Saturday, September 22, 2012
Bertembung
Bila matahari bertembung bulan?
Bila bayu bertembung barat?
Bila cahaya bertembung gelap?
Bila api bertembung air?
Bila hitam bertembung putih?
Bila kawan bertembung kamu?
Bila rindu bertembung dendam?
Bila sayang bertembung benci?
Bila bumi bertembung musytari?
Bila keras bertembung lembut?
Saling menguasai?
Saling memahami?
Saling berjabat?
Saling berlawan?
Tak boleh ke berkawan?
Kenapa nak berbeza nak berlawan?
Macam aku bertembung kamu?
Apa akan jadi?
Sialan
Semuanya tak kena
Aku rasa sialan
Aku petik bintang, jatuh ke bumi lebur
Aku bukak saya lindung matahari
Sayap berapi. Lebur
Sialan
Aku tangkap burung, mati
Aku hantarkan deraian angin, suram
Aku hantarkan siang, panas
Aku hantarkan malam, gelap
Sialan
Aku selubungkan 1 jiwa, sesak
Aku titipkan segala isi, busuk
Aku lapangkan dada, sempit
Sialan
Aku terus berdiri, lenguh
Aku hulurkan tangan, ditampan
Aku kirim senyuman, kerang busuk
Aku rendahkan segala, dipijak
Sialan
Aku memberi nafas.
Akhirnya aku yang mati
Sialan!
#Ahmadchin
3.00 a.m / 23 Sept 2012
Datang
bukan dalam bentuk bayang
Kini kau boleh aku rasa
Berjasad dan berhalwa
Apa lagi mahu?
Apa lagi mahu dicaci?
Apa lagi kau mahu kemari?
Apa lagi kau mahu aku tersungkur sendiri
Tolong Pergi
Beri aku keyakinan mengatasi takut diri
Yakinkan aku tentang pilihan ini
Ini pilihan terakhir yang aku ingin lakukan
Dia tangkap moody ape aku peduli
bukan ke aku dilahir untuk gembirakan orang?
Bukan ke aku diajar untuk mensenyumkan muram
Bukan ke aku diajar untuk melompat memetik bintang?
dan bagi dekat orang?
Bukan ke begitu memang cara hidup aku?
Bukan ke aku berjalan untuk berkawan?
bukan ke aku berlari untuk diorang gembira
peluh peluh aku yang selari?
Bukan aku terduduk untuk diorang rasa ruang?
Bukan aku sempit untuk memberi kan masa?
Tolong pergi
Aku tak suka kau datang
Aku takut
Aku takut
#Ahmadchin
2.43 a.m
Thursday, September 20, 2012
Kisah Sama
Bintang yang sama
Cahaya yang sama
Tenang Yang sama
Sedih yang sama
Kitaran yang sama
Kata kata yang sama
Mesej yang sama
Rayuan yang sama
Pujukan yang sama
Pegangan yang sama
Renungan yang sama
Senyuman yang sama
Manja yang sama
Mesra yang sama
Dakapan yang sama
Irama yang sama
Lirik yang sama
Alunan yang sama
Pukulan yang sama
Kisah yang sama. Mengambil Script yang sama
Lakonan yang sama.
