Thursday, July 26, 2012
Impian
Dalam aroma masakan pedas melayu asli
Ya, memang benar bila kecil itu cili padi
Taksub dengan impian yang melanggari hukum alam ini
Masa itu tidak sistem dan juga hukum alam
Belajar tanpa hayati dengan rotan cuba baca kalam
Maka lahirlah manusia yang suka cinta kota raya
Lupakan segala lupa tuhan itu lagi maha kaya
Meniti titi mencari segala isi dari anak kunci
Mencari haluan mencari diri konon ikut kata hati
Dalam tidak sedar diri itu kini adalah dari lagak orang sana sini
Mengatakan dengan bangga aku jadi diri sendiri
Mereka dan penipuan terus berleluasa
Dah aku jalani kehidupan normal dan luar biasa
Dari sebatang kara mahu memiliki bisa ular
Patuk matuk segala manusia yang menjadi hamba dalam sistem kasta
Kini aku penat hanya menunggu mati
Impian yang membara kini diam senggama
Dalam mimpi impian bersuka ria
Realitinya impian itu hanya delusia
Jangan marah kerna kini aku tidak lagi angkuh
Aku mahu mencari diri aku kini dalam diri kamu
Hilangkan segala bisa aku kini bergayut pada pauh
Meniru lagak kamu bercerita gagah dan seramnya sosok hantu
Duduk dalam alam dan menjadikan budaya ikutan satu ikatan
Mengikut dan biar segala keputusan tolong dibuatkan
Aku rela walau segala impian aku biar hampa
Terlalu penat dalam dunia aku lupak segala delusia
Friday, July 20, 2012
Berharap
Aku insan yang lemah. Berharap.Mengharap
Aku disini berdiri.Mencari pentunjuk dari ilahi
Entah yang mana benar
Entah yang mana lebih baik
Atau kedua duanya pakar janji?
Hebat.
Layak digelar doktor janji
Layak digelar pakar janji
Layak digelar profesor janji
Layak digelar lebai janji
Layak digelar kaki janji
Janji itu telah dihadam oleh yang tegar dan fanatik
Hadam. Cerna. Kenyang.
Janji yang belum ditunai juga. Terlalu lama
Hingga menjadi kata kata kuno dan klasik
Aku sudah penat dengan semua ini
Berharap.
Yang sudah sedia ada. Kuat membazir dan menangkap
Pada yang diharap. Rapuh. Kuat bermimpi.
Selalu harapkan simpati.
Pada mereka siapa pula aku?
Adakah dikesan kelahiran aku didunia ni?
Adakah menolong aku yang tersepit dicelahan modenisasi ini?
Mengenali mereka. Perkara sia sia
Pedulikah mereka siapa kita?
#Politik dan persepsi
22 July 2012
Senyum
DAri petang sampai ke tengah pagi
Dari bangkit tidur hingga tidur seterusnya di lewat malam
Habis segala topup. kering kredit
Masih tetap tersenyum
Kerana ada SOS top up.
Setakat hati dalam taman?belum.
Hati yang tandus ini kelihatan memiliki mata air nya sendiri
Tanah yang kering gersang kelihatan meruap meruap
bila disusuli panas membahang
Ya, tanah ini baru mahu kembali basah
Mahu membina kebun
Yang diharap
Akan jadi cantik. Secantik taman taman yang lain.
Semua mula dengan puding
Beranikan diri dengan secebis kertas.
'Assalamualaikum, nak nofon boleh?'
Kronik. tenat.
Malu dah tahap ICU
Alhamdulillah.
Respon itu ada. Dan baik.
Trauma.
Mungkin tanah ini akan berair selama kurang sebulan
Dan kembali tandus
Kembali gersang
Akibat
Takut pada diri dan bayang sendiri.
#Paji.
2.07a.m
21 July 2012
Kayuh#
Bermula di petak mula, bukan nombor kedua
Sudah rasa bagai raja berada di petak yang pertama
Rasa senang mendatang aku pincang goyang
Dari sorak mula ditengah ku kini goncang
3/4 nya ku mengeluh masih mahu mengayuh
Kini walau cerah ditemani siang aku guna lampu suluh
Didepan penamat aku mula baca mantera keramat
habiskan pecutan kita kayuh slow slow
Sambil senyum senyum pengadil kita pikat
Kalah itu mencipta peradaban janji kita ada flow
Seperti fenomena koleberasi bangsa bangsa
Tidak kenal warna kulit dan resam ugama
Dah nama manusia. bukan yang gelap dipanggil setan
Atau yang putih dipanggil malaikat.
Asalnya kita adalah sama dan serupa
Berlainan adalah untuk proses perkenalan
Jika manusia ini bersifat homogen
Lagi boring hidup ini jadinya
#Hipokrasi politik
21 julai 2012
Thursday, July 19, 2012
Dadakubur
Bukan dari rumah pasung namun dia seakan ada ciri untuk diagung
Tercakung, murung, tidak sihat dalam bagai celaka sedang menggunung
Kasihan, bibirnya tersenyum dengan jiwanya yang kosong
Datang rapat aku mula sakat sakat
Sakat sakat rapat kini kami bukan lagi kawan tapi sahabat
Tidak perlukan tuah, tidak perlukan jebat
Kami mula mengenal dengan hulurkan tangan berjabat
Terluka duka dia simpankan sendiri
Terus menyendiri cuba membina kendiri
Tenung, renung aku terus perhati
Cuba aku cipta kubur sedalamnya di dasar hati
Bukan perawan untuk sembuhkan kedukaan
Tak perlu kata puitis untuk memberi bimbingan
Kemari kesini, aku sediakan ruang yang suci
Konduktor hati akan mengalirkan segala luka dan duka pergi
Satu kubik luas infiniti akan aku cipta
7 kaki dalam kubur aku gali didalam dada
Tempat untuk menyembuh membuang segala duka
Marilah sayangku yang suci,
Kuburkan kusam masammu segalanya disini.
