Friday, February 22, 2013

Penat

Sampai satu masa
Kita akan berkenalan erti penat

Bila tubuh mula menghangat
Bila otak habis keringat
Kaki tak lagi memahat
Tangan hilang kuat
Bibir mula kulat

Akan dibisik
Cukup2 lah berkuat
Kita manusia
Ada lampaunya
Ingat ingat
Rehat rehat

Ahmadchin

Wednesday, February 20, 2013

Amin 1

Mengenai tidur.

Ia akan dalam 2 keadaan
1) kita berharap segala sakit yang telah dilalu akan berlalu. Dibawa buang ketika mimpi

2) kenangan dan tragedi manis yang akan diingati. Yang akan membuat kita diulik mimpi. Bersemangat di pagi hari

Hidup saya telah banyak melalui yang pertamanya. Rasanya. Patut kiranya saya hanya fikirkan yang gembira pada kita kita..

Bila awak jadikannya bertambah sempurna.

Semoga tuhan permudahkan semua

Amin

Melepuh

Adakala kita lelaki rapuh juga
Yang kuat tak bermakna tak pernah rapuh
Bahkan,

Lagi kuat seseorang,
Lagi teruk dia pernah lepuh dan reput

Cuma dia cantumkan semula
Tiap satunya
Serpihan jiwa
Bertapak semula

Semangat seperti langkah pertama

Seperti mula mula

Ahmadchin

21/2/2013

Berserah

Pasrah itu menyerah
Menyerah itu mengalahMengalah itu parah
KembaliBergalahKali iniKita belajar berserah
Jangan pernah mengalah


Cuma

AhmadChin
20/2/13

Monday, February 18, 2013

Persediaan

Apabila dikenakan kilatan
Badan penuh perisai berlian
Padu inai disetiap jarian
Cincin hikmat di tangan kanan
Tanjak diikatkan
Wajahnya penuh senyuman
Rupanya yang menawan
Segak dan tampan
Kita sudah tahu
Mereka sudah berpasangan
Bersedia membedil kekalutan
Melangkah meresah taufan
Membina istana kayangan
Bersedia berpimpin tangan
Dalam apa jua keadaan
Mahu lebih erat
Dihadapan tuhan


Ahmadchin
10/2/2013

Menulis rasa

Penanya adalah dakwatnya
Tulangnya mata penanya
Bibirnya adalah kertasnya
Hatinya adalah ikhlasnya

Payahnya. Susahnya

Kenapa dakwat, tulang, bibir dan hati

Masih belum keringnya
Masih belum patah nya
Masiha belum kemamnya
Masih belum akhirnya

Mungkin jiwa.
Tiada dapat tafsirnya
Biarkan saja
Lama lama
Padamlah ia

Ahmadchin

Adakala

Bila sampai masa jarangnya
Ada masa masa kadangnya
Kita perlu terima
Semua ini tuhan yang punya

Walau sekuat mana kita usaha
Walau sekuat mana kita meraba
Walau sekuat mana kita mengepal
Walau sekuat mana kita menebal

Takdir itu lebih kebal
Sudah lah itu.
Bebal!

Ahmadchin
17/2/2013

Malam

Mata pejam
Jiwa diam
Hati diam

Perlahannya malam
Seakan mentertawakan ruh insan
Ruh malam mengekek tahannya
Jiwa malam berdekah melepaskannya

Mata malam.
Tidak berhenti melihat saya
Tak mahu pergi katanya
Masih tertawakan saya

Sengih saya
Mengadu duka

Ahmadchin
18/2/2012

Friday, February 15, 2013

Mentari Jingga

Susuk tubuh yang tercipta itu
Cikgu, Guru
Yang kebal mengajarkan setiap yang bebal
Tidak sebal

Wahai guruku,
Janganlah berhenti walau sebentar
Mendidik kami yang hampir terbiar
Katakan segala yang jujur dan ujar
Kami kurang ajar

Dikali bahagi darab yang memenuhi fungsi
Tidak pernah kau kering gusi
Diajar ajar ulang kali

Guru kau lah pejuang
Tidak kami terbalaskan dengan wang
Tapi percayalah kami tetap terbang


Mata yang penuh sabar
Telinga yang lenguh dengar
Bibir tak lenguh tegar
Memberikan apa yang termampu
Mendidik kami supaya berilmu
Supaya ada hala tuju


