Wednesday, October 31, 2012

Ayat Songsang

Jalan mereka pandang ke depan
Aku jalan memerhati sekeliling
Mereka berlari terbang ke awan
Aku memilih duduk dan berbaring


Hari ini aku mahu surahkan ayat ayat songsang

Yang telah lama aku sirat dan aku hadam
Yang berkurun aku sedih menagan pedih
Yang Tidak bertitik, dulu hanya bernoktah

Dikejut aku igau semula

Seandainya kau ada di depan mata
Bukan aku nak lontarkan sumpah setia
Hanya untuk renung gumpalan awan di pipit mu
Hanya untuk aku mencanang senyum pada wajahku

Setelah lama

Orang kata cinta itu bahagia
Aku rasa cinta realitinya derita.
Bermula dengan derita yang bertempa
Dipacak ditempa digasak dipahat dipaku
Bila nanti tak bercinta
Kau tetap baca sanju macam hantu

Derita aku mana kau pernah ambil tahu

Pernah kau Kasihan ketika awan jatuh menmpa aku?
pernah kau risau bintang tajam menghiris rabak dada aku?
Pernah kau nampak diri dijamah matahari hingga
tinggal tulang belulang
Kau macam tak pernah nampakkan?
atau kau buat buat tak nampak?


Ini bukan ayat kasihan ini ayat songsang

Setelah lama aku berdondang sayang
Setelah beribu hirisan dicipta sang bintang
Setelah ronyok tulang belikat yang himpap awan berat
Aku penat
Penat aku
Egomu menambah kudrat

Setelah berapa kali

Aku tahan caci maki
Caci maki di selangi geli geli
Masih tak menjadi
Takut kau pada sang silam
Tiada cahaya untuk lelaki yang didakapi malam malam

Ayat songsang

Lahir dari air pasang
Disebalik otot dan tulang 
yang tinggal darurat belang belang
Maafkan ayat yang makin bikin songsang
Nampak macam benci
Ini semua mengenai sayang
Yang aku rasa kan kian menghilang
Dilindugi bukit
Sehingga menenggelam matahari terbit

Atas jadi bawah

Bawah jadi atas
Kanan jadi kiri
Kiri jadi kanan
Aku masih gagah
Sampai ke puncak teratas
Tolehan aku ketepi
Kau dan sentuhan memainkan peranan

#AhmadChin

1 November 2012

Syaratnya 'mencari'

Jika kamu mencari diri dalam puisi puisi ini
Kamu akan jumpa

Jika kamu mencari diri pada tinggi awan
Kamu akan jumpa

Jika kamu cari diri dalam estetika ini
Kamu akan jumpa

Jika kamu cari diri dalam modenisasi ini
Kau akan jumpa

Jika kamu mencari diri dalam hentian ini
Kamu akan jumpa

Jika kamu mencari diri atas pentas ini
Kamu akan jumpa

Jika kamu mencari diri atas bukit itu
kamu akan jumpa

Seperti dicari redha ilahi
Kamu akan jumpa
Hanya dengan syarat
Jika kamu mencari

#Ahmadchin

27/10/12

Tuesday, October 30, 2012

Perakaunan Kreatif

Hari itu kau termanggu berseorangan.
Datang idea kau yang tengah syok berangan..

Kau mendebitkan kaki kau supaya lebih panjang
Kau kreditkan lemak2 kau supaya keluar 6 petak kereta
Kau jualkan tangan kau
Kau adjustkan gigi kau
Kau ketap ketap bibir kau
Kau sifarkan mata kau
Kau piramidkan bibir kau

Sehingga semuanya terimbang.
Sempurna tanpa duga.
Kreatif kau memang power

Tapi sedar, aku nak tanya
Susutnilai tu Tuhan tentukan dah masanya
Tuhan maha mengira
Kat dalam sana
Kau tak mampu nak adjust2 angka
Waktu itu tiada istilah
Perakaunan kreatif
Auditor nie. tak makan rasuah punya

#Ahmadchin
29/10/2012



Emak

Seringkali aku bertanya, 'kenapa kita berwajah emak atau pak kita?'. Ya. aku tahu ada logik sains yang cuba menerangkan dari segi empirikalnya ia adalah mengenai gen gen yang mengalir dalam tubuh manusia. Jika begitu, pasti rupa kita semua persis wajah Nabi Adam dan Hawa memandangkan itu lah asalnya Gen kita. Tapi akan timbul persoalan, ada putih hitam, yang sawo matang, dan berlainan dari kantonesean nya apabila berbicara.Jadi, mana satu gen Adam dan Hawa?