#Kuburkan selaga duka di aku punya dada
2.15p.m.
20 July 2012
Gadis
Alunkan suara lena jadi mata pena
Mencuri raut senyuman, senyuman ikhlas lahir dari dalam rawan
Bermula berbisa akhirnya kita bahagia bersama
Dari kawan kini merpati sejoli bertebangan di awangan
Dengarkan apa yang aku mahu sajikan
Lirik bibir aku baca mengukir senyuman
'Syurga' lebih indah dari syurga kata pujangga dari seorang perawan
Mengharap teguran memperbaiki kekurangan
Dakwah senyuman saat kita dalam satu gambaran
Tiada lagi sendiri, sunyi
Tiada lagi jeritan dan lolongan rasa sunyi
Bahagia yang hadir mungkin hanya sebentar
Jangan pergi tinggal aku terbiar dan terlantar
Mari bersemadi dihalaman rusuk kiri
Kau dan aku. Segala prosa dan puisi
Jasad terkubur, citra cinta yang kekal dan abadi
#sedap puding
0838pm
19 july
Tuesday, July 17, 2012
Perjalanan 'Doa'
'Doa' semoga dia juga sukakan aku
Dari bibir mengucap ucap
Tercungap cungap
Entah dari mana ayat ayat parasit ini lahir
Ketika memohon kepada ilahi.
Bahasa yang manis dan tampak matang sekali
Sambil menadah tangan aku lihat
'Doa'itu mula keluar dari lidahnya
Perlahan lahan doa itu mula mengensot ngensot melalui
setiap ruangan dan celahan dianggota badan
ibarat membawa segala dosa dan pahala
ikhlas dan tiada perasaan prasangka pada pencipta
'Doa'sampai kehujung jari
mencari cari destinasi yang disebut dalam puisi pada ilahi
Mana arah nak pergi mana hala nak dituju
'Doa' melompat dari hujung hujung jari tadi hingga jejak ke tanah
bergerak, dari mengensot, merangkak, berjalan, berlari,
apabila sedikit laju, doa mendepakan sayap
terbang untuk cepat sampai ke lokasi
Disebuah pelosok disebalik sosok
Seorang wanita kelihatan sedang bermenung
Bermenung dalam tenang entah apa 'Doa' tidak tahu
Yang 'Doa' tahu adalah tugasan menyampaikan pesan dari tuannya
memujuk sosok ini
'Doa' terintai intai mata sosok ini
Takut dirinya diperasan lalu dimaki
Perlahan lahan 'Doa' mencari jari tangan sebagai permulaan
Dari jari tangan doa mula melalui juga disetiap pelosok ruang dan tubuh tersebut
Mata 'Doa' meliar, mencari cari cari lokasi untuk dia melepak sebentar
Lalu 'Doa' terjumpa satu ruang kosong. Pintu terbuka. Luas.
Namun tiada siapa berani menceroboh atau mencuri
Ia memberanikan diri kepintu tersebut
Pintu itu seakan akan semakin luas menandakan
Kesediaanya menerima 'Doa'
'Doa' gembira lalu dia terus masuk kedalam hati tersebut. melulu
Terdahulu, 'Doa' duduk dalam hati tersebut
Menjerit. Tidak terdengar
Terpelosok. 'Doa' tak dapat dilihat
Lalu 'Doa' membaca mantera mantera untuk membuatkan hati tersebut
memberi tindak balas yang dinginkan
Hati itu seakan kaku, ikut segala apa 'Doa' mahukan
'Doa'takut jika caranya tadi bukanlah cinta sejati.
Namun ibarat ilmu santau yang jahat digunakan
untuk mengikat hati hati wanita dijadikan permainan.
'Doa' tidak berani.
'Doa'sekadar duduk didalam kubik yang dipanggil 'Hati'
Mengharap simpati.
#Cerita pasal 'Doa'
#17 july 2012
Mesej Ungkit
dalam penyaman udara segala tulang belulang
Mahu rehat, mahu jadi raja
diakhirnya depan tv aku bermasam muka
Hari ini seperti hari hari biasa
Tiada cerita hebat atau cerita aku naik takhta
Jauhnya cita cita
Mahu jadi nakhoda melayari nusantara
Ya, nikmat terbaik kini adalah melayari cerita Dragon Ball
Dari sebuah komik kini telah ditelevisionkan
Semakin tergoda dan mempersonakan
Melihat watak watak hero yang jadi pujaan dari dulu
Senyum, terpegun, melihat sambil mengelamun dalam pegun
Ada satu alat terbiar
Dalam realiti takda dragon ball jadi bukan radar
alat komunikasi yang bersifat ala kadar
Tiada istimewa, bunyi pun kadang kadang sahaja
Tiba tiba datang satu bunyi yang menggugat ruang dan masa
'Luckystar'
1 perkataan, 1 konsep dalam masa lampau
password yang buat sorang laki akan terigau igau
Gelaran istimewa seorang dinda buat kekanda
Kini semua tiada, aku kini rakyat biasa
1 mesej dengan 1000 tanda agaknya
Seperti aku
Rindu agaknya.
