Friday, May 17, 2013

Persembahan

Ya.
Saya pernah mempersembah sejuta setia pada hati perempuan
Saya telahserahkan segala yAng termampukan

Waktu itu.
Saya yakin jika hati ini sebentuk cincin maka jarinya lah paling molek dimasukkan

Bila awan menyala kejinggaan
Hujan rebah melepaskan keegoan
Daun tunduk pada kita
Kala kita berpelukan
Berkongsi tawa dan sedan

Namun hari ini
Jari itu tidak cocok pada hati lagi
Seorang lelaki dari kerabat bumi
Memyujud sembah pada mu yang sudah tawar hati

Lalu
Bermulah aksi
Dipertonton pada ku si kerdil abdi
Bersorak perli
Moga kalian bahagia
Si putera puteri

Ahmadchin
4/5/2013

Thursday, May 16, 2013

Memecah Sunyi


Hari itu
Waktu kamu memecah angin berlalu begitu.
Hatiku : ala itu sahaja

Hari itu
Waktu kamu berang seranahkan aku
Hatiku : ala itu je

Hari yang itu
Dibiar aku minta tanpa toleh kamu padaku
Hatiku ; ala itu sahaja

Hari yang itu
Yang kamu memberikan jelingan sialan
Pada lelaki yang penuh senyuman
Hatiku: ala dah biasa

Hari lain hari nanti aku harap
Biar dicincang mati
Biar digilis uli
Biar dihentap ranap
Biar dipijak hiba
Biar dihiris hiris
Biar diparang parang


Masih mampu hati
Lagi berkata
Hatiku : ala tu sikit je
Ahmadchin
17/5/2013

Sunday, May 12, 2013

Jual beli

Begitu mudah jiwa kita dijual beli
Baru terjumpa sesuatu yang menyerupai fahaman hati
Bersunnguh kita suka dan sebari

Kemana jiwa dan fahaman kita?
Kemana pendirian kita'

Apa disangka berpendirian itu
Hanya teguh pada satu parti?
Jika hati kau mampu berpidato
Nescaya
Ia akan mengundi keluar dari jasadmu barangkali

Kerana hati juga mahu bersendiri
Berdiri lihat dan memahami.
Bertoleransi
Bukan ditiangkan tiang2 benci
Bukan begini

5/5/13
Ahmadchin

Saturday, May 11, 2013

Baur

Bertaburan kain2 memacak disana sini
Aku yakin, ini kerja peniaga kapitalis
Ambil untung diri sendiri

Lihat itu, tampal, gantung semua bendera disana sini

Apa kau sangka berpolitik sekadar mengundi?

Mari ubah
Saat ini
Kita berpolitik bakti!

Risik

Purnama keenam dikata mahu bercanda
Hantar keluarga bertemu keluarga
Marah pun bersama
Sakit pun bersama
Aku bersumpah mahu teruskan bersama

Namun,
Kenapa
Kebelakangan ini
Kau berdiam sahaja
Janji ikat kini mahu dibiar pula
Ya, sekadar rancangan tuhan tentukan

Namun hati ini
Kita yang juga mahukan?

Ahmadchin
20/4/2013

Terima kasih bintang

Sudah biasa malam ditemani bintang terang

Cuma kali ini

Dihalakan buju tamnya kemuka
Supaya segera saya pejam.
Kerana dunia sentiasa kejam

Terima kasih bintang

Ahmadchin
12/5/13

Friday, May 10, 2013

Ibu

Aku sangka hidup ini
Hanya perlu disyukuri
Bila dibalik hari masih ternampak matahari

Apabila dibalik malam
Bulan meneman sihati kelam

Bila dedaunan
membakar diri untuk jiwa insan

Ada lagi rupanya.

Mata tua
Telinga tua
Jari tua
Senyum tua
Rambut tua
Yang selalu berkata
biar dan tak apa

Ibu.
Sudah tua.
Jelingannya
Jelingan syurga

Ahmadchin
11/5/2013

Over yakin

Mungkin kau terlalu yakin
Bahawanya

Bila aku pergi
Tanpa perlu diminta aku akan kembali
Cuma cuba kau tengok kali ini

Aku kembali bersama darah merah sekali

Sudah puas hati?