Mengaitkan kisah ini dengan orang yang pertama menginjak ke dunia aku rasa adalah susah. Aku terfikir, wajah mak pak ayang aku bawk ni, aku bawak pergi buat dating, mengorat perempuan, mencuri dan sebagainya. Aku bawak dan bila kantoi. aku memalit tahi pada wajah mereka. Malang, walaupun tahi, mereka masih sayang. Justeru, aku temui sebab iras ini adalah untuk kita berjaga dalam setiap langkah, supaya bila berkerja, jangan malas2, nanti bos ko tengok muka mak pak ko pun jadi nyampah, tunggu di kaunter kaunter bank atau LHDN jangan buat muka najis, bila doa pelanggang tu supaya kau dianiaya, samalah macam mak pak kita didoa untuk dianiaya.

Kasihan, kau jaja wajah mereka kemana mana. Kalau tahi juga kau bawa bersama.

#AhmadChin

Isabella ku

Dia Isabella cintaku
Bersatu, macam isi dengan aku
Setelah dicabut, masih terus bertumbuh
Tidak di realiti aku bukukan dalam buku

Masih cantik setelah berjuta juta saat detik
Ku menantikan kehadirannya, di mimpi malam
Kemudian tiba hari,
Dia datang dalam bayang
Bagai raja dan ratu
Menguasai empayar malam

Senyuman nya ramah, pertuturannya manja
Waktu kami bicara,waktu seluruh alam lonjak gembira
Raja telahpun jatuh cinta

Aku hadiahkannya dengan kata jujur tak berbisa
Aku dakapinya dengan syair ini dan puisi
Tiada selimut lembut, menutup busut
Konspirasi puisi merancang senyum senyum sayang

Kau akan ku cinta demi Maha Esa
Aku mahu pulang bawa tangan kau menuju bahtera
Aku kebalkan kau dengan seribu bala tentera
Taufan tidak bisa meruntuhkan kota
Ini istana kita
Isinya rakaman cinta

Ini kisah kita tiada pantang larang
Aku dah binakan kau kota cinta yang terlarang
Menara tinggi cuba mencapai Kursi Ilahi
Sejadah dijahit, mari kita bersyukur banyak tidak sikit

Sampai tubuh ini kan menjadi kaku
Aku mahu kau sentiasa memeluk aku
Maafkanku yang dulu selalu berdaku
Tidak biasa bicara
Waktu aku melawan aku

#AhmadChin
Dia.
1.52 a.m


Saturday, October 27, 2012

Hanya ingin

Aku ingin jadi yang terbaik

Aku adik, aku mahu jadi yang terbaik
Yang teguh dibelakang, tempat berpegang

Aku abang, mahu jadi yang terbaik
Yang duk didepan untuk melindung

Aku dalam kamu semua
Termimpi mahu kamu semua tahu
Didepan atau belakang
Aku tetap sayang
Di kanan atau kiri
Selesa aku disisi

Yang membawa terbang menggapai bintang
Yang memimpin tangan tangan kamu
Yang akan jual maruah diri
Untuk kamu
Untuk aku memberi

Apakan daya
Mengelak dari derhaka
Itu sahaja aku cuba

Memerah saki baki hayat diri
Yang tak lama lagi
Kanda,
Maafkan lah adindamu
Yang serba serbi kekurangan
Bawalah dinda ke kayangan

Dinda,
Ini kanda mu, kanda akan sentiasa menjaga
Kanda akan melindungi
Janji kanda
Demi kita
Demi keluarga

#ahmadchin

26/10/2012

Wednesday, October 24, 2012

Puas?