#Luckystar
1.00p.m
16 july 2012
Beritahu
Aku datang dari sana seperti kamu naik perahu
Takut mahu tersedai dipulau yang aku tidak pernah tahu
Dibiar, terbiar dari kecil suka bernahu
mula hantuk kepala melihat gelagat manusia bajet tahu
Tiba disebuah pulau penduduknya yang disantau
Berperang sesama sendiri demi pertahankan pulau
Bersenandung, termenung aku perlukan tempat berlindung
Lalu aku bina istana yang runtuh bila tiba awan mendung
Kesana kemari memohon perlindungan
Indah yang mengancam dari mentari dan bulan
Tiba sorang teman, temani aku bersama sama bersenandung
Merenangi pasir kami tidak pulang main raung raung tepi gaung
Disebalik iris aku lihat ada sebuah keris
Selaput kornea yang melindungi lebih teguh dari batu bata
Kini aku sedar, tidak perlu tempat selamat
Dah aku tahu pada kamu penuh magis dan penuh hikmat
Penyelamat bagai hero dalam lagenda dan hikayat
#Penyelamat durja.
12.37 a.m
17 July
Sunday, July 15, 2012
Perlian
Aku terus berjalan
Mencipta satu ijazah berbentuk lembaran
Dari satu muka ke suatu halaman
Mencipta prosa dari pedih dan kepenatan
Mereka mencaci maki
Apa yang aku tulis ini?
Tiada makna. Tidak bernilai
Membuat serabut pada dinding dinding fesbuk
Aku putuskan.
Aku akan lebih menulis dalam penjara
Tidak lagi buat angkara
Ada kata aku menulis catatan berjiwa mati
Memohon kasih dari mencuit simpati
Mungkin benar apa dah mereka rangka
Namun yang tahu hanya tuhan dan aku saja
Ada yang dengan memuji dalam perli
Cuba putus kan urat jari dan urat kaki
Layangkan pena kerana aku mengikut kehendak hati
Lemah dalam berbicara jadi segalanya aku tulis disini.
#rintihan
1100 pm
15 july 2012
Santau
Hari ini
Aku telah disantau
Seluruh badan menjadi berat
Lelah penat sakit malas
Membuatkan aku terus terlantar
Bersama tilam dan bantal lamaku
Yang empuk
Mana tidaknya
Dirumah yang tiada penghuni
Segala aktiviti aku tinggalkan
Bukan kerana tidak mahu hadap modenisasi
Bukan kerana takut pada bayang sendiri
Cuma malas
Dan tak bermaya
Ya
Aki telah disantau
####
Saturday, July 14, 2012
Melawat majlis pengkebumian
Melawat.
Melihat.
Sebujur tubuh. Terdiam. Terpaku.
Buka buku.
Baca.
Aku dikurniakan kebolehan
Selepas itu bisik
Sampaikan pesanku kepada arwah abahku.
Aku disini
Baik baik sahaja.
R.I.P
Buat abg faizol dan kobes, arwah 'faizal'
Dan arwah Abdul aziz bin awang. @Abah
Murah
Dalam situasi begini, murah sangat berkecil hati. Murah tahu dia yang sentiasa dicop sebagai barang reject, barang tiruan kerana persepsi manusia terhadap barang murah. Nak nak lagi apabila hipster hipster sikapnya adalah menggunakan barang murah sebagi belok mudah untuk berpenampilan seperti orang atasan. Murah terus terduduk dan termanggu disitu. Jasadnya busuk dan menjengkel kan pada mata orang kebanyakan di hadapannya. Entah kenapa. Mungkin namanya tidak ada singkatan FOS, atau berbunyi moden seperti Padini atau Roxxellette. Ya, manusia adalah mengenai persepsi. Tengok dan beli buku juga hanya baca muka surat belakang. Kemudian tinggalkan begitu sahaja tanpa amati isi dalamnya terlebih dahulu. Seperti juga persepsi terhadap jenama barangan tersebut. Bagi Murah, yang mengawal harga barang adalah Persepsi manusia sendiri. Entah jika ada Gula atau beras berjenama Rolex atau Martyn, harganya pasti akan lebih tinggi dan ada yang akan membelinya untuk memnuhi citarasa yang 'tinggi' kononnya. Jadi Murah amat berterima kasih kepada kerajaan kerana tidak memberikan gula sebagai barang pasaran bebas takut nanti towkay towkay besar akan menggunakan dirinya untuk menipu manusia.