Kau yang sama
#Wangsa maju
21 September 2012
Dakap
tidak lagi tercari adab dalam persimpangan
Tidak kisah kemana haluan
Sebab malam ini aku lena dalam dakapan
Cengkam dan menikam tapi bukan nada kejam
Hilangkan rasa gusar, tiada rasa seram hanya muram
Mula aku membaca mantera
Pena sebagai hatinya
Ditinggal kemudian kau datang dengan rasa damai
Jangan pergi terus dakap aku dalam ramai
Bawa aku pergi jangan dibiar lagi aku dalam kerajaan masai
'Sejuk' tolong teruskan dakapan
Tolong dakap aku yang mula hilang pertimbangan
Aku coretkan ini semua setelah berkira
Aku ukir kan semua setelah tambah, bahagi darab beza
Aku jumlah kan segala dalam prosa tanpa irama
Telah aku fungsikan segala yang aku lakukan
Segala hafaz algorithma kau aku bacakan
Dari prinsip ke satu prinsip aku cuba cubakan
Harap isotonik yang membakar platetonik
Mencambahkan segala luka kronik
Aku sembunyikan hati yang telah lama rapuh
Tak aku lihatkan dadaku yang kian reput dan melukut
Aku rahsiakan darah yang mengalir kerna luka satu badan
Aku bina empangan
Aku tegakkan sempadan
Hanya kerana tak mahu kau bersedihan
Lihat kerosakan, kelunturan, yang berselerakan
Terus aku memuji dalam biar angin badai datang menguji
Walau ada badai taufan cuba meragut ketenangan
Membuka aluran biar gelombang hangat ada laluan
'Jangan dipantulkan', 'jangan dipantulkan'
Ditemani pena aku tahu kau empunya hati
Mendampingi angin sejuk moga kau dapat rasa segala hangat
Kau masih mensakai 'sejuk' taat setiap saat
Lalu
Aku bilang pada 'sejuk'
Tolong jangan tinggalkan aku
21/9/2012
Menahan#
Wednesday, September 19, 2012
Figura
Cuba bilang berapa dah dipelurukan?
Cuba bilang berapa yang dah kecewa?
Cuba bilang berapa yang dah kau patah patah?
Cuba bilang berapa banyak kau dah ratah?
Berapa yang dah kau renyek renyek?
Berapa yang dah tumbang?
Kau hitung, tambah, darab, bahagi
Seperti itu nanti
pada tubuh kau yang satu
Kau akan ditikam,dipatah, diratah. dipenggal, direnyek, ditangisi, ditumbangkan
Sebanyak kali itu kau akan rasa.
#doa buat saudara
108am
Eksploitasi
Dari kalam ke talam
Aku telah didilemakan
Entah dari mana datang
Pulang pula tidak diundang
Aku mahu cerita pasal apa ya
Cerita jiwa yang masih belum berheti memukul mukul?
Cerita mengenai mata yang layu tak tutup2
Cerita mengenai hati yang tiada tisu otot?
Kenapa
Kenapa kau memaksa aku bekerja keras
Aku benci
Kau paksa aku menghadap kau
Kau paksa aku menceritaka semua
Kenapa paksa aku jadi sempurna macam kau?
Sedang jari, lengan peha betis, itu milik aku
Itu semua milik aku
Monolog#
Monday, September 17, 2012
Kelantan
Berlopak sopak
Ngaungan gaung
Kabus menimbus
Awan henti
Bahaya
Disekeliling seakan neraka
Tiba
Aku rasa disini
Separuh syurga
Aku suka.
Thursday, September 13, 2012
Jari
Tercari cari, tak datang datang
Kau dah hilang
Oh kau bersama si arjuna gersang
Mencuri girang orang
oh Jari itu
Sepatutnya milik aku
Wednesday, September 12, 2012
Cerita
Aman dan damai
Kau hanya siang
kau nak langar aturan
Menakhluki cakera malam
Jangan
Teruskan bersiang
Dia akan berjalan
perlahan..
dan kau akan bertemu malam
Kau akan berjumpa Fajar.
Jangan gelojoh, bodoh
Cermin
Aku nampak aku
Aku tengok pula pada aku
Pada wajah suci ini
Ada sebatian wajah yang takkan mampu dipisahkan
Itu wajah Abah. Itu wajah Mama.
Ohh nikmat tuhan.
Kemana aku pergi
Bila ku bawa diri aku
Aku juga bawa kamu
Ayah.
Ibu.
#Ahmadchin
Hilaian
Dicelah tiang, gerakan menderu
memukul selembut angin bayu
Aku
Meremang segala bulu
kecut isi hati dan perut
Takut
Aku baru tahu
Kau cuba beritahu aku,
jangan cuba berteduh di cahaya itu
ramai dah tertipu
Terima Kasih
Sampaikan
Sampaikan pada cahaya
Kenapa cahayanya masih belum cukup
Aku masih lagi dalam gelap gelita
Sampaikan pada si burung
Kenapa kicauan mereka
Gagal kacau hati yang murung dan terkurung
Sampaikan pada angin
Kenapa tiupannya sangat sangat sayu. Dingin?
