Thursday, July 5, 2012

Rangkap Politik

Puisi Politik

Mula muram durja tengok kawan menang sana
Kau yang disisi masih terperap dan mendengki
Bagaimana nak menang kalau kau masih rasa engkau power
Mereka menang bagi duit dan awek untuk mendapat
Mungkin kini kau perlu nilai machiavelli
Cukup2 dari setakat meraih simpati

Kalau sokong Keadilan jangan turun jalan kita lawan
Kalau sokong MCA jangan rasa diri dah cukup A
Kalau sokong PAS jangan fanatik sampai terbabas
Kalau sokong DAP, buangkan rasa kebangsaan mu nanti
Kalau sokong UMNO cukup2 tengok cerita porno

Ini bukan ejekan tapi sebagai pencerahan
Harap jangan marah kerana ini hanya sekecil pandangan
Kamu mahu bina empayar aku kini Raja sebuah republik
Ini adalah suara apabila kelelahan berdetik

Kenapa Kau Diam?

Kerana kau diam
Dunia makin kelam
Makin sukar nak dihadam, hitam 
Yang ada hanya kalam kalam

Dalam kalam kalam ini aku bersuara
Puisi dan kias jadi cerita pujangga
Aku akan terus dalam sembunyi aku memerli
Mereka masih marah aku teruskan menari

Menari dalam kata,
Dalam bait tajam nan tak berbisa
Hari ini mungkin kau nampak macam biasa saja
Nanti cucu aku akan guna sebagai perencah dunia.

Sampai hari ini aku akan berada disini
CAri jalan satukan manusia walau syiah walau sunni
Cukuplah bangsawan berlagak poyo menjadi dermawan
100 yang dibagi , 1000 dalam poket + 1 senyuman

Tuesday, July 3, 2012

Senyuman

Renung dalam senyum
Renungan penuh senyuman
Buat juta hati kembali mengatur seyuman
Tak kira lelaki atau pun perempuan
Hari ni hari aman kita tidak lagi bermusuhan

Bunga disebarkan Kasih dilayangkan
Satu dunia kini rasa ketenangan
Ditengah dunia itu ada sorang pondan
Tak lain tak bukan
Aku yang hampir hampir tenat kelemasan.

1,2,3 gigi cantik mula kelihatan
Kornea bibir mula mengatur langkahan
Apabila dibuka, insan dunia mendamba
Suatu ubat yang mampu menghilankan rasa hambar

Mulanya terlalu sempurna
Akhirnya pun begitu juga
Apabila senyuman. Memberi kekuatan
Itulah tanda putik cinta mula berbuahan

Penat

Rutin
Bangun, mandi, gosok gigi
Rambut, muka, leher dada tangan,kaki
pinggang, peha, betis, lutus celah ketiak
celah bon, celah bedah
Kemeja, Slack hitam, Tie

Naik kereta, luncur atas jalan
Atas jalan hiasi dengan puji dan makian
Jem, lampu merah
Orang bodh bangang lembap
Slow tengah jalan
Orang lain nak cepat.

Sampai.
Touch in.
Ngadap meja. Filekan kepala
Nomborkan minda.
Tak puas hati, luah di fb
Segala keluar bodoh dan babi
Senior tak reti kita ni baru ke?
Dalam hati, akhir bulan tunggu gaji
Makan tengahari. Penat. Tertekan
Habuannya nya.
Sesaat hujung bulan. Sakan.

Alah bisa tegal biasa
Makin hari makin lemak rasa
Air cond, lampu, fesbuk, kertas
Ini semua yang kita rasa?
Sama yang kita mahukan?
Penat.
Workaholic terlebih
Tak da jodoh. Umur dah lebih.
Sedih2.

Monday, July 2, 2012

Dari Tulisan

Anugerah tuhan.
Yap. kebanyakan tulisan datang dari rasa kesakitan
Dari keperitan, kepenatan, kejerihan, dab keluhan
Kecewa sedih hampa seorang insan
Yang umbang ambing atas neraca titian
titian juga dicipta insan

Nak bicara menggigil durja
Nak berkata bermuram durja
Hati jadi ligat, macam disiat
Saat kalau nak berkalam membuka wasiat

Jadi aku tuliskan semua yang terpendam
Untuk dibaca oleh semua kaum hawa dan anak Adam
Hingga jasad tubuh aku dah ditikam
Bual bicara tulisan ini akan masih mengikat dendam
Tiada lagi suram tiada lagi muram
Yang ada hanyalah tulisan yang tertuam
Jadikan senjata dikala perang
Jadikan pengorak semangat dikala demam.