Hidup Murah sebagai alternatif lain kepada barang atk mampu milik manusia amat menenangkan. Walaupun dalam masa yang sama Murah rasa dirinya layak untuk ditempatkan di kedai mewah dan dibeli menggunakan Debit atau Visa Card sahaja. Murah masih bersyukur. Sekurangnya hipster hipster yang desperate itu dapat dia tolong untuk memberikan sinaran kepada mereka seperti membeli barang yang berjenama. Seperti dalam kisah kisah dan lagenda perkahwinan, Murah amat berkecil hati. Sekiranya majlisnya kecil dan tidak menggunakan photographer istimewa, atau bajet kecil, Murah akan tidak dipedulikan. Waktu itu, Murah akan rasa super failed kerana dirinya gagal mendapatkan like yang banyak dari Facebook atau doa doa ringkas seperti 'semoga bahagia ka akhir hayat', 'semoga dapat anak cepat'. Murah pelik, kenapa barang barang mahal selalu mendapat tempat? sehingga bab keagamaan juga mendapat sambutan hambar untuk Murah. Sedangkan mana mana agama pun mengajarkan konsep keadilan dalam kehidupan. Jika Mahal dapat banyak, Murah juga ingin terasa begitu.
Murah terus bersedih. Dengan kesedihan yang gagal dibendung. Apatah lagi bila tengok mamat mamat dan aweknya yang gagal untuk ke jinjang pelamin kerana persepsi manusia yang buruk terhadap Murah. Semua mahu kan Mahal sahaja. Murah amat benci Mahal. Mahal telah membuatkan segala perkara menjadi susah. Murah bukan lah mahu sampai menukar namanya menjadi 'Mahal', Murah hanya mahu manusia berlaku adil. Supaya Murah juga dapat berbakti dan hidup selesa dalam kedai ini. Ini kerana, dalam diam, Murah jatuh hati pada seorang jejaka bernama 'Mahal'. Murah menjadi runsing dan bingung. Sebingungnya.
#Murah yang iri hati.
Semangat
Semangat yang lahir bukan dari hutan rimba
Lagi bukan dari jalanan yang penuh batu bertimpa
Datang dari segala cakar dan kesakitan
Semangat datang dari rasa untuk tutup kesakitan.
Tidak tahu. Ujian atau hukuman dari tuhan.
Thursday, July 12, 2012
Haluan
Masih tercelik dalam maya
Dalam sedar masih bermaya
Letih lelah tidur juga masih bermaya
Ya kemana, dari mana, untuk apa dan untuk siapa
Soalan yang tiada jawapan dibiarkan bersahaja
Tiba saat termanggung, tenung dan renung
Jawapan masih kabur aku teruskan menyambung
Dalam hidup ada beribu haluan
Cara kampung atau hipster metropolitan
Cara tepi jalan atau cara duduk di jabatan
Terus aku hidup ikut ikut dalam ikutan
Itu adat dalam dunia pasca pembangunan
Setelah kebebasan pendirian dijual dijalanan
Adakah dengan mengikut itu satu skema kepada haluan?
1.40 p.m
Mencurangi laluan
Keputusan
Bagi aku. Waktu kelahiran dan waktu kematian sahaja aku tak layak tentukan
Selebihnya ia adalah milikku
Kalau kamu ia adalah milik kamu
Kita yang buat pilihan dan keputusan
Dari lurus ke bengkang bengkok
Dari kiri ke kanan mahir ke jahil dari pahala ke dosa
Dari dosa ke pahala
Dari berjalan hingga mencipta kawan
Ia adalah suatu keputusan dalam perjalanan
Dan ini adalah pejalanan menuju kematian. Menuju tuhan
Tiada masa untuk berpatah balik.
Tiada masa untuk singgah r&r
Kerana kita mengikuti peraturan masa
Tiada patah balik
Kaki patah. Tempang. Teruskan
Di pukul dihalang. Teruskan
Nafas tersekat. Teruskan
Kau takkan mampu patah balik dan tukar keputusan
Macam tak boleh berpatah balik tukar jarum jam
Teruskan dan teruskan
Terpijak lecak?
Pijak tahi lembu?
Pijak manusia?
Pijak masjid?
Disana
Tuhan tetap tunggu dan nantikan.
1.29a.m
Keputusan yang belum putus.#
Wednesday, July 11, 2012
Hamba buta
Maafkan hamba yang masih buta lihat realiti
Untuk hidup kembali hamba perlu jadi pengejar materialiti
Mencari, tercari hanya ikut dunia yang penuh modenisasi
Disini, Kebebasan diri dan adalah kebebasan financeee
Dari sekolah sampai peringkat universiti
Kini duduk bekerja beri sumbangan pada sistem yang penuh korupsi
Jadi kaum poletariat kena bertie barulah nampak semart
Jumpe warga sama rupa mula mulakan dengan berjabat
Tak main seratus ,seribu cerita pasal kantung macam mana juta juta nak kasi masuk saku
Waktu ini hamba buta
Demi juta
Lupa semua pertalian bangsa agama sanak saudara
#keluh
12.22a.m
12 july 2012
Tuesday, July 10, 2012
Laju
20km/h
30km/h
60km/h
80km/h
100km/h
Motor suzuki revo. Tanpa lesen.
Menjadi rutin.
Motor milik ayol.
Ya hanya tayar sahaja menjejak kaki ke tanah
Aku pula di awang awangan
Jika aku letakkan diri di permukaan
Aku akan jadi seperti mereka
Horn
Maki
Caci
Mencarut
Tiada nilai.
10.15a.m
Lambat ke office
"Sahaja aku bersuci..."
Satu per satu ditanggal
Dari atas ke bawah. Dari baju ke seluar
Sarungkan tuala. Ikat jangan terlucut
Tutup pintu
"Sahaja aku bersuci...."
