Tuesday, December 25, 2012

Lelaki Megah

Kami ini lelaki
Memang mahu tampak teguh
Selalu butuhkan utuh

Kami ini lelaki yang sedar
Bila berseorangan kami senang
Lebih gagah bila berduaan

Lebih megah dimegahkan
Perempuan

#Ahmadchin

Kerana

Kerananya

Aku ini lelaki yang
terasa jarang dikasih
Sekalipun perempuan samseng
Menabur kasih

Takkan ku lupa
Pada Yang Maha Pengasih

Gampang Berseorang



Jangan biar saya seorang,
bedanya tika kamu ada.
Jika berdua itu indah
Sesaat berseorang ini gampang.


#Ahmadchin

Butuh Utuh


Kita ini manusia
Jika bumi terbentang luas ini
adalah 1/40000 lebih kecil dari matahari
Bayangkan diri
Bila di injak depan ilahi?

Ada cerita yang kita perlu khabarkan
Ada cerita yang perlu kita diamkan
Supaya tidak depersoalkan keikhlasan

Ya keikhlasan adalah antara kita dengan tuhan
Kisah sedih antara kita dan tuhan

Tapi,
Jika kau ditinggal kekasih
Atas sebab kau huduh, bersopak, cacat
Baju semua kekasih belanja
Ada berani kau ceritakan?

Kita manusia membutuhkan utuh
Kerana azalinya,
Kita dicipta sebagai hamba yang tempang
Serba kurang

Tak perlu kisah demikian dikisar pada orang
Tak perlu keburukan di gembar gemburkan

Satu persoalan
Bagaimana kamu masih berdiri utuh?
Sedang kamu kata takutkan tuhan yang maha teguh?


Ahmadchin
26/12/12

Sunday, December 23, 2012

Geli

Awak saya punya
Geli hati saja

Saya rindu awak
Geli hati saja

Saya sayang awak
Geli hati saja

Nyanyi kita
Geli hati saja

Jalan sama
geli hati saja

Awak ini cinta hati saya
Awak asek buat saya geli geli saja

Awak ni
Suka geli geli saja
Ala, kan nak bersweet2 apalah salahnya


Ahmadchin
24/12/12

Saturday, December 22, 2012

Satu jiwa

Ada satu jiwa
Dicuba cuba menerobosnya
Tidak pernah bolos
Akhirnya saya yang polos

Ada satu jiwa
keras selalunya dia
Tapi kenapa jiwa ini
Yang selalu menarik saya

Sabarlah jiwa
tenanglah jiwa
Sehingga saya penuh ilmu didada
Saya akan hidupkannnya semula
Itu janji saya

Jika tidak berjaya
Mungkin itu hanya bila
Saya tidak bernyawa


Ahmadchin
23/12/2012

Friday, December 21, 2012

Teman

Teman.
Maafkan saya yang gagal
menguasai kemarahan
TApi percayalah selapas itu,
Saya sendiri akan bersedihan
Bukan takut berseorangan
Saya menyesal mengecilkan teman

Memang saya ada hak mengecilkan
Setelah perkara sama saya diperlakukan
Bila difikir semula
Apalah sangat nak dikira kita yang bertahun berteman

Jangan risau
Saya mungkin rajuk sebentar
Saya takut dan gentar
Akan perkara yang telah saya letuskan
Terimalah maaf dari saya

Seorang yang gagal mengawal diri
bila dikuasai kemarahan

Ahmadchin

Thursday, December 20, 2012

Mahu Saja

Mahu saja bina istana
Mahu saja bergelar putera raja
Mahu saja jadi dipuja
Mahu saja dibelai manja
Mahu saja teman tawa
Mahu saja diberi cinta
Mahu saja kereta kuda
Mahu saja selamanya bernyawa
Mahu saja digubah gubah
Kubah kehidupan
Mahu saja bergembira sentiasa

Mahu saja mahu saja
Entah bila
Segalanya sempurna
Supaya henti ngadu domba
Itu raja
Bukan hamba

