Friday, December 27, 2013

Pergi situ

Tak sangka dimalam ini
Masih ditemani bidadari yang jauh hati
Yang telah bersedia melangkah pergi

Tidak. Dah lama pun dia melangkah pergi
Kini sendiri
Di hari hari ku
Tak seperti dulu.
Diselang seli gelak tawamu.

Dah lama berlaku
Tapi aku masih disitu
Terbujur paku
KErna penat ku masih laku
Belum terperuk batu.

AhmadChin
28/12/2013

Mati Pun Sepi

Mungkin nanti
Bila aku dah bersedia.
Puas meratap duka
Puas menggesel luka

Mungkin nanti
Kita manusia
Terima seadanya
Sebab akhirnya
Dalam kubur sendiri
Dan mati pun bersepi

Sekian
AhmadChin
24/12/13

Menjadi Hantu

Mulai detik itu
Mulai saat itu
Jangan risau
Kini aku hanya menjadi hantu

Yang mana
Aku juga tahu segan silu
Aku juga tahu malu

Aku juga tahu
Hantu tak perlu muncul selalu
Dikata, dibenci
Dan menjadi bahan cercaan begitu

AhmadChin
23/12/13

Harta Berkoyan

Kata kau
Cinta itu tak perlu selalu dilafazkan

Kata kau
Cinta itu tak perlu ditunjukkan

Kata kau
Cinta itu hanya perasaan
Abaikan

Dengan demikian
Mungkin cinta boleh dibeli
Dengan harta berkoyan koyan

Sekian
AhmadChin

Wednesday, December 25, 2013

One Day

If One Day.
The Day is Mine

One day i would be the Partner of Company
Which i work for

One day i am to going to be the men that could be
Which we have met more than the eyes

One day I am going to
Give a public Speech on stage for discriminatee

One day i am going to be
Tougher and Stronger
Bitter

One day going to be
The man of everything
Man of what i wanna be
Even its too many

One day,
i wanna be the man of life Philosophy
Who could learn from me
And trust me in way many.

"Too bad that you coudn't see
See the man that Boy could be
We have met more than the eyes
I see the soul that heals inside''

-Avril Lavinge-

That day,
She will sang and dance that for me.


Regards
AhmadChin
25/12/13

Monday, December 23, 2013

Rebah

Aku merebahkan diri
Aku mendongak ke kotak siling
Melangit ke kipas pusing

Terasa terbang di awan
Terasa dosa dosa semua ringan

Dan Adakalanya

Aku dipaksa kembali berbaring
Supaya sedar dari gering
Diminta minta

Supaya meng'ia'kan kenyataan
Supaya lupaka angan di awan

AhmadChin
3.45 a.m

Sunday, December 22, 2013

Sayap dan Terbang

Seperti manusia lainnya
Aku tak bisa terbang
Sama semua orang
Kita dah setuju hakikatnya

Tapi kita bangang,

Masih lagi impi
Masih lagi bayang

Seyakinnya
'Realiti akan tumbang,
Kenyataan akan tempang'

Mimpi akan menang
Tanpa sayap dan kita terbang

AhmadChin

Hantu yang tak dimahu

Yang akan menjadi penyokong mu selalu
Yang akan jadi pendokong mu selalu
Yang akan percaya setiap katamnu
Yang akan sentiasa menyandarkan bahu
Yang akan sentiasa meriba selalu
Yang akan meneman pada waktu sedihmu
Yang selalu muncul pada malam menungmu

Ya.
Itu aku.
Hantu yang dah tak dimahu

Sekian
AhmadChin
Disember 2013

Empunya Kudrat

Aku sayang kau sangat
Prinsip aku

Bila dah sayang apa pun tak ingat
Segala akan terbuat dek kudrat

Tapi kadang aku selalu lupa
Semana mana kuat.
Setinggi tinggi nikmat.

Hati kau juga ada cercair
melahir kulat.
Sampai masa
Aku berpaling dan pusing
Berpayung teduh
Kepada Empunya Kudrat.