Aku renung semula
Berulang kali aku bersuci
Bukan sahaja debu.
Mungkin najis pun terpalit pada sosok ini
Gayung ke gayung
Atas ke bawah
Gosok gosok disetiap celah
Moga najis itu semua hilang
Pergi tak kembali
Air ini begitu seronok mengalir
Tidak penat bosan?
Dengan sifat yang untuk menyuci
Tak geli pada tubuh kotor ini?
Dalam sedar
Mengikut zahiril
Aku sedang dalam percubaan mengadap tuhan
Aku sedang berbogel
Aku malu.
Disarungkan semula tuala
Dari awal lagi.
Aku tak pernah serius bersedia
Perlahan air aku alirkan
Menyapu tangan
Berkumuh. Mebuang palat dimuka
Menghilang daki di lengan.
Menghilangkan debu dari umbun kepala. Membersihkan telinga.
Merenjis tapak kaki yang penuh najis.
Berdiri.tenang
Solat
Sujud.
Aku patuh
Penuh rapuh
2.39 p.m
Catatan bertaubat#
Teman Pengganti
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Kuceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadiir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus kusingkap
Kusorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang kupuja
Kau terisitmewa tapi dia yang sempurna
Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Kuceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Sejak dua menjak ini, kumencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman susuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah kukemas, katil dah kurapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti
Sembunyi
Dahsyat. Tapi banyak pintu putih
Jadi pandangan aku tak terganggu untuk lihat pintu pintu
itu.
Aku membilang kesemua pintu
Ada 10 kesemuanya. Misteri.
5 kiri 5 dikanan
Aku tenung pintu hujung belah kanan
Tajam dan padu.
Ada sebijik mata sedang mengintai
Unik. Mata itu macam memanggil aku datang.'Rapat'
Dalam gelap aku terus sahaja berjalan
Dengan takut. Tak berkeyakinan
Namun. Itu sahaja jalan
Dalam gelap. Bukan tiada arah
Tetapi terlalu banyak. ada 10 haluan.
Jadi aku perlu kawan penunjuk jalan
Aku semakin dekat dengan mata itu
Semakin aku rasa mesra. dan Terkasima.
Seperti jasad yang aku cari selama ni.
Jasad yang aku selalu idam waktu duduk dalam infiniti
Dari kanan. Dia berlari ke pintu belah kiri.
Gelap. Tak sempat aku lihat pon mukanya.
Dari kiri ke kanan.
Membentuk laluan bentuk Zig Zag.
Kadang tu, kiri ke kanan entah beberapakali
Aku pulak terikut ikut tanpa lelah tak sikitpun malu.
Aku panggil dia 'hoi tunggu aku'
Dia diam.
Makin aku cungap. Makin aku lelah.
Makin dia ketawa. Gembira. Suka.
Waktu aku duduk.Termenung. Mana lagi jalan nak diharung?
Dia panggil
Aku toleh
Tak jelas.
Makin dekat.
Aku pulak takut.
Gemuruh. Sedikit gembira bakal ada kawan
Tapi
Aku nampak aku.
Aku kini disisi aku.
Tak mahu berjabat.
Berlagak.
Lorong Gelap#
2.32.p.m
Nafas
Gagap. Nafas Tercungap
Dikondensasi. Bentukkan wap air
Segar
Mengikut ensiklopedia air
Dari 1 hidrogen dan 2 oksigen dalam lagenda kemistry
Bentuk 1 unsur yang bercampur bersebati
Melekat.
kalau tengok photografi dalam subjek kemistry
macam sorang laki ada 2 bini.
Sebatian ini pun melalui proses persetubuhan ke
untuk lahirkan anak anak yang berunsur sama?
L2P. 1 laki 2 perempuan.
Cukup. Adil. Berkat.
Semua datang dari 1. Nafas.
Nafas dari pokok
Nafas dari haiwan
Nafas benda hidup amnya.
Hari ni.
Semua bekurang.
Ada lagenda disebarkan
Kalau oksigen berleluasa, akan tercetus huru hara
Jadi, oksigen ini di'isa'kan
Dibawa ke penjara kamunting ala guantonamo
Sebat, heret, bunuh, ceraikan.
Dalam lagenda menyebut agar
Dibina bangunan dan istana
Dibina jalan raya
Dibina perkara perkara yang mengeluarkan asap
Sebagai pengganti pokok, habitat
Yang menghasilkan oksigen
Kalau hidupan menghasilkan oksigen
Modeniti akan buat duit.
Bangunan. Asap. Serombong. Konkrit.
Mesin. Enjin.
Konspirasi ini telah berjaya.
Dilorong ini.
Aku tengok Manusia bernafas dengan duit.
Ya.
Aku juga.
KL Sentral#
4.45 p.m
Tarikh Luput
Dilahirkan tak dipinta
Habis habis.
Tahu tahu
Sedang menunggu tarikh luput
Dalam badan menyusut kita tetap uput
Dalam badan membesar kita tetap akan reput
Hebatkan?
Sakit tu belum tentu tunjukkan esok kita dah tak da
Boleh jadi
Lepas aku menulis nie
Jadi tulisan terakhir dari aku
Hidup aku macam tulisan
Setiap langkah setiap huruf
Ada tafsiran. Macam macam.