Kenapa cuba ambil pena dan digoda dengan lena
Sampaikan pada waktu
Kenapa berlagak? Mahal?
Tak pernah tunggu aku
Sampaikan pada air
Kenapa dalam jiwa jiwa gersang
Mereka masih lemas
Tetapi mereka hampiri garis keselesaan dalamnya?
Sampaikan pada awan
Bentukkan aku satu hiasan
Kenapa kepulan muram yang disembahkan
Sampai kan pada bulan
kenapa dah lama tidak meneman
Biarkan aku sendiri kegelapan
Kenapa langgar hukum tuhan?
Sampaikan kepada penyampai
'Tolong sampaikan'
Suatu warkah yang penuh pertanyaan
gombak
12 sept 2012
Aku ingin jadi cahaya
Aku ini jejaka. Gelap gelita
Kau si perempuan. Idamkan pencahayaan
Gelita mahu berikan cahaya
Tapi tak punya
Kau mahukan cahaya
Terang.
Semakin gelap gelita
Oh tuhan dari kayangan
Pinjamkan aku sebutir bintang
Bukan untuk aku.
Tapi untuk mereka
Kembali girang
Biarlah aku menagih dan menyimpan gampang!
Tidak! Aku ingin jadi cahaya!
Gombak
Dari
Dari jam yang menunjuk kelagakan waktu
Dari bunyi buaian yang brrgoncangan
Dari bual abah dan anak yang memberi buah enak
Dari gilis2 timun yang sedang dihiris
Dari bantal yang berbau
Dari sang bayu yang menyeru nyeru
Kesejukan yang membeku kalbu
Dari kegelapan yang beri ketenangan
Dari sang saka sunyi yang meniup semboyan
Ada cerita cinta mereka disitu
Apa yang sedang berlaku?
Adakah dia lebih dari aku?
Pernah dia baik dari aku?
Kalam kalam waktu
Berikan aku penawar
Berikan aku penawar
Izin aku berehat sebentar
Demi waktu
Gombak
12/9/12
Tuesday, September 11, 2012
02 minit 02 saat
Sampai
Berbaju kuning
Cover henpon kuning
Apa manusia ini tak banyak pilihan?
Hanya 2 3 warna sahaja dalam hidup mereka?
Aku suka pelangi
Lrt sri rampai
#300 pm
Teman setia
Berbaju hitam. Feet feet
Berbadan ramping
Tak gemok atau rompong
Suka melihatnya
Bernyawa dan mengikut arahan
Tempat mengadu
Teman setia yang baik hati
Bawa saja kemana pergi
Dia tidak bising
Kecuali ada yang mengganggu
Semakin ramping semakin cun
Ia setia
Cuma kita je
Keluar model baru
Teman yang setia terus ditiri
'Nak beli yang ramping lagi'
Jelatek#
Penyebat
Kau sebat sana kau sebat sini
Kau potong itu kau potong ini
Berebut bertinju
Balik tengok dalam cermin
Seronok ke mencuri rezeki?
Cantik keputihan kau
Dengan hitam orang lain?
Tanya balik?
Tanya balik!
#ahmadchin
Damai#
22 jun 2012
Bising
Tinta Buruk
Dari hujung rambut hingga hujung kaki. Buruk. Takcantik. Kopek
Orang luar tu? Semuanya tiada refleksi
Kita masih berdiam diri
berkonfrontasi
Menulis, memendam, meluah, merasa, mencerita, menghikayat
Dibaca, dirasa, difahami, dialami, disukai, dijual, dibeli, dilejen
Tinta buruk ini
Satu apa pun belum lagi tercapai
Dah letak target di bulan
Namun masih dibumi. Terpaku. Bercampur angin
Karat Basi.
Wani Ardy - ' Menulislah sampai ke tua'
Dan kenapa kata kata itu
Terus mencipta tinta kosong lagi buruk?
Ya.
Semua yang dah kau baca.
#Ahmadchin
NKVE
9/9/2012
Monday, September 10, 2012
FGV KWSP
Ape lagi, pergi kaut
Dah naik nanti, lari simpan dalam laut
KWSP kelang kabut
Dahsyat
Kilat dan ribut
Maha Pemberi Peluang
Dari injap ke injap
Arteri ke arteri
Semuanya tak lancar
Semua sedang mengeluh
Berpeluh.