AhmadChin
22/12/13

Kita

Kau pernah janji takkan lukakan kita
Aku pernah janji takkan tinggalkan kita
Kita pernah janji
Kita akan jaga sama sama

Kau temani sampai kepagi
Kau akan selalu dan sentiasa huni

Cuma,
Kebelakangan nie aje.
Terasa macam makin panas bara
Entah kemana janji

Kau berapi tak berbara
Dikeceh api
Dicucuh jiwa


AhmadChin
21/12/13

Thursday, December 19, 2013

Makan Kata

Sakit yang benar itu
Bukanlah sakit jatuh cinta
Sakit di tinggal cinta
Sakit tak dapat bersama

Mahu pun sakit sains
Mahu pun sakit hati
Mahu pun Sakit gigi

Sakit yang true tu
Sakit untuk makan kata kata sendiri
Sakit untuk telan peritnya
Tidak di tempat yang sama

Sakit apabila jiwa berbisik
'Kini, Jari itu bukan milik saya'
Walhal.
Mulut sudah lafaz sedia dan terima


AhmadChin
20/12/2013

Wednesday, December 18, 2013

Berhak

Dia berhak untuk semua.
Dia berhak selepas kecewa
Dia berhak nak buat apa saja
Apa sahaja

Jalanlah tanpa curiga.
Hukumlah jiwa.
Yang mengundang kecewa


Tunggu

Dan entah kenapa
Aku masih disitu.
Menjual rupa dan tubuhku
Diratah mata yang beribu

Diharapkan dia ternampak akan bayangku
Semoga dia keluar dan meluru
Bertanya bagaimana siang dan malamku?

Sungguh.
Aku sendiri terasa sakit atas segala pahit
Aku sendiri negatif atas segala pasif
Aku kelu bicara
Aku hilang bahasa

Kini aku hanya boleh memandang dia
Berbahagia dab terus berjaya
Tak macam cita cita dulu kala
Mehu bahagia bersama
Malam pertama di checkin 5 minit katanya


AhmadChin
19/12.13

Kadang itu

Kadangnya kita akan rasa sangat hiba
Kadang nya datang purnama gembira
Aku tahu yang membaca sedang mendurja
Ini bukanlah tulisan malaikat
Ia tulisan hamba

Yang lakinya kadang tercuitnya
Yang sensitifnya bertindak bodoh juga

Diri hamba terlalu banyak celanya
Diri hamba banyak sangat sopaknya
Tak perlu curiga
Memang hamba khianat nya
Maafkan hamba
Yang gagal
Dan masih mengulang
Yang selalu gagal
Namun masih belum tumbang

AhmadChin

Tamak

Yang dimahu itu
Yang ditunggu ini
Yang disana begitu
Yang disana begini

Hey, Apa kau tamakkan
Bersyukur lah apa yang ada tuan

Lalu tuan berkata :
Bukan aku tak bersyukur
Aku bersyukur dengan tuhan
Aku cuma mahu memnuhi tiap kebahagiaan
Setiap insan berhak dambakan

Sama sahaja jika disini.
Tak bahagia nanti, aku akan dimurka tuhan
Yang disana, jika dibiar tunggu.
Akan aku bersalah seluruh kehidupan.

Kalian, Jangan tamak.
Ini pesan tuan.
Satu hari nanti
Tuan juga akan berseorangan

AhamdChin

Bunga bunga

Tiba masanya
Segala berubah sekelip mata kan?
Atas rasa kesabaran tak sekian kan
Atas rasa curiga yang membutakan

Semalm mungkin tidur lena di ulit bulan
Hari ini,
Tiada lagi semua pergi membawa jalan
Ada yang akan berteman
Ada yang berseorangan

Tiada apa nak disalahkan
Kita hidup memang sedemikian
Yang laju akan dapat habuan
Yang lambat selamat disekiankan

Hari ini,
Tidurnya dah tiada kerinduan.
Tak pa,
Biarlah penuh kebencian 
akan membahagiakan

Dari rasa rindu yang tiada arah.
Yang tidak keruan.

Sekian.
AhmadChin
December 2013

Teruskan Berjalan

Wahai si gadis muda
Teruskan lah kembara di bumi kita
Teruskan meresam adat didunia
Hilang jangan berpatah nyawa
Didapat jangan berputus usaha.

Wahai si gadis muda
Disini mungkin persinggahan sahaja
Untuk kau berlalu dan merasa duka
Aku berdoa kau kuat seperti kala
Seperti siang terik panasnya.