Jadi kau dah puas?
Dah puas kau mengukir awan?
Dah puas kau luruhkan daun daun?
Dah puas kau mencantikkan bulan?
dah puas kau lindung matahari?
Dah puas kau menjelma?
Dah puas bermain?
Dah puas kau menghantu?
Dah puas berbibisik?
Dah puas jelma aku?
Dah puas kau buat?
Puas kau buat aku rindukan kau?

'Yang kau?
Tak puas lagi rindukan dia'?


#melawati

Arafah

Arafah itu.
Bukit berpasir batu
Angin bertiup deru
Mohon segala seru
Dihapus rasa seteru

Teruskan mengadu jangan ada cari hantu
Moga berjaya menggoda yang maha satu
Siapa tahu

Tempat kamu mecanda
Memanja dan merayu asmara
Pada Dia

#ahmadchin

Sunday, October 21, 2012

Lelaki Dalam Tong

Lelaki dalam tong
Tong tong tong
Tak pernah berbohong
Hong hong hong
Hidupnya terkurong
Rong rong rong
Tak diam meraong
Ong ong ong

Bukan nak sembunyi
Nyi nyi nyi
Tak mampu berdiri
Ri ri ri
Marilah ke sini
Ni ni ni
Angkatkan ketepi
Pi pi pi

Tong ini tong sampah
Pah pah pah
Sampah yang dibuang
Uang uang uang
Kitarkan semula
La la la
Keluar tong masuk tong
Tong tong tong

#ahmadchin
23/10/2012

Destinasi

Mata kabur
Telinga mengecil luntur
Setiap genggaman melebur

Dek angin yang berhablur
Tiupannya berterabur
Hablurnya berhaba dan terik
Mengolah ngolah jasa supaya penat.
Serik

Langkahanku berterabur
Menghuni gelap mana mahu aku teratur
Justeru,
Aku mula susun atur
Ibarat terbang burung terkukur
Berjalan aku menuntun ke kubur

Aku masih ada Kau.
Mujur.


#AhmadChin
23/10/2012

Nota Terakhir

Merah, biru, hijau, hitam
Aku ambil semua dan aku mulakan
Dari satu perkataan menjadi baris perenggan
Nota itu mungkin terakhir
dari lelaki sialan

Aku ungkit segala penuh rasa sakit
Aku pendam dendam moga pudar segala pahit
Hanya untuk aku berani dalam suatu nota yang terakhir
Ibaratkan hari ini.
Aku baru sahaja lahir

Mula hari pertama aku ceritakan segala rasa
Hari ini akhirnya untuk aku berduka
Harap selepas ini tiada lagi sepatah kata dua
yang tuli menceritakan fasa fasa kita berdua

Merah aku menyatakan semua dengan terang2 babak indah
Biru aku lukiskan segala pengalaman kita dulu dulu
Hijau bukan aku nak merampas, ini cara terakhir aku mengimbau?
Hitam masih terpalit segala rasa dendam yang suram

Baris pertama belum habis aku pergi baris kedua
Perenggan pertama baru hari pertama belum cerita tahun sebelumnya
Nota, mungkin ini nota atau ini karangan berbisa

Tidak lagi mahu aku tanya baik sangat lelaki itu?
Tak lagi ungkit cerita dia yang pura pura sakit
Dalam saat itu aku menulis untuk tunjuk mula tumbuhnya kepak aku
Hanya nak beritahu aku masih sayangkan kamu
Cuba intikan dengan segala angin rindu
Pasir yang berdebu
Di pukul angin sarat begitu
Ini hanya satu nota terakhir buat kamu

Dalam nota itu aku lagi goda kau dengan bintang
Tiada hulubalang untuk aku hantar bawak kau pulang
Nota ini mungkin tempatnya akan disuatu balang
Jangan baca lama lama. Jangan terkenang kenang

Luar hujan merih seakan meraih
Cahaya terang menyuluh untuk seorang panglima perang
Semoga dia dan kamu akan nanti bermadu kasih
Jaga diri. Jaga diri.
Ini ayat pengakhir
dalam nota terakhir
kerana aku dah letih.
Setelah lama bernafas dalam air