Tulisan membunuh cogan kota
Tulisan yang akan timbulkan prasangka
Tulisan yang membunuh jiwa manusia
Tulisan yang akan buat mereka sedar
walau hilang dara kerna didera
Tulisan membunuh ini tak pernah hilang daranya.

03 Julai 2012, 1.00 a.m

Sebelum mati

Langkah pertama hingga langkah terakhir
Muka pertama muka terakhir
Pandangan pertama pandangan terakhir
Bukaan pertama bukaan terakhir
Penangan pertama penangan terakhir
Tegukan pertama Tegukan terakhir
Ayat pertama Ayat terakhir
Cerita pertama Cerita terakhir
Cinta pertama Cinta Terakhri
Dari nombor pertama hingga nombor terakhir

Aku telah lalui semua yang pertama
Dan aku tak tahu disaat mana ia berakhir
Ada ruang. Ada masa
Yang membutuhkan aku
Tak perlu menjadi teropong perhatikan aku.
Ya. Kamu.

Lorong 3 Herestopia




Aku mencipta ruang di kaki lima
Siang. Kenapa lampu itu tak dinyalakan?
Disisi ku. Khairul Aku renung sosok reput ini
Kami dilintasi Sang Kesuma dan bidadari dunia
Tidak kurang jantan yang berjalan ligat beritma
Pap! Patah hati.
Kecewa.

Sang manusia. Lagak sombong penuh bergaya
Dari satu ke pepohon manusia
Terbang kesini. kesana. Merata.
Kami adalah antara mereka terduduk. Terlihat lagi 2, 3.
Dari topi hingga ke kopiah.
Dari tiub, hingga ke jubah.
Lagaknya sama. Dalam 1 dunia
Maya ku mencipta herestopia yang 2.

Sang berdiri, memiliki tubuh sempurna sekali.
Dikilatkan dengan renungan berbisa anugerah tuhan
Si polan duduk. Terus terduduk
Doa. Moga sang berdiri hatinya tertusuk
Mencari perhatian dalam tunduk
Disusuli. Hati yang sering merajuk.

Aku masih duduk disini.
Khusyuk memerhatikan gerak geri
Lagak manusia seteguh bank OCBC
Aku lihat. 2 kelompok mencari petunjuk
tertera keringnya iman, ihsan dan telunjuk
Dalam diam, aku terpelosok jauh aku mahu sorok.

Senyum
Ada lagi yang berikan perhatian.
Berdiri. rukuk. berikan bantuan
Kertas dan syiling ini ada ilmu magis.
Ia mencambah senyuman yang menawan.
Si duduk tersenyum. Tergoda. Tertawan

Bukan saja melayu, cina atau india.
Aku baru sedar. Adanya penjajah bangla dan afrika
Rupanya, aku duduk di wilayah banyak bangsa

Dipenjara bangunan besar tiada bengkok
BMW, Merz hingga ke proton. Sumbang hornnya.
Di dinding bangunan bangunan kukuh.
Rupanya ialah rumah ibadah ditepi jalan
Dalam itu ada tuhan menjanjikan ketenangan.
Kereta yang bersesak
Aku lihat seperti sejadah
Sungguh tawadhu; dan khusyuk.
Siapa lebih besar. Siapa lebih kaya. Mulia lagilah taqwanya.

Di bandar ini
Manusia paling banyak berbual bicara.
Hujas mengenai hati dan budi
Sopan santun budi perkerti
Cogan kata. Mimpi yang semakin hilang nilai realiti,

Sudah beribu monumen
Sudah berjuta motokar
Manusia tandus dengan nilai kemanusiaan
Kejar 2. Konsumeran. Ketuhanan
Helaian kertas menjadi tasbih
Cukup 33. Tidak kurang tidak lebih

Silakan disini. Rasakan nilai 'terpencil
Rasa nilai yang memandang penuh pelik seribu dengkil
Entah apa salahku yang hanya manusia
Aku tidak duduk berdoa atau berdiri sambil berzikir
Kerna aku disini hanya berprosa menurut rasa hati yang kerdil

Jengket2 jalan si khairul.
Makin jauh makin menghilang
Entah cukup bekal semangatnya yang berkurang
Dengan harapan kesihatan kan menjelang
Sakit itu hilang. Gembiranya berulang.

'Dari mana aku datang
Disitu aku pulang'

Sebelum 2 dunia maya ini terbaring
Aku siap sudah terdampar dalam sedar
Aku kelaskan semula rupanya 3 herestopia
Sang Kasuma Berdiri. Alpa
Sang duduk pendita. Merayu

Dan Aku.
Kecewa.

Rasa ini lebih teruk dari direject seorang awek.
Mungkin kerana terlalu berfikir berprosa dan berkata.
Penjara Maya.

Masjid Jamek#
3.22 p.m, 26 Jun 2012
Doa untuk khairul