Kau mentari jingga 
memberi cahaya memecah hening pagi
Tidak perlu dicerita hebahkan hebatmu
Kerna didada kami
Ada tapak tapak kamu

Buat guru
Teruskan dan jangan jemu
Doakan kami yang terbaik selalu
Tunjukkan jalan kala buntu

Sekian
Ahmadchin
16 Feb 2012

Wednesday, February 13, 2013

Kebal kebal lelaki

Bicara mengenai kebal lelaki

Berikan lah apa jua rintangan
Hatinya akan kekerasan
Dia boleh melangkah lawan
Meredah taufan
Memecah badai

Mengumpul berlian
Menggilap permata
Cuma satu
Buat mana mana lelaki
Demi perempuannya
Demi cintanya
Jika ditinggal dia
Dadanya bersopak juga
Atap Hatinya kan ranap juga

Entah semua kekuatan
Hilang kemana

Ahmadchin
13/2/13

Friday, February 8, 2013

Intersesi

Hari hari adalah hari intersesi
Mencari diri sendiri
Mengenal hati yang mati
Menghiris jiwa yang geli
1 per satu disiangi

Hingga ini
Masih tiada apa lagi
Sampai naik lali
Akan
Mangguan ini

Thursday, February 7, 2013

Katanya

Dikata

Kita inilah darahnya
Kita ini lah nyawanya
Kita inilah jantungnya
Kita inilah jiwanya

Sampai masa
Mahu ditoreh urat
Keluarkan darah tadi
Mahu ditekap jantung
Hentikan nadi
Disiat mahu jiwa
Keluarkan kita ini

Katanya
Tempat ini
Bukan tempat bertapa lagi

Ahmadchin

Tuesday, February 5, 2013

Disuruh

Disuruh kitA bina
Dia runtuhkan nya
Disuruh kita bangun
Dia dodoikannya
Disuruh kita usaha
Dia bersahaja
Disuruh kita bertahan
Dia perati sahaja
Disuruh kita rindu
Dia dekat sahaja
Disuruh kita merentap
Dia tersentap pula
Disuruh kita baring
Kita baring
Dipijakkannya

Ahmadchin

Kelindan

Akal mahu direhatkan
Otak mahu dioffkan
Hati mahu dimatikan
Tinggalkan permasalahan

Tidur
Jadilah kelindan

Ahmadchin

Menjengah tanah

Hasrat hati
Sebelum dijemput balik ke sisi
Mahu dilihat dulu
Mahu menjengah dulu
Apa status ku

Bukan gelaran yang dikejar mahu
Cuma berharap
Disedarkan kehadiran aku
Dipedulikan aku

Ahmadchin

Kepada pasangan

Teman
Selamat berganding bahu
Dia dan kamu
Moga bahagia selalu

Teguh sudah menempa sampan
Pabila sampai masa diredah taufan
Jangan siakan
Usaha kalian

Biar teguh dijemput tuhan

Ahmadchin
7/2/13

Monday, February 4, 2013

Jauh dan dekat

Jauh dulu
Pesanan ringkas dan telefon
Tak nampak mimik muka
Hanya ajuk suara
Mahu pukul angin sahaja
Rajuk susah dipujuk

Kini dekat
Borak borak dekat dekat
Makin erat mengerat
Mimik muka diajuk ajat
Suara dibuai memikat mikat
Lebih mudah dipiat piat

Kan enak bila dekat.
Biar berkat.

Ahmadchin

Air

Sifat jernih, keladak
Sifat bersih kotor
Dimana mana air akan mahsyur

Lihat orang haus mencari air
Yang keladak yang jernih
Cuma kami lelaki
konon mahukan api
Kering tekak
Air juga dicari

Ahmadchin
5 feb 2013

Burai kosong

Malam ini segalanya sunyi
Ada tangan tiada pegang
Ada kaki tidak berpijak
Ada kulit tidak merasa
Seakan lumpuh
Hanya mata mengukir deria

Lalu diburaikan segala isi
Dihiris hiris hati
Yang diharap nampak hatinya hati

Tiada isi
Hati ini sendiri tiada hati
Ya aku dah buraikan
Kosong.

Ahmadchin
4 feb 2013