Wednesday, March 13, 2013

Yang boleh kata

Dalam memilih pasangan
Sebenarnya aku ini kadang datang cerewetnya

Asasnya
Yang boleh masak, kemas dan tolong mama buat semua

Tapi sifat istimewanya
Aku tidak kisah apa

Yang boleh goncang dalam taufan bersama
Yang main lari lari kejar kejar merata
Yang kenal pohon pohon dunia

Yang pandai berkata
Dalam senang
Dalam senyum
Dalam tenang

Dalam susah
Dalam payah
Dalam resah

'Awak masih ada saya'

Ahmadchin
13/3/13

Cincin

Akhirnya
Kita terlalu jaga pun tak guna
Soal hati tuan badan yang punya

Bak kata wani ardy
Cincin pun hanya mengikat jari
Belum tentu menyarung hati

Ahmadchin
6/1/13

Tuesday, March 12, 2013

Mengenai cinta 1

Kalau cinta
Pimpin dan tunjuk jalan sama sama ke syurga

Barulah kekal selamanya!
Tak gitu?

Ahmadchin
5/3/2012

Hidup

Hidup ada masanya perlu selamba
Abaikan semua
Susah kita susah orang
Pejam mata


Gelapkan Semua.
Jilaka!
Kenapa masih ada dia!

Ahmadchin

Monday, March 11, 2013

Ditarik

Bila sendirian
Saya rasa seperti
Semahu mahu dipanggil tuhan

Bila berdiri, jatuh
Bila duduk,sungkur
Bila memandu, kemalangan
Bila celik, buta

Biar nanti
Waktu saya dah dijemput
Tak balik lagi

Saya nak tengok benar
Awak punya reaksi
Sedih? Bersorak?
Atau diam lagi?

Kan saya dah mati.

Jangan disalahkan tuhan
Ahmadchin
1/3/2013

Friday, March 8, 2013

Perawang

Bila ada perang
Bagi aku semua itu tak kurang dari konspirasi

Apa tuhan telah tarik
Nikwat kasih dan jiwa
Dalam hati
Fulan fulan ini?

Apa mereka suka tgok anak bini dan cinta disita begitu?

Manusia sudah kurang cinta
Mungkin tuhan sedang murka
Atas sana

Ahmadchin
9/3/13

Pembunuh upahan

Kamu pernah didekati aku
Lantas aku juga culas didekati kamu
Aku tahu, riak kamu,ego kamu
Benci kamu

Walaupun begitu sajianmu pada aku
Aku tahu tak semudah yg aku sangka

Jawapan mudahnya bahu itu yang dimakukan
SAya ini ini, rifle, senapang dan shot gun
Untuk tembak kehadapan

Tapi kamu menghala ke arah aku

Mudah.
Sememangnya begitu
Lagakmu


Ahmadchin