Wahai sigadis muda.
Aku disini sentiasa mencuba
Yang pertama, aku harus lawan lemahnya jiwa
Aku harus cantik semua
Yang kedua,
aku harus tahu, bahagia itu melihat kau bahagia juga
Kau bebas untuk mencai cerca
MEndurji durja

Pada simuda yang telah membuat bala
Yang pernah rangkulmu sekuat hatinya
Ingin diminta tunggu apakan daya.
Kau manusia, ada masa. kau marah juga,
Kau sedih juga
Akhirnya
Semoga kau akan berjumpa dia.
Dan terus kekal bahagia

Harapnya
Itu jasa akhir seorang pemuda.
Yang masih taruhkan hati pada si dara.
Yang berlalu pergi
Membawa lara

Ahmadchin
Disember 2013

Teratur

Hidup ini memang dah teratur
Teratur untuk kita menderita
Teratur untuk kita terus hiba
Teratur untuk kita terseksa
Teratur macam matahari dan paksinya
Macam bulan dan fasanya
Macam Gunung yang dinanti letusnya.

Macam kita.
Macam yang teratur
Untuk lihat semua
Untuk lihat kau dan dia
Bukan salah siapa
Kerana dah teratur
Aku ini selow orangnya
Dan tak reti menyesal tuk hilang semua.

Tapi dalam jiwa siapa yang tahu?
Bertapa teratur pedihnya.

AhmadChin
18/12/13

Tuesday, December 17, 2013

Kepada Penguasa

Kehadapan Penguasa
Sudah sudah lah dengan kuasa semua.
Pernah ingat janji kamu pada beta?

Kamu janji mahu diurus segala baik belaka
Tidak penuhkan kantung juga
Mahu dibiar kami bersenang selama
Mahu utama apa yang utama

Sekarang semua entah kemana
Kau mungkin lupa
Kata kau, kami akan diutama

Kini kau kembali
Sambi mengulang Janji janji mu pada beta
Kau kemari
Untuk mengunci dan meleher beta

Kau rampas segala harta.
Kata kau,
Raja disana lebih susah gamaknya
Raja disana lebih perit hidupnya

Sedarlah penguasa.
Ini tanah, tanah kita.
Usahakan bersama
Untuk semua.
Bukan kaum kamu sahaja.
Wahai penguasa,
Ampunkan beta andai terlebih berbicara


Tapi fikirlah
Pernah Tuan Penguasa,
Meminta ampun ketika
semuanya tersalah kira?
Ketika semuanya
Lebih murah juga?

Ya,
Kami akan turun ke jalan raya
Seperti yang diseru menteri penguasa
Tak bayar toll
Cuma Berjalan kaki dan bersahaja
Seperti yang tuan kata.

AhmadChin
18/12/13

Raja Zalim yang Gering

Saat ini
aku dihurung pening
Bila pening.
aku akan naik Jengking
Bila jengking
Simpati ku menjadi kering
Bila kering
Semuanya akan ku taring
Sesiapa akan aku tengking
Biar satu dunia naik gering

Biar tinggal sorang raja jiwa
Yang jalannya kontang kanting
Sesali sesuatu yang akan membuatnya runsing
Difikir, dan diyakin
'Telahku bunuh makhluk asing'

Tetapi kenapa.
Raja masih berseorang....

Berenung dan berbaring...

AhmadChin
18/12/13

Tunggul Mati

Siapa mahu suatu yang biasa hilang dari hati
Bila fikir saja akan bawak sampai mati
Sama da jasad atau rutin yang dirindui
Itu hati manusia pasti tak kan pasti

Mungkin sakit untuk lepas kan dia pergi
Sakit lagi untuk hanya tengok berdiri kat sini
Intai intai sampai nampak tahi celah gigi
Sampai dia tahu yang kau masih taruh hati

Apa guna taruh hati kalau masih sendiri
Cantik merpati tu bila terbangnya sejoli
Tiada merpati yang cantik sendiri
Berpasangan itu kurniaan ilahi

Aku rela, aku rela kalau terlepas kali ini.
Aku lelaki dah biasa perkara2 macam nie
Yang akhirnya aku akan cuba sandar pada hati
Yang retak seribu dek kekerasan sendiri
Yang terhentak oleh kbodohan tungguk mati


AhmadChin
18/12/13

Flop Poppy #1

'Kini aku hanya dapat berdoa
Agar berbahagia kau disampingnya
Selamat tinggal
Ku mengundurkan diri'


Malique #1

Cantik luar Cantik dalam Cantik jauh dari sini
Kalau cantik senyum mesti Cantik Cantik lagi.
Senyum Sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit.