Tekak pulak sakit
Keladak keladak yang sangat menggangu
Merah yang menyala
Nak mati siapa tahu?
'Harap diampuni dosa'
Terbahak bahak dia ketawa
Tak malu
Waktu sihat kau buat palat, lahanat!
Waktu otot segar, kau langgar semua yang kau belajar
Berapa kali kitaran ni berulang?
Nasib kaulah
'Tuhan Maha Pemberi Peluang'
11 September 2012
#Hujan Lebat
Gravitiku
Menarik narik aku
Jika aku menjauh
Baju akan tercarik
Jasad kan terapung
Dekati mu
Semakin aku berdiri
Seperti yang selalu
Teguh. Kukuh. Angkuh
Kau
Graviti aku
##
11 September 2012
Wangsa Maju
Sunday, September 9, 2012
Aku suka kau
Waktu tu pertama kali kita bersua
Aku suka kau
Waktu tu kau lempar senyuman jitu menusuk kalbu
Aku suka kau
Waktu itu kau terima nota kecil
Aku suka kau
Waktu itu kau memilih untuk aku
Aku suka kau
Waktu tu aku masuk kereta kau
Aku suka kau
Waktu kau masuk kenal dengan kereta usang aku
Aku suka kau
Cuba kau kira sudah berapa aku ungkit untuk beritahu
Dah aku perjelaskan satu per satu
Ohh
kau pekak
Mana terdengar suara hati aku?
Atau kau poyo buat tak tahu?
#ahmadchin
Rasa yang tak terganti
256 pm
9 september
Hey sayang
Tengok itu
Anwar dan Najib dah bersatu
macam lagenda kayangan zaman batu
Hey sayang mari rapat rapat
Tengok cepat
Scene obama dan osama berjabat
Tangan mereka irat erat2
Kini tak perlu nak berbenci sesama umat
Hoi sayang jangan la nak berangan
Kita dalam dunia penuh pentas lakonan
Semua cerita atas ini angan angan dalam kayangan
Kerana dunia relaliti tak perlukan kita yang suka berangan
Ayuh, kita pergi dari sini,
Tuhan dah sediakan satu kayangan.
#ahmadchin
Teh o suam
Hidup ni
Kita kesana kemari
Jangan taksub
Berpolitik jangan taksub
Bercinta jangan taksub
Beribadah jangan taksub
Berkawan jangan taksub
Berbenci jangan taksub
Macam teh o suam
Tidak terlalu panas langgar pantang larang
Tak pula sejuk mengadu beku
Ayat mudah
Yang sedang sedang aja!
#ahmadchin
Teh o suam kehidupan
0007 pm
Dunia tak perlukan aku
Aku masih termanggu disitu
Siapa pedulikan aku
Siapa aku?
Ya! Aku yang disitu
Disana mereka sedang bergasak
Bukan cerita nak main masak masak
Mereka atur langkah sedang berlagak kuat nk bertekak
Dari betekak
Mula naik tangan
Hunuskan senjata masing2
Keluarkan pistol dan peluru
Tak perasan pun aku yang tengah meluat dekat situ
Adik adik pergi dulu
Abang besar duduk belakang
Berlagak besar
Tak terlihat aku yang masih kaki terpaku
Pedulikkan
Diorang memang begitu
Suka nak begaduh tunjuk penumbok siapa lebih jitu
Kaki yang mana lebih keras dan ampuh
Sosok mana yang akan hancur dahulu
Ya.aku masih disitu
Mereka tak perlukan aku
Aku biarkan sebab mereka memang begitu
Bertikam. Pergi jahanam!