#Ahmadchin
21/10/2012



Hujan

Setelah terlalu lama
Berpanas terik
Mendingin angin

Setelah terlalu lama
Ditaburi cahaya haba
Diselebungi rasa tak selesa

Seperti tahu
Itu hati aku
Yang telah mengeras sekian lama

Seperti tahu
Jiwa ini terlalu keras lamanya
Seperti tahu tertanam raga sekian harinya

Hujan
Turun dengan lebat
Membasahkan bumi
Merubah keras hati

#Ahmadchin
21/10/2012

Friday, October 19, 2012

Tanah Suci

Apakah yang terdapat disana?
Seperti terdapat magis buat manusia tertumpu padanya?
Dalam pusu, dalam sesak
Begitu mereka setia dengan tekun
Buat alam memegun

Berselisih. Berapat rapat
Adakah disebalik sempit dan tumpat
terdapat sebarang hikmat?

Satu hari
Aku mahu kesana
Merasa. Menikmati
Suatu yang tidak logik dek akal
Suatu tak tercapai oleh hati

Mahu aku rasa
apa kelebihan disana
Supaya aku terpesona

#Tulisan Suci

Saya cuma diam, Saya tidak tidur

Saya cuma diam, Saya tidak tidur
Hanya mulut dah dipejam, mata pula mengangguk akur
Lihat kerenah kau, aku dah nak menggelupur
Hey, ini dunia, dekat syurga itu ada anggur

Jangan sangka, saya diam
maka hati ini juga memejam
Jangan sangka saya diam
Segala rasa tak mampu saya hadam
Jangan sangka saya diam
Tak mampu saya berlaku kejam
Tunggu je lagi berapa jam, saya naik geram
Kamu semua saya pukol bila dah pekena gam

Setiap tutur kata, telinga tuli mendengar
Setiap yang kamu buat, mata tak pejam melihat
Hati kamu berbisik, hati disini naik celik
Dengan tingkah laku mu yang jelik bengik

Ingat
Saya cuma diam
Saya tak tidur

Perakaunan

Mana lupa cerita dulu ada pesan
Nak hidup selamat dalami ilmu perakaunan
Hidup ikut kata orang mahu ringankan beban
Nah ambil sijil ni buatlah kau simpanan

Yang lain suka sakan kau masih tak berteman
Itu hari yang bila kau macam ditinggal rakan
Tiada lagi taulan, mana kau punya handaik?
Dulu janji sama sama sijil tu korang nak carik

Betulka kau nie amek perakaunan
Takde rupa sorang budak akaun kemas dan perawan
Beminyak berjeragat macam nak tamat riwat
Walhal umur baru aja 24

Hey salah kah aku? berlaku jujur
Bukan di johor bharu aku kini dikuala lumpur
Pisau dan pistol, bukan panah dan busur
Tempat orang tersisih dan aku sentiasa akur

Membaca dan menulis diumur yang melewat?
Aku budak baik, bukan orang jahat
Cuma sebelum tamat riwayat aku nak berhikayat

Dah ditikam berkali aku dah selalu mati
Dah aku berulang ditinggal, aku masih lagak kebal
Dah  selalu dicaci maki, jatuh aku duduk kembali
Di atas kerusi
Itu dia Ayat kursi
Aku ada Dia
Apa kamu peduli?


#Ahmadchin
Melati

Gadis Koma

Langit Terang
Bulan pergi
Matahari kemari

Hujan lenyap
Kilat senyap
Awan ranap

Burung diam
Tikus lari
Air pegun
Angin dingin

Diam semua diam
Pergi kau orang pergi

Tinggalkan gadis itu
Dia sedang koma tak bermaya
Hampir ternoktah nyawanya
Bila cinta disapa duga

Dia sedang koma
Oh Tuhan
Tambahkan nyawanya
Tambahkan Cinta mereka.