Ahmadchin
19/12/12

Gila

Bulan pertama
Semuanya indah
Disialkan suria
Di muliakan purnama

Kita bersama
Ke hari senja
Segala petikan
Dirasakan dengungan
Dimulai laju kebiasaannya
Perlahan

Bulan kedua puas senggama
Kita janji caci maki
Mati semua pun bersama
Engkau yang pertama
Dia yang kedua
Sudah dilupakan indah
Bulan purnama
Namun hakikatnya
Kita berdua
Masih dibawah atap yang sama

Masuk bulan ketiga
Segalanya gundah gulana
Runtuh dihimpit taufan
Porak peranda
Tiada kawan rakan dan teman
Di atas satu padang
Medan pertempuran
Kembali lah
Kembali kasih kesisi
Tinggalkan didepan
kebelakang ini tempat kau berlari

Abukan segala caci
Ke wapkan semua maki
Kita Bina kembali
Cinta dengan kata puisi

Ahmadchin
21/12/12

Wednesday, December 19, 2012

Kepakaran

Aku tiada apa
Mahu dibangga
Yang boleh disorak
Ya aku pakar

Setiap benda aku cuba
Akan jadi najis
Segalanya
Tak kecuali
Perihal menulis

Lebih gagal dari iblis

#ahmadchin

Tiruan

Aku ini bukan lah orang muzik
Jauh sekali bergelar orang puisi
Kata arwah
Orang berpuisi adalah orang gila
Mungkin aku tak cukup gila

Pernah aku cuba menulis
Aku cari isu isi
Namun banyak sangat tapis
Nilai jujur kurus nipis
Aku takut.
Semua ini hanya najis

Aku lihat malaikat aku cuba nak mendekat
Sehingga sayapnya mahukan aku
Aku lihat setan aku dah perasaan
Aku sangka jujur seronok setiap perbuatan

Lama ku sedar rupa aku sebenarnya suatu contengan
Yang terlukis pasal keinginan
Buruk tiada tarikan

Tapi

Makin lama
Aku mahu selalu dalam bidang ini
Biar aku belajar jujur untuk berkarya sendiri
Biar suatu hari
Malaikat dan syaitan itu
Tertarik dan terkujat
Terkujat dan melompat
Memberi kemaafan
Pada yang pernah
Cuba memberi saingan

Sekian

Ahmadchin

Tuesday, December 18, 2012

Khabar

Hey warga jalanan
Apa khabar kalian
Sudah tuhan berikan kedamaian?
Sudah politisan berikan senyuman?
Sudah manusia berikan bantuan?
Sudah bulan bertapak meneman?
Kita sama
Sentiasa mengharap kat depa kan?
Akhirnya
Kita kesunyian
Ahmadchin

Jiwa mati lagi

Malam ini
Jiwaku mati lagi
Semakin korup
Lagi dan lagi

Bintang tiada dilangit tinggi
Tiada angin yang selalu memecah sunyi
Seperti bumi sedang beremosi

Aku dahagakan ilusi
Aku benci realiti
Yang meranap jiwa
Yang mencerca kepala

Tangan diputuskan
Kepala dipancungkan
Kaki dicabutkan
Telinga dipekakkan
Mata dibutakan

Ada natang tengah mengerjakan aku
Katanya mahu dipanggang

Buatlah
Kau takkan berjaya
Satu je
roh ini aku punya'

Ahmadchin
18/12/12

Sunday, December 16, 2012

Si jalang

Si jalang ini mahu menyeberang
Lautan api dikala malam
Terlalu terang disangka siang
Langkahnya terhenti
Melunsur kebelakang

Si jalang ini mahu nikmati
Syurga duniawi sejuk nan dingin
Terlalu membeku di tebing ini
Abaikan sahaja
Impian diri

Si jalang terduduk ditepi jurang
Memikirkan hati yang sering curang
Mahukan teruna perlu isi borang
Hijabkan hati
Kerumah pulang