Dunia itu tak perlukan aku
Tuhan bagi aku sayap
Terbang di awangan
Jumpa bidadari berseronok dikayangan
Cium ciuman
Berpegangan tangan
#ahmadchin
9 september 2012
Janji ditepati
Dari awal sampai akhir
Aku jadi najib
Aku dah tepati satu janji
'Aku takkan tinggalkan kau'
Tapi kau
Lupa. Alpa dengan borak anwar tu
Kau kalih undi
Gulingkan aku dan empayar
Seperti jatuh kerabat di andalusia
Seperti roboh tombok besar china
Ahmadchin#
7 september 2012
Gelap
Dari cahaya tiba tiba
Lampu pendaflour terpadam
Pelita dimatikn apinya
Malaikat menutup cahaya matahari dengan sayapnya
Kau pergi belalu
Melalui fon sahaja
Mudah dan ringkas
'Tak dapat lupakan'
Alasan itu sungguh terbaik
Dari ladang.
Bulan ogos yang lalu
Sekarang ogos 2012
Ahmadchin#
Man sayo
Entah beribu hari
Entah beratus minggu
Entah sampai bila akan terus disini
Lepak
Gelak tawa
Bahan
Diam
Ngandap telefon
Sampai bile?
Strategi rapuh#
Strategi rapuh#
Satu persatu kita atur
Mental dan rohani semua sudah siap sedia beratur
tidak kisah susur galur
kita sekarang merancang perang
bukan bertanding main catur
Bala tentera semua sudah siap siaga
Kereta kebal, air forces, military cantik kita hampar
siapakan menang, jawabnya ada pedang
Ruang muka sudah berbelang
'Siaplah kau kita tengok siapa tumbang'
Oh aku lupa engkau datang tidak diundang
dari tengah padang kita kejar kejar tepi taman
Sudah berzaman kita berpegangan tangan
Cincin hanya ikat jari
Aku gagal penjarakan kau punya hati
Belum perang bermula
kau dah segan segan angkat tangan
Baju putih tidak kau kibar bendera putih
Wahai utih, kau dah kena ayat pengasih?
oleh panglima disana
mengingatkan yang satu masa dahulu kau orang berkasih
Kau berlalu tinggalkan strategi yang kita rangka bersama
bala tentera sesama sendiri bersengketa
Aku berpaling rajuk aku lenting2
Kau kata tiada jodoh
Angkara itu engkau berpaling
Angkara itu engkau berpaling
#ahmadchin
Wednesday, September 5, 2012
Lelaki korupsi
Jasad itu terus menerus jalan bajet tersipu
Tidak terus tengok tapi intai dari belakang pintu
Intai itu gadis sedang terus terus sapu sapu
Bisik dalam hati jangan berani jangan merapu
Jika kau kucing, jangan nak garang rimau
Hanya angin sepoi sopan, jangan berlagak kuat macam si taufan
Tiada kekacakan, gunakan kewangan
Senyum sikit macam dalam mulut itu dollar berlipatan
Senyuman, jual tambah gaya menawan
Lagi sikit mau serupa itu syeikh angkasawan
Kita bukan artis tapi suka berpuitis macam malique aritis
Lembaran ke lembaran kita macam hidup dalam sarkis
Media, penuh wajah gaya petah
Pakai segak segak cuba pikat hati kasta dengan lagak
Suara alunan janji dipalukan
Jangan lupa, kami dah bijak, tahu itu semua borak!
Oi ahmadchin, bila engkau nak habis
Dengan pesta kata kosong ayat kau masih banyak penapis
Ditemani lembaga, sendiri masih tiada manis
Hey please, just leave everything leave all this
Dulu aku suka bunyi, aku lebih kan senyuman
Dari hidup sendiri, aku sukakan kemesraan
Cipta 'kini aku dah kaya', testimonia poya
Hanya dengan korupsi kita mampu bena empayar!
Dengan korupsi, bina empayar
Dengan korupsi bina empayar
Dengan korupsi, buaya itu jadi raja
#ahmadchin
6 september 2012
Ketakutan
Satu dua tiga empatu
Jangan duduk rapat
Jauh jauh cepat sebelum aku lari aku penuh kudrar.
Moga satu hari aku sampai ke tempat
Bernafas disini
Buat aku resah berpeluh basah
Tidak pernah bertubi kerna rasa sudah menjadi akar umbi
Mula jadi sawan geli geli tengok perempuan
Hari ini
aku berkomunikasi
Dalam hari hari aku cari yang hakiki
Lahir dari rasa takut pada lidaj manusia berbisa
Bila aku ke neraka ditimbang tanpa soal bicara
Begini rasanya hidup dalam ketakutan
Dalam skizo rasa penuh paranoyan noyan
Entah mana mula bila sampai pengakhiran
Sudah lah takut.
