Wahai ibunda bercukuplah membanting tulang
Dari kecil ke besar aku dah kau julang
Tiba masanya, kau berehat di tiap senja petang
Wahai ibunda alihkan renunganmu ke dalam mata aku
Kisahkan risaumu, luahkan sedihmu, ceritakan lelahmu
aku mahu tahu
Tubuh sasa bagaikan permaisuri raja itu
susut, luput
Tubuh yang sasa
penat mengusung 9 cahaya mata
Tak penatnya melayan derhaka
Kala siang, Lentingannya sebentar
Malamnya menghidang cuka
Mata tua hadiah mulia dari tuhan
Jiwa yang gundah ditenangkan
Meringan
Beban
Masakan aku lupa lagi
Aku buat kau patah hati
Ego aku campak tinggi
Setaraf langit ilahi
Aku harap ibu lupa
Segala jerit, tengking durja
Tidur tak lagi bersama
Berkawan sampai habis purnama
Dah terlintas hari hari
Derita yang kau alami demi kami anak lelaki
Kau gagahkan lagi
Dan kini hari kemudian
Kerisauan pada kami anak perempuan
Yang tak penat kau manjakan
Wahai ibunda lihatlah kami ini
Berjubah suci, membaling topi
Tiap detik itu tercipta kerna
Tak pernah tinggal kau akan kami bersendiri
Kamu ibunda satu satunya lagenda
Kisah kau akan ku jajakan merata
Kisah cinta kita
Dalam sebuah keluarga
Wahai cinta hati dinda
Wahai permaisuri beta
Ampunkanlah anakanda
Kerna disitu syurga hamba
Kamu ibunda kamu maharani bumi
Perancang kasih tak berganti
Tuhan tolonglah jangan ambil lagi.
Biarkan aku dulu yang berlalu pergi
Jiwa yang baik,
Hidupnya biar 1000 tahun lagi
Sampai kami mati.
#Ahmadchin
23/11/2012
*Buat bondaku 'Wan Saadiah.