#Ahmadchin
Semoga tuhan menyelamat kamu berdua

Wednesday, October 17, 2012

Motivasi 2

Jatuh aku bangkit kembali
Telangkup aku tegak kembali
Terpelesot aku tahan berdiri
Terhenti aku mengalir kembali
Terlantar aku sedar kembali
Hingga saatnya

Aku mati dan hidup kembali

Ahmadchin
Melawati#

Surah kekejaman

Seperti aku selak akhbar
Seperti aku membaca tajuk yang utama
Seperti berita yang mencetus idea
Seperti kamu menyelak kainnya
Seperti kamu melihat kemaluannya yang utama
Seperti kamu yang terejakulasi dengan tubuh yang sensasi itu
Seperti kamu yang gunakan 2 otak kecil di bawah itu
Kamu itu bahalol. Kamu itu tolol.
Kau perogol.
Ahmadchin
#gombak

Kepakaran

Bingkai gambar aku ukir untuk disimpan kan
Aku lakarkan gambaran mengenai engkau dan kehidupan
Sampai nanti
Aku tiada lagi
Kau simpan baik2 buat atap tiap hari

Lindung aku tak mampu teduhkan hujan
Tapis cahaya kau tetao rasa haba yang memanaskan
Corak kan pelangi aku cuba lagi
Sampai tiada keburukan terlihat pada ku lagi

Ini puisi cerita dalam gambaran
Seorang jejaka yang berbaring kelelahan
Setiap helahan, kitaran pernafasan
Hidup hingga kini itu bukti satu satunya kepakaran

Ahmadchin
#satu satu nya

Monday, October 15, 2012

Balas dendam

apabila 
kau tidak balas perbuatan jahat orang
selalu kita minta
biar tuhan balas kan
kerana tuhan maha berkuasa

Mari aku kabo
Kenapa kita mendendam
dengan kuasa tuhan?
takda belas?
takde simpati?

Kenapa kau jemput tuhan
dengan penyata benci?

Kalau aku
Aku mohon tuhan maafkan dia
Dan biar aku membalasnya
kemudian
Harap tuhan ampunkan aku.

Jangan suka suka jemput tuhan mintak tolong beri balasan bagi pihak kamu.
Hapuskan dendam itu
Tuhan itu tempat kita mengadu
Bukan memalat kesumat

#Ahmadchin
Hati

Hari terakhir

Mengenai UUM

Kami juga dulu benci tempat ini
Serba kurang
Sekarang kami curang
akan perasaan kami dulu
Sebenarnya
Kami sayang.

#Ahmad Chin @ TNB

Raja Sendiri

Ini bukan cogan terakhir aku puisikan
1000 teka teki masih terpelosok dalam perasaan
Jangan pergi, aku kan undur diri
biarkan aku terbakar jadi bara dari api

Tiada satu anak kunci aku tinggalkan
Aku bukan maharaja aku cuma orang yang berjalan
Menghayati di kanan dan kiri
Rempah hati, merah dan putih
di setiap persimpangan
aku masih berdiri sendiri

#AhmadChin
Wangsa Melawati

Memenuhi Ruang

Aku cuba memenuhi ruang ruang siang
Cahaya terlampau terang. aku yang hilang

Aku lari kepada malam mencari ruang
Bukan saja gagal memenuhi ruang malam
Malah aku hilang segala bayang

Aku pindah kedalam kamu
Penuhi ruang lembut itu
Aku cuba dakap,
Aku cuba resap,
Tak pernah lengkap

Apa guna terperangkap?
Dalam ruang ini
Tiada satu untuk diri

AhmadChin#

Thursday, October 11, 2012

Diam

Mata diam
Jari diam
Kaki diam
Nadi diam
Nafas diam

Biar suram
Ini malam
Aku bersemayam

Kat Depan TU!

Kat depan tu
Ada segala macam angan angan
Ada seksi, anak dara sunti, yang sejati

Kat depan tu
Ada semua yang besar besar
Ada duit kapuk kapuk
Ada kereta jenama besar
Ada kasut licin tak da kasar

Kat depan tu
Kerja, suasana, kehidupan
Sibuk, sesak, berlagak

Kat depan tu
Jalan nya lurus gelap
Ada lampu jalan
Kemudian kembali bergelap

Kat depan tu
Ada monumen, ada bangunan
Ada sentimen, ada kekayaan

Jangan pandang belakang!!
syurga kau didepan tu!!