Mohon tuhan beri kekuatan
Kekuatan untuk melawan kebiasaan
Kekuatan dari ilahi memberi kan rasa harmoni
Kekuatan insan menegakkan panji kemenangan seorang lelaki
Yang cuba mencuit hati anak dara sunti
Ahmadchin#
Tuesday, September 4, 2012
Konfliks Motivasi
Masih ramai begitu termotivasi dengan hari hari mereka
Ada mereka, termotivasi dengan duit
Duit akan membuatkan mereka untuk rajin bekerja
Duit lah tempat berlindung dari celaka
Duitlah tempat memohon dan mengadu segala dusta dan nestapa
hebat!
Aku lihat
Mereka cukup termotivasi dengan ayat ayat mereka
Ada yang termotivasi untuk menjadi hero agama
Mereka menjual jual ayat agama
Siapa pengikut lebih ramai. Dia lebih hebat
Takpun penyokong mereka,
Menganggap ustad ustad mereka lebih betul dari ustad ustad jalanan
Atau ustad Ustad tak bertauliah
Aku masih melihat
Motivasi selalu dicanang
pelbagai
Ada \yang termotivasi untuk kurus demi gadis
Ada yang termotivasi kerana berjaya memikat hati si cinta
Ada yang termotivasi dari rasa benci dan duka.
Sementara aku
Masih mencari dimana terletak nilai motivasi diri
Lihatkan kesungguhan aku bekerja,
Duit adalah ukuran motivasi yang baik
Jika lihat atur cara kehidupan
Aku sebenarnya tiada sumber motivasi yang sebenar
Tapi aku cuba untuk memberi kata kata yang menyegarkan mereka
Yang menghilangkan sedih senda dan tawa.
Motivasi yang hilang
Mungkin juga adalah motivasi aku sebenar untuk terus hidup
Seperti kita rasa ingin mati
Mungkin itu juga motivasi untuk aku berada di pentas ini
Hari ni.
Syukur.#
Konflik motivasi.
Awak Power
Dari kita bergambar tu, dari tu saya start nak berkenal dengan awak
Awak ingat tak? masa saya duduk dengan kakak awak dengan awak?
Saya dapat rasakan aura aura menyampah yang mintak saya pergi dari situ
Tapi saya yakin tu bukan kakak awak punya aura,
Sebab dia yang jemput makan sekali.hehe
Jarang orang nak menyampah saya macam tu rasanya
Power sangat awak ke
Perasan sangat saya ke?
Hey awak
Saya dah anta nota kuning kecik tu, tak nak reply ke?
Penat saya tulis 2 baris ayat tu semata mata dapat nombor awak ya?
Tapi bila petang saya try tarik perhatian awak, lalu depan awak
Awak buat dunno je?
Power betul, dari mana awak dapat power macam tu?
Hai..awak
Hari hari saya try mesej awak.
gembirakan awak, cari punca kesedihan awak tu
Buat lawak dengan konon konon jadi artis,
Sebab nak gembirakan awak tau.
Tapi awak power
Awak relek dan terus relek je
Malu saya kadang2 bila buat benda benda pelik nie
Power awak eh?
Tak terharu ke? tersentuh ke?
Kalau awak boleh tahu
Saya jarang nak spent masa keluar dengan perempuan
Sejak kes putus aritu,
Saya memang dah muak + jemu
Kalau nak mula berkenal balik dengan perempuan ke hape.
Tapi entah dari mana awak datang
Tiba2, saya terkenal dengan awak
Dengan ofis2 mate yang suka nyakat lagi
Lama2, saya mohon sendiri
'Harap2 hati aku akan terbuka lagi untuk dia'
tapi saya takut,
Kalau saya dah buka
Awak pulak masih lagak selamba releks dan power
Macam mana?
Apa nak buat
Power awak tu lah yang power
Sampai awak dah bukak hati saya.
Pendek kata
'Awak memang powerlah'!
Ahmadchin#