10/5/13

Merempuh petala

Tak perlu diminta
Kalam ribut menjelma
Supaya aku membakar diri
Untuk membalas sejuk semua

Jika dipengetahuanku
Sedikit kau berdehem
Aku telah siap sedia

Untuk pergi bersiaga
Merempuh 7 petala

Ahmadchin
6/5/2013

Tuesday, May 7, 2013

ustadshazwanidrus

Lelaki.
Yang menjadi suami.
Bukan sahaja cintakan perempuan

Lebih molek

Apabila dia penyubur keamanan
Dalam jiwa jiwa insan 

yang ketandusan

Yang akarnya 
akar 1000 bencian

AhmadChin
7/5/2013

Thursday, May 2, 2013

Tuhan. Tolong Cepatkan

Pagi ini saya terbangun,
Alangkah cepatnya
Saya mahukan semua ini berakhir
Ya, tamadun kita jauh lagi ketinggalan berbanding mereka

Padanlah ada kisah yang menyatakan orang barat itu
lebih peka mengenai hal kemanusiaan
Berbanding orang islam seluruhnya

Mereka matang dalam berkempen
Mereka ingin menang
Tapi tidak pula memburukkan orang yang melawan mereka.
Dan sebaliknya

Pagi ini saya terbangun.
Alangkah pedih melihat dunia maya
Yang dihembur ayat ayat benci
Disulami ayat ayat suci

Mereka membaca
Bismillahirrahmanirrahim setiap pagi
Setiap hari

Lupa kah kamu tafsirnya sayang?
'Dengan Nama allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang'

Mungkin, petanda akhir zaman
Tuhan menarik nikmat kasih sayang dalam hati hati kita.
Atau kita sengaja menutup pintu
Dan membuang kuncinya

Marilah berdoa
Semoga benih benih kasih sayang
Yang telah ditabur
Oleh Tuan Yang Maha Penyayang
akan terus subur

Tidak ditarik. Tidak ditolak
Supaya lembut lembut
Jiwa jiwa itu
Yang sedang bergolak.

Saya kira sebelum tanah kita
menjadi padang jarak padang terkukur
Hati hati kita semua
Jiwanya sudah lama terkubur.


AhmadChin
3 May 2013

Wednesday, May 1, 2013

1. : Gembira

Hari ni, atau hari hari seterusnya

Kau wajib tahu
Setiap kalinya
Setiap apa sahaja
Yang telah dan sudah
Dan yang akan aku cuba lakukan

Niatnya hanya untuk lihat
Sekeping hati, sebatu jiwa itu
Kenal erti gembira.
Dan rasa
'Bestnya aku ada dia'

Itu sahaja.

Ya, aku akan terus cuba
Apa kata
Kau buat buat ketawa.


Ahmadchin

Random

Seakan Mimpi

Semalam,
Semalam
Aku termimpi
Aku akan belai lembut tangan mu

Sambil tangan kiriku
menyeluk kedalam saku
Memegang cincin bersinar itu

Seakan sempurna.
Aku sarungkan dijari mu
Aku menggenggam tangan kamu.
Aku bercerita 1000
Tidak perlu kata.
Cuma harap kamu senyum beribu ribu.

Dan kamu akan menggenggam kuat tanganku
Semoga dikuatkan ikatan kasih
Semoga sempurna dalam berkasih
Cukup terima kasih.

Ya,
Ia mimpi
Kamu terdiam begitu.
Kamu tiada reaksi jitu
Boring.
Lagakmu itu.

Ya. Yang rangkap  atas itu mimpi
1 Rangkap itu realiti.
Kasih, jangan paksa diri.
Aku bersedia ditolak ketepi.

Walaupun realiti.
Selalu berlaga mimpi.

Ahmadchin
2May2013

Baju besi

Perempuan,

Sedarlah kami ini lelaki lelaki
Ya, kami kebal dan berisi
Tambah lagi
Kau selalu gambarkan
Kami ini berbaju besi,
Kuat dan tempat melindung buli

Perempuan
Tahukah kah kamu
Dibalik baju besi yang mengkafan badan ini
Ia juga boleh berkarat
Ia juga akan mereput
Hanya dengan kata kata kamu perempuan
Entah jika kamu diam 1000 pun,
Kelulinya akan rapuh 1000
Kata kata mu yang tajam
Memanaskan dan mencalarkannya

Dari luar calarnya mungkin biasa buat kami
Namun besi ini, tebalnya kan nipis
Dan nipis lagi
Kebal kebalnya
Akan menyebal nanti

Mahu tahu satu rahsia,
Kau juga baju besi kami
Kau yang kami mahu selalu pakaikan disisi.
Saat itu,
percaya lah,
Walaupun mata pedang menhunus jitu
Kami akan bertahan sekuat mampu.

Namun jika kata katamu
Selalu sahaja menghiris bertalu
Kiranya lebih cepat
Jasad ini terbelah
Kerana itu.
Kata kata yang kau selalu hemburkan itu.

Kerana diam kau yang bosan kan jasad ini
Akan serta merta
Memasung populasi karat
di dada dada kami.


Ahmadchin
2May2013

Entah Apa

Selalu terbit tanya
Entah apa agaknya
Yang saya buatkan
Yang saya lakukan
Yang saya jelmakan

Entah yang mana
Akan ukir senyum dan tawa
Yang buat kamu rasa
seperti  Perempuan Angkasa.

Entah Apa
Entah apa