Kalau betul syurga aku didepan tu
Kenapa aku toleh kebelakang tanpa rasa malu?
Kenapa aku masih dibelakang?

#AhmadChin
Sintok - KL


Menjadi lelaki

Menjadi lelaki

Menjadi lelaki. Sosoknya keras. Kuat.
Menjadi lelaki. Suaranya garau. Kasar
Menjadi lelaki. Tak kenal lelah. Penat

Hari itu, lelaki itu merempat mengadu ngadu pada malaikat
Hari itu, lelaki itu merayu rayu pada ayu
Hari itu, lelaki itu mati. Sekali lagi.
Dalam dakapan terakhir sunti

UUM
3.50 a.m

Sekian Terima Kasih

Petang itu sugul buat si dogol
Mencuri curi masa nak ber rap dongengan oh si tolol
Menyimpan segala peluru dalam poket dari pistol
Jumpa kawan2, skandal dan kekasih untuk last call

Beberapa tahun dulu semua bermula
dari sosok kecil kini sudah berbadan dua
Macam naik pentas rasa syok nak berpuisi
Rupa gaya lebih indah bila ada rasa syok sendiri

Di majlis makan malam
Buat show berejam rejam
Ada yang suka jua ada sibuk tampal talam
Suara kera sedang menghayun satu alam
Disusuri suara merdu dari
2 buah pelam

Aku masih hip hop
Tetap pop
Seluk seluar londeh namun aku masih flow top
Pernah gemar itu benda nama cool blog
Aku coretkan disini segalanya dalam blog

Tnb, disini, kesah kita semua
Cerita waktu pagi Kisah sampai mati
Bergembira, tertawa
Menangis dan bersedih
Jangan mula lagi seluar aku belum londeh

Kemari kita ke bulan kesana kita bintang
Jari aku teran memanggil manggil nafas pulang
Ada kawan yang mulut deme dari longkang
Ada lawan suka mengintai macam jembalang

Adek kemari, abang sudah berdiri
Meninggalkan helahan setiap cap jari kaki
Bayu segar yang sentiasa dirindui

Ada cerita mengenai kurangnya tempat ini
Tiada tempat nak chill sampai pagi
Hanya lepak bilik sampai matahari pekena kopi
Angin caffien mencorak segala rasa dingin
cerita pasal Faiz dan SPM yang selalu naik angin

Hari ni aku masih di suatu malam terang
Aku hadiahkan bulan
Untuk kau ceritakan bila kau rindukan
Buat kau dakapkan bila kau tiada peneman
Bila putus asa
Tengok bulan punya asa
Tak pernah bersedih dengan gelagat manusia
Ciptaan sempurna
Laluan seorang teruna
Menjadi pujaan dalam setiap hati dara

Kini aku pergi, bukan kepada ilahi
Membawa diri kedalam dunia satu lagi
Berkonvokasi, baling baling topi
Jangan lupa ucap terima kasih

Topi berbucu empat
Lambaikan kepada semua teman rapat
Hilangkan segala kelat
Lupakan segala palat
Kerna hari itu kau diiringi malaikat
Keluar dari tempat jin lompat2


#Ahmadchin
Sintok

Wednesday, October 3, 2012

Sudahlah

Sudahlah
Semua benda tu dah berlalu
Tak da apa yang ditangis perlu

Sudahlaa..
Kan aku dah khabarkan
Kau itu tak tampan
Kau itu tak sopan
Korang tak padan

Sudahla!
Sudah sudah dengan impian
Sudah kan semua harapan

Ya. Roda impian
Itu kitaran kehidupan
Kini kau sedang Muflis!
Sudah!!

Ahmadchin#

Kemana

Malam tadi
bukan pertama kali
kau diam macam ni.

Cuma kali ni aku tunggu lama
Bertahun tahun
Berbulan bulan
Tak cukup aku membilang hari
Sunyi

Aku tak kemana
Aku masih disini
Menanti senyuman dibalas
Petahan aku akan dipadan

Kemana kau pergi?
Kenapa tinggalkan aku gelap?
Aku dalam gelap
Kau?

Apa kau rasa?
Apa kau pendam?
Tolong.

Ahmadchin
Oktober 2012