Bila berani org cemuh nanti
Teruskan lah berlembut
Teruskan berdiam
Dan teruskan mati

Ahmadchin

Hati

Bila dibiar akan mati
Dibelai nanti meninggi
Ditinggal ia sendiri
Darah hati
Cinta suci

Sunday, January 13, 2013

Diary Hati

jika hati ini
adalah senaskah diari
sudah berapa kali
di koyak koyak helaian hati
dirobek robek kepingan hati


namun


akan terus menulis
menggantikan yang koyak tadi
menampal hak robek tadi

AhmadChin
14/1/2013

Wednesday, January 9, 2013

Pegang Tangan Saya

Saya tahu
kemungkinan untuk
Mati bersama berapa 
sahaja peratusnya

Tapi saya selalu rasa

Dilelapan terakhir mata saya
Indahnya
tangan awak 
Menggenggam tangan saya
Sekuatnya

Awak jangan bimbang
Waktu itu
Saya tak kan rasa sakit
Tak mampu lagi

menjerit


Ahmadchin

Pelukan

Satu jiwa yang kosong kontang
Supaya ada lagi rasa
Untuk dialirkan
Supaya kembali menjadi
Insan
Ia
Perlukan pelukan.

Ahmadchin

Friday, January 4, 2013

Kasihan

Jika sejati
Jagalah hati

Jika kasihan
Tinggal tinggalkan

Jangan dimainkan dengan harapan

Ahmadchin

Menjadi

Kadangnya aku terfikir
Menjadi lelaki memang begitu
Laluannya berliku
Tambah Dipalu dengan perempuan hantu

Cuma lelaki yang berjiwa besar
Hidupnya tak mudah hambar.
Ingat!
Tak mudah hambar
Bukan tak pernah hambar
Sabar.

Ahmadchin

Thursday, January 3, 2013

Bertanya

Hai.
Da makan?
Kenapa?
Salah ke?
Kat mana?
Buat apa?
Dengan siapa?
Kenapa?
Bagaimana?
Apa rasa?
Boring ke?
Tidur ke?
Nyenyak nyenyak
Ea

Celaka

Kekuasaan
Kerakusan
Penindasan
Pemerkosaan
Penipuan

Juga

Lakonan
Jika orang kafir diberi amaran
Tidak kah mereka berfikir.
Ulamak juga akan dianjingkan sebagai peringatan

Jika berdustakan ayat tuhan.

Semoga jauh kita menjadi bajingan

Ahmadchin

Hujan

Bila lebat itu mencari setan
Pabila renyai sedang membelai

Wednesday, January 2, 2013

Perfect

Wajahmu cantik
Rambutmu ulik
Matamu melirik
Bibirmu mengusik
Tanganmu licik

Cantik.
Perfect

ahmadchin

Relax

Baru sebulan dua
Nak gelojoh kemana
Dia tu baru kenal dunia
Kalau dah jodoh
Syurga nanti bertemu juga

Buat lelaki

Buat kita kita orang lelaki
Kita lelaki
Bila jatuh
Bangun lagi
Sampai mati.

Tuesday, January 1, 2013

Cerita gampang

Seseorang itu gampang

Mahu bina rumah

Selalu kita nan berdua cerita
Tentang cinta
Si teruna dan si dara bawah purnama

Lalalala~
Lalala
La
Lalalala

Dilihatkan pembangunan manusia meroyan
Disunyikan dalam hutan takut pada sang bunian
Ketepi lautan lihat ombak taufan
Berlari berkejaran
Itu lah dia cinta kita
Kesenangan dan kesusahan
Kita petik kebahahgian
Kita tetap berduaan

Ahmadchin

Jika

Jika difikir dimana saya
Bayangkan saya tidur jam berapa
Berbaringkan apa
Berbantalkan apa
Adakah bulan terang
Atau saya ini tak lagi dipandang?

Mengapa dulu dihulurkan bintang
Pada hati yang gelap usang

Mengapa dibiar hati yang patah
Cuba lah sambung jika tidak pun papah

Jika disayang
Kenapa hilang
Kenapa diam sekarang?

Jika dirindu
Kenapa begitu
Dibiarkan aku

Jika diraih, kenapa kalih?
Kenapa ditinggal teruna
Sedang kau pergi membawa dara?

#Ahmadchin
1/1/2013

Sebelumnya. Selepasnya

Sebelumnya
Aku ini diangkat tinggi
Minta dibawa ke mimpi
Akulah bintang akan berderang
Hati ini bak rumah
Disini kau akan menyerah

Selepasnya
Kita juga dibiar rebah
Sikit lagi mahu dipijak di tanah
Tiada lagi mimpi indah
Lagi berselera bersumpah seranah

Cuma aku ini lelaki
Memikirkan balasan kah semua ini?
Atas keterlanjuran lupakan ilahi?

1/1/2013