Ahmadchin
Ampang park
5. 30

Alam ceritakan

Wahai alam ceritakan
Pasal keruntuhan
Kawan2 persekitaran
Yang telah ditelan zaman

Atas nama pembangunan
Untuk melindungkan
Perkosa
Umat yang berperikemanusiaan

Ahmadchin

Thursday, December 13, 2012

Cerita Anak Yang Dibuang

Ayahanda nampak tak bulan itu malap tak bercahaya
Bintang jauh tak pernah sikit nak dekat pada saya
Kenapa saya dibuangnya disini
Tempat yang alam tak pernah peduli

Tuhankan turunkan saya dalam jasad ibu
Untuk ditimang berikan cucu
Tuhankan hadiah saya pada ayah
Untuk melupakan masaalah

Saya ingin disitu dipangkuan ibu
Saya akan rebah dalam pelukan ayah

Dengarkan suara saya
Yang tak ada.


Saya ini bukan anak haram
Cuma saya ini anak mereka yang pernah karam
Pedulikan kata orang kita
Mereka tidak sayang harta dan nyawa

Ke mari ayah bonda kita bina semula
Bina semula keluarga kita
Ingin aku dengar aku ditatih
Aku nak jadi pakar ayah yang latih

Satu hari saya mungkin jadi doktor
Mahu menabibkan ayah dan bonda
Kemari sini, pimpinlah saya
Saya nak jadi anak yang mulia
Berikan saya peluang kedua.

:(





#Ahmadchin


13/12/2012

Tuesday, December 11, 2012

Ibu Pernah Mengerti?

Jika ibu selalu mengerti
Menjadi lelaki macam kami

Kalau ibu mahu tahu

Lelaki ego itu adalah aakuu..

kami ini lelaki
malu ego yang menangkis diri
Kami ini anak lelaki

Kasar kasar kami 
Setia ibu tatang kami..

Didalam hati kami kamu permaisuri
Tidak redha Ibu diambil ilahi
Mungkin tak terkabar pada mu nanti
Betapa sebak hati

Merenung wajah dewi

Wahai Maharani yang gagah jiwa
Namun segala langkah diatas dunia
Tidak kami lupa
Di wajah anakanda
Adalah sebatian ibunda.


Kehadapan mama terimalah sujud anakanda
Dalam tulisan jiwa yang meronta
Dalam ini tiada kata dusta
Dari kami anak yang pernah derhaka.


#Ahmadchin


Thursday, December 6, 2012

Lelaki Typhoon

Menjadisuatu angin yang menakutkan
Udara panas kebahangan
Sesudah segenap udara aku ruapkan
Bukan lagi penafasan yang mendinginkan
Aku menggegar  digelar siklon tropika
Mereka juga gelar aku hurikan

Kan akuk perlihatkan angin berpusaran
Bilamana matahari aku gelap kan
Baru aku lihat kamu insan mula berpautan
Sudah terlambat!
Harap maafkan

Aku ranapkan segala monumen dan bangunan
Segala gelandangan dimatikan keperitan
Tiada lagi kesempitan dalam kesesakan
Semua padam, suram, bersih aku sapukan

Sudah! Biar bumi ini aku jagakan
Aku lah sahabat kawan dan peneman
Apalah guna kamu manusia diberi akal
Bertangankan kerakusan
Ini semua adalah typhoon keadilan
Aku warkahkan
Apa dah kau rasa?
Untung kah bertemu tuhan?
Atau mahu turun lagi jalankan kewajipan?