Cuma salah tulis. aku boleh backspace. Kamu tak perasan
Bila fizikal berbuat silap, kamu berpatah balik. Orang akan berpesan
Pesan juga pada orang
Tarikh luput itu boleh datang bila bila
bukan macam roti gardenia ke keropok babu roti
Kita dah tahu tarikh luput dia
So makan cepat cepat
Sebelum tarikh luput
entah aku dapat hilangkan ke tak
Segala serabut dan karut
Segala maki dan carut.
Jadi, tiada masa untuk aku berpatah balik
Macam hukum masa
Masa tak boleh dipatahbalikkan
dari jam 7 ke jam 6, pukul 11 ke pukul 10
Sebab hidup ini adalah satu perjalanan
Perjalanan menuju tuhan
Baju kita akan dicarik.
Dicurik.
Sampai kita bertelanjang
Kita bila roti luput
Kita akan buang sebab berkulat kulat
Buruk. busuk.
Tapi tuhan maha hebat
Tak geli kita datang bertelanjang
Sebab 1.
Tuhan itu Maha Penyayang
Disini?
Mereka ketawa?
bergelak sini?
Jadi bahan jenaka menyentuh ego hati
Mungkin kerana ada dia buat aku berpeluh disini
Mereka hanya cerita pasal aku yang hilang seri
Rambut bertumbuh mula misai masih panjang lagi
Jadi bahan jenaka dari pagi ke tengahari
Sakit hati mula meracau
Bukan benci tapi merajuk diri
Aku lelaki
Aku punya maruah
Bila dikeji aku juga rasa malu diri
Kini aku sendiri suka memaki diri
Berapa lama nak ada hati selembut
selendang putri
Mudah terbang bila angin menjengah
Mudah marak apabila api bakar menyala
Mudah berkedut apabila sudah diraut
Ya
Aku malu juga ada hati begini
Nak kata ii'm proud of me' pun malu gila babi
Dulu aku suka cakap lelaki juga ada sensitiviti
Tapi bila masyarakt mula letak ayat tu bawah kaki
Aku mula menyampah
Pada jasad nurani ini
Mula Akhir
Angin senyum senyum indah belaka
Ku meniti yang manis
Kau ketawa sinis
Melihatkan ku berangan dalam puitis
Diakhir lambaian yang bersahaja
Setelah kita tanamkan nawaitu 7 kaki dalamnya
Lupakan segala, cerita bersama
Ya, kita terlupa perit sakit yang dah dilalui dulu kala
Waktu bermula kita nampak semua rama
Walau malam itu pudar masih kita nampak purnama
Pabila kian hari kejut kala malam mimpi mimpi sampai pagi
Aku belum cerita waktu mimpi siang hari
Waktu tercelik diruang khayal tanpa graviti
Saat berakhir kini waktunya telah hampir
Ada roh dalam jasad namun sentiasa bau hanyir
Bau dari rasa benci yang telah lahir
Mulalah malam terang teraba raba cari purnama
Mulalah hati meraut
sumpah seranah sana sini
Monday, July 9, 2012
Bayang
Aku terbaring terdampar
Pusing sisi kanan
Ada nampak satu bayang
'Kenapa bermuram lagi
Tu kesah lama lah
Aku kenal sangat kau
Benda dah lepas biar la
Dah setengah tahun kau macam ni
1/3 hidup kau habiskan dengan termenung
Sampai bila
Hidup dalam selamba.asing?
Pergi luar tu.
Kita kejar apa yang milik kita
Nak hidup kau kena ada sifat invidualistik siket.
Nanti kau jadi macam aku
Kereta makin besar
Gadis keliling besar2
Kawen lagi la besar
Duit besar boleh g buat umrah haji besar2
Apa susah?'
Pap.
Aku toleh.
ada org tgh berbisik.
Aku tgok bayang pada sliding door
Seperti tersenyum
Puas perkatakan sesuatu
Tinggalkan Wilayah Konspirasi
Ruang yang penuh analogi dipanggil panggil fantasi
Tiada konspirasi. Tiada Penaja
Diruang infiniti aku putera dan kau sang puteri
Setelah diberi alamat yang dihantar dalam mimpi
Aku bawa kau terbang pergi malam sampai pagi
Aku bagitahu kau
Mari kita pergi jauh dari sini
Tinggalkan sini wilayah konspirasi
Hanya kita berdua akan berkoleberasi
Cipta kasih dan sayang dalam kata tulis puisi
Kita cerita cinta senyum2 nampak gusi
Wilayah putih tiada makan minum pagi
Yang penting hati yang dulu kosong kini telah terisi
Satu wilayah kita mula bercengrekarama
Bulan dimalam menyanyi lagu asrama
Mentari pula memancar cahaya tanda meraikan kita berjaya
Disitu aku dan kau sentiasa berdiri
Berlari kita kesana kemari
Tiada lag sempadan. Tiada lagi kawasan
Kerna diwilayah ini
Tiada kamus bercerita mengenai pengakhiran
Sunday, July 8, 2012
Dari aku
LAri lari aku pergi mengejar mimpi
Sampai masa aku jumpa cinta lagi
Cinta yang memberi semangat dan terus berlalu pergi
Dimanakah kesetiaan telah kita sibuk pahat patri
Di waktu kita memekikkan cinta dalam nyanyi
Diwaktu sedan kita masih berpelukan
Mencari dan mengabdi segala kesegaran dan tenangan
Berjalan penuh lagak sambil pegang pegang tangan
Sendirian berjalan kini penuh angan angan
Dalam rumah itu kita cipta syurga dunia
Batu nya bata dari rindu kayunya tegak kerana cinta
Tak terlalu kecil. Tidak impi pula terlalu besar
kerna dalam cinta yang sempurna
Hanya aku dan kau tak perlu yang ketiga
Mahu tahukah sayang kini kayu dan batu itu
Sedang retak dan menggerutu
Hanya kini menanti runtuh
Hanya kerana kamu
10 jari lekat masih terikat
akan aku abdikan semua pada syair dan puisi yang kelat
Tiada manis tiada pahit yang akan kau lihat
Mungkin kerana puisi yang kau lihat
Ada unsur derita dari celupan kurafat
Kini semuanya tidak seperti biasa
Tiada lagi cinta tiada lagi rumah besar besar
Tiada lagi pelukan dan pegang pegangan
Aku hany mahu beritahu
Aku mahu kau
Tapi tidak apa
Asal kau dalam awan kebahagiaan
10.30 a.m
23 Jun 2012
Stay
Tenang
Bagai meresap dalam tubuh
Hakikatnya hanya mencipta liku dan hilir.