Cantik

Sunday, December 15, 2013

Ceroi

Tapi entah kenapa
Makin lama aku dah tau
Rasa aku rasa yang makin lesu
Aku dah malas nak amik pot malas nak amik tau

Aku ni kebal maki
Aku ni kebal berahi
Aku ni kebal yang jati

Cuma aku manusia yang dipanggil laki laki
Dah dipijak berkali
Dah dicaci dimaki
Aku jugak boleh fikir
Apa aku buat dekat sini?

Memaksa maksa hati yang tak sudi?
Nak hidupkan sumbu jiwa yang dah mati?

Dari berdiri dalam sakit
Baik tikam
Dan biar aku terdampar mati.

AhmadChin

Padan Muka

Entah sampai bila akan macamnie.
Dua hati yang dipertemu ilahi.
Dua hati yang berhenti
Untuk bersendiri

Katanya
Hati itu sepatutnya milik saya
Hati itu seharusnya saya mengkalong mahkota
Hati itu sungguh sayalah rajanya
Hati itu sungguh sayalah penghidupnya

Cuma disedari
Betapa lambatnya langkah yang ingin di diambili
Sekarang hati itu sudah kata
Kau boleh pergi. Kau boleh pergi
Pergi Jauh dari sini
Aku sudah berpengganti
Aku sudah ditemani

Duhai hati.
Pengang lah sendiri
Katalah.
'Padan Muka Sendiri'

Sebab kau yang menjual kata ini
Pada hati yang satu lagi.

AhmadChin
16/12/2013

Terup

Kalau lah kau nampak
Segala apa yang dibadan bersopak
Pasti kau akan menempelak
Yang aku ini hanyalah seibarat balak
Dikerat kerat diperguna kelak

Duhai hati.
Aku masih gagal memilih jalan jalan sebetulnya ini
Walaupun kau berdegup snediri
Kenapa kau masih berharap pada tubuh
Kenapa kau sendiri tak pergi sentuh

Bukan ke sendiri kau berdegup
Sendiri lah kau buat keputusan, Kulup!
Agaknya,
Bila dah bernanah berdarah
Baru kau nak tertelungkup.?

AhmadChin
Disember 2013

Atas Nama Tuhan

Untuk orang yang pendosa seperti saya
Seperti kita kita
Yang ada kala bunyinya
Segalanya tuhan punya punca
Dari baik2 hingga jahat2 kita

Perihal mudah bab jodoh
Saya tak pernah menyangkal bahwa
Jodoh itu rahsia dan milik tuhan
Seperti klise saya dan tuan serta puan percayakan.

Cuma
Mana pergi kita punya kudrat dan fikiran
Untuk perjuang dan usahakan?

Akhirnya
Dalam banyak banyak perkara atas dunia
Selagi kita belum habis perjuangkan
Jangan sekali
Menjual tindakan atau langkah tuan
Atas nama tuhan


Ahmadchin

Punah

Kan indah
Bila semua jadi mudah
Bila tak da kudrat perlu diperah
Tak jiwa yang resah

Semuanya nan indah
Kita berdua jalannya megah
Renungannya yang ghairah
Pegangannya yang terarah

Tapi sekarang
Tidak semua bakal dimiliki tu indah
Tak semua rasa itu murah
Untuk melupa
Lahapkan lah rasa marah.
Telan, dan biar punah.


AhmadChin
Disember 2013

Monday, December 2, 2013

Ikhlas

Ikhlas itu apa?
aku benci perkataan ikhlas sekarang.
Manusia hidup dalam topeng.

Aku rasa macam nie diri aku yang sebenar,
Tapi mungkin tak pada orang lain
Bila aku raba kulit.
Terasa semua
Sopak sopak dan kopeng2