Ahmadchin
7/12/12

Mengenai Gelandangan

Kamu diberi lidah untuk berkata apa
Tetapi mengenai mereka
Jangan cuba diduga,
Jangan cuba kamu mencera
Bagi aku mereka ibu, mereka bapa

Malam itu,
Aku menjadi saksi akan perit ini
Darah yang tidak bersemadi
Aku yakin pada wajah itu
Ada masih berseri
Menanti anak dan isteri

Mereka hanya manusia didalam sampan
Dipukul ombak karam dilautan
Mungkin telah melakukan kesilapan
Menghadap taufan
Kita didarat mana tahu
Kerja mereka dengan tuhan

Tapi bukan kah kita ini manusia
Yang berperikemanusiaan?
Yang hidup diatas balas ihsan?
Kemari rakan, hidupkan jiwa insan
Yang terlantar
Ditelan dek zaman

Lagi sekali aku berkata
Jangan dihina jangan diduga jangan dicerca
Di suatu sudut pengalaman mereka.
Ibu bapa kita juga

Ahmadchin
7/12/2012
#theblanketproject

Tuesday, December 4, 2012

Ulangtahun Dia

Kau aku percaya
Meniti hari
Semakin besar semakin tua

Keluk U kehidupan kau lalui
Kau di paras itu
Aku diparas ini
Kau dah beradu aku masih berlagu

Aku sudah lupa mula kita bercakar muka. Aku duka
Aku sudah mual dengan rindu menyebal. Kau kebal
Sudah puluhan ribu aku mengirim tanya
Pernah kau terfikir aku itu dia?

Bukan niat untuk menuntut
Tapi kini aku cuma masih terpaut
Kisah kasih kita dahulu yang menyahut
Sekelip mata aku diragut

Selamat membesar dan teruskan belajar
Kau hari ini tenaga pengajar
Tepi jalan aku masih belajar

Mana mungkin kita kembali, Mungkin

Detik waktu dilempar sabar
Segenap ruang dihuni sesawang
Setiap saat kau akan mekar
Aku ini jalang menanti peluang




 Ahmadchin
5/12/12

Saksi

Aku paling takut
Dihadapan tuhan nanti
Akan diburaikan aku
Akan dibogelkan aku
ternampak isi isi

Yang mana segala huruf keramat dan puisi
Diterangkan oleh saksi alibi
Huruf, tulisan dan papan kekunci ini

Ahmadchin
5/12/2012

Monday, December 3, 2012

Janji

Hujan yang menyembah bumi
Ribuannya ibarat janji
Apabila manusia meluat dihati
Diseru pula sialan mentari

Sekarang khabarkan pada aku
Janji siapa dimungkiri?

Ahmadchin
4 dis 2012

Puas

Manusia
Ciptaan yang tak pernah puas
Setalah dapat yang satu

Mahu juga yang itu
Mahu juga yang begitu


Utama bagi mereka
Yang pernah terasa hilangnya

Ya. Saya juga

AhmadChin
#3 Disember 2012

Tuhan juga Maha Perahsia

Disatu malam
Berborak kita sampai lebam
Dari cerita hantu sampai kita mati kutu
Masa itu laju, tak terkejar dek aku

Diakhirnya kau bingung penuh tanya
'Apa tuah awak ada saya?'
Boleh saja jawapan beribu direka saya
Setakat ini
Biar saya saja merasa

'Tuhan itu juga Maha Perahsia'

Setakat ini juga.

#AhmadChin
3 Disember 2012

Sunday, December 2, 2012

Pernah

Aku ini lelaki
Yang pernah berapa kali dinodai
Aku percaya dan aku terus meniduri
Di lembah hina
Aku sendiri
Kemana jati hilangnya diri

Pernah aku mendaki ke awan
Supaya tangan ku menggapai bintang yg berkerdipan
Pernah aku jatuh
Terkehel patah riuk
Dek kerana
Bintang itu tidak cukup perawan

Aku pernah berlari
Mengejar pelangi
Di akhirnya malap disiang hari
Terkulai jatuh sekali lagi
Terhenti nya denyutan
Terlelap mata hati

Aku pernah mencintai
Aku sudah pernah dinodai
Aku jua pernah patah hati
Cuma kali ini
Janganlah diulang lagi
Hati ini hanya dipapah kamu untuk berdiri
Namun aku tidak paksa
Ini hanya keluhan lelaki

Sekian
Ahmad Chin
30/11/2012