Monday, June 3, 2013

Kasihan

Saya tak suka
Jika orang suka saya
Semata kasihan
Semata kasihan
Tapi
Itu juga yang selalu saya kempunan
Kasihan
Kan


Ahmadchin

Pakcik

Dia berkencing manis katanya
Terlihat parut dan hitam kakinya
Aku dekati dia
Dan terus mara

Aku hulurkan rm1
Dia mendoakan aku
Rahmat yang beribu
Untuk hantu seperti aku
Indahnya tuhanku.


Ahmadchin

Mahu ada

Adakalanya
Saya lebih mahu biarkan awak begitu
Mahu lihat awak punya reaksi mahu
Bila lihat awak mula buka mata
Supaya awak mahu
Baring didada
Bersandar dibahu saya


Ahmadchin

Bidadari

Akubpernah ambil ramting kayu
Disusunkannya
Memanggil bidadari
Dan diajaibkan menjadi pokok kita

Aku pernah kutip segala daunan
Disusunkannya
Memanggil bidadari
Maka diajaibkan jadilah atapnya

Aku pernah memerangkap angin
Disusunkan segala angin
Memanggil bidadari
Dihembuskan kepada hati hati yang mati

Lalu dipanggil bidadari
Kali ini tiada tolong lagi
Katanya
'biarlah.hati ini akan hidup sendiri'

'Angin ini?'
'hemburkan lagi, biarlah hatinya berehat kali, jangan berhenti dinginkan jiwa ini'


Ahmadchin

Kuasa tuhan

Pernah saya gugurkan awan di awangan supaaya ternampak tanda kegagahan

Selaut lautan saya mampu keringkan tanda saya mampu mengairi segala hidupan

Namun kenapa gagal jiwa dan hati kalian saya gagal tembuskan menyuburkam benih2 cinta dari.tuhan?

Atau perlu diguna kegagahan?
Memghempapkan awan runtuh menimpa kalian?!

Ahmadchin