Di tubuh badan ku yang hanyir.
Mencari ruang
Dielah leher
Celah ketiak
Celah lengan
Celah seluar
Celah kangkang
Mencari haluan
Untuk terus mengalir
Seakan membawa kesemua masalah itu pergi
Membawa segala pemasalahan pergi
Mencipta satu lembaran
Air ini mengalir sederhana deras
Menciptakan tempias dan lempias
Termanggu.
Keseorangan
YTa.
Inilah dia rasa ketenangan
Rasa seperti diri mengalami
Proses pembersihan dan pemulihan
#Catatan Hulu Langat#
#Sungai...?#
Friday, July 6, 2012
Rasa yang tak patut ada
Macam purnama yang ada di setengah hari.
Siang membina derita dengan matahari.
Gila
Waktu aku cuba tatang kau
Waktu aku cuba jadikan kau idola
Waktu aku cuba jadikan kau semangat
Dan lebih bersemangat
Waktu kau membalas segala dengan senyuman
Waktu aku ceritakan segala permasalahan dan konflik.
Kau sanggup mendengar, tenang dan prolifik
Sampai saat aku dah berasa senang
Bahagia.
Aku harap kau akan terus sakit. Supaya aku akan terus mendamping
Apa lagi? itulah tanda aku sentiasa setia. Entah cinta entah suka
Aku amat suka bertanya keadaan.
Mungkin itu bukan soalan yang sepadan
Aku cuba ceritakan keadaan dan keadaan
Yap. Orang bercampur dengan aku disumpah untuk rasa bosan
Aku mahu bagitahu aku mula suka
Aku nak bagitahu aku ini teman suka dan duka
Aku nak bagitahu
Kau dah pulihkan kesakitan
Kembalikan cahaya
Saat putus asa
Aku bukan tak mahu bagitahu
Dari surat itu.
Aku baca. Kau dan dia malu malu
Surat yang penuh cerita suka dan duka
Pura bahagia dan kesakitan
Segalanya aku rasakan
Sampai di sebuah perenggan
Aku cemburu.
Sungguh
Rasa ini tidak patut ada
Dengki, hasad yang cetus rasa ingin memiliki
Takut aku hanya bawa mudarat.
Berdoa. Tangan rapat rapat
Semoga kau akan terus dibekal kudrat.
Jahanam.
Rasa yang tak patut ada.#
Thursday, July 5, 2012
Rangkap Politik
Mungkin kini kau perlu nilai machiavelli
Cukup2 dari setakat meraih simpati
Kalau sokong Keadilan jangan turun jalan kita lawan
Kalau sokong MCA jangan rasa diri dah cukup A
Kalau sokong PAS jangan fanatik sampai terbabas
Kalau sokong DAP, buangkan rasa kebangsaan mu nanti
Kalau sokong UMNO cukup2 tengok cerita porno
Ini bukan ejekan tapi sebagai pencerahan
Harap jangan marah kerana ini hanya sekecil pandangan
Kamu mahu bina empayar aku kini Raja sebuah republik
Ini adalah suara apabila kelelahan berdetik
Kenapa Kau Diam?
Puisi dan kias jadi cerita pujangga
Aku akan terus dalam sembunyi aku memerli
Mereka masih marah aku teruskan menari
Menari dalam kata,
Dalam bait tajam nan tak berbisa
Hari ini mungkin kau nampak macam biasa saja
Nanti cucu aku akan guna sebagai perencah dunia.
Sampai hari ini aku akan berada disini
CAri jalan satukan manusia walau syiah walau sunni
Cukuplah bangsawan berlagak poyo menjadi dermawan
100 yang dibagi , 1000 dalam poket + 1 senyuman
Tuesday, July 3, 2012
Senyuman
Penat
Monday, July 2, 2012
Dari Tulisan
Yap. kebanyakan tulisan datang dari rasa kesakitan
Dari keperitan, kepenatan, kejerihan, dab keluhan
Kecewa sedih hampa seorang insan
Yang umbang ambing atas neraca titian
titian juga dicipta insan
Nak bicara menggigil durja
Nak berkata bermuram durja
Hati jadi ligat, macam disiat
Saat kalau nak berkalam membuka wasiat
Jadi aku tuliskan semua yang terpendam
Untuk dibaca oleh semua kaum hawa dan anak Adam
Hingga jasad tubuh aku dah ditikam
Bual bicara tulisan ini akan masih mengikat dendam
Tiada lagi suram tiada lagi muram
Yang ada hanyalah tulisan yang tertuam
Jadikan senjata dikala perang
Jadikan pengorak semangat dikala demam.
Tulisan membunuh cogan kota
Tulisan yang akan timbulkan prasangka
Tulisan yang membunuh jiwa manusia
Tulisan yang akan buat mereka sedar
walau hilang dara kerna didera
Tulisan membunuh ini tak pernah hilang daranya.
03 Julai 2012, 1.00 a.m
Sebelum mati
Muka pertama muka terakhir
Pandangan pertama pandangan terakhir
Bukaan pertama bukaan terakhir
Penangan pertama penangan terakhir
Tegukan pertama Tegukan terakhir
Ayat pertama Ayat terakhir
Cerita pertama Cerita terakhir
Cinta pertama Cinta Terakhri
Dari nombor pertama hingga nombor terakhir
Aku telah lalui semua yang pertama
Dan aku tak tahu disaat mana ia berakhir
Ada ruang. Ada masa
Yang membutuhkan aku
Tak perlu menjadi teropong perhatikan aku.
Ya. Kamu.
Lorong 3 Herestopia
Aku mencipta ruang di kaki lima
Siang. Kenapa lampu itu tak dinyalakan?
Disisi ku. Khairul Aku renung sosok reput ini
Kami dilintasi Sang Kesuma dan bidadari dunia
Tidak kurang jantan yang berjalan ligat beritma
Pap! Patah hati.
Kecewa.
Sang manusia. Lagak sombong penuh bergaya
Dari satu ke pepohon manusia
Terbang kesini. kesana. Merata.
Kami adalah antara mereka terduduk. Terlihat lagi 2, 3.
Dari topi hingga ke kopiah.
Dari tiub, hingga ke jubah.
Lagaknya sama. Dalam 1 dunia
Maya ku mencipta herestopia yang 2.
Sang berdiri, memiliki tubuh sempurna sekali.
Dikilatkan dengan renungan berbisa anugerah tuhan
Si polan duduk. Terus terduduk
Doa. Moga sang berdiri hatinya tertusuk
Mencari perhatian dalam tunduk
Disusuli. Hati yang sering merajuk.
Aku masih duduk disini.
Khusyuk memerhatikan gerak geri
Lagak manusia seteguh bank OCBC
Aku lihat. 2 kelompok mencari petunjuk
tertera keringnya iman, ihsan dan telunjuk
Dalam diam, aku terpelosok jauh aku mahu sorok.
Senyum
Ada lagi yang berikan perhatian.
Berdiri. rukuk. berikan bantuan
Kertas dan syiling ini ada ilmu magis.
Ia mencambah senyuman yang menawan.
Si duduk tersenyum. Tergoda. Tertawan
Bukan saja melayu, cina atau india.
Aku baru sedar. Adanya penjajah bangla dan afrika
Rupanya, aku duduk di wilayah banyak bangsa
Dipenjara bangunan besar tiada bengkok
BMW, Merz hingga ke proton. Sumbang hornnya.
Di dinding bangunan bangunan kukuh.
Rupanya ialah rumah ibadah ditepi jalan
Dalam itu ada tuhan menjanjikan ketenangan.
Kereta yang bersesak
Aku lihat seperti sejadah
Sungguh tawadhu; dan khusyuk.
Siapa lebih besar. Siapa lebih kaya. Mulia lagilah taqwanya.
Di bandar ini
Manusia paling banyak berbual bicara.
Hujas mengenai hati dan budi
Sopan santun budi perkerti
Cogan kata. Mimpi yang semakin hilang nilai realiti,
Sudah beribu monumen
Sudah berjuta motokar
Manusia tandus dengan nilai kemanusiaan
Kejar 2. Konsumeran. Ketuhanan
Helaian kertas menjadi tasbih
Cukup 33. Tidak kurang tidak lebih
Silakan disini. Rasakan nilai 'terpencil
Rasa nilai yang memandang penuh pelik seribu dengkil
Entah apa salahku yang hanya manusia
Aku tidak duduk berdoa atau berdiri sambil berzikir
Kerna aku disini hanya berprosa menurut rasa hati yang kerdil
Jengket2 jalan si khairul.
Makin jauh makin menghilang
Entah cukup bekal semangatnya yang berkurang
Dengan harapan kesihatan kan menjelang
Sakit itu hilang. Gembiranya berulang.
'Dari mana aku datang
Disitu aku pulang'
Sebelum 2 dunia maya ini terbaring
Aku siap sudah terdampar dalam sedar
Aku kelaskan semula rupanya 3 herestopia
Sang Kasuma Berdiri. Alpa
Sang duduk pendita. Merayu
Dan Aku.
Kecewa.
Rasa ini lebih teruk dari direject seorang awek.
Mungkin kerana terlalu berfikir berprosa dan berkata.
Penjara Maya.
Masjid Jamek#
3.22 p.m, 26 Jun 2012
Doa untuk khairul
