Thursday, July 26, 2012

Impian

Kecil kecil cili padi selalu dengar tiap kali
Dalam aroma masakan pedas melayu asli
Ya, memang benar bila kecil itu cili padi
Taksub dengan impian yang melanggari hukum alam ini

Masa itu tidak sistem dan juga hukum alam
Belajar tanpa hayati dengan rotan cuba baca kalam
Maka lahirlah manusia yang suka cinta kota raya
Lupakan segala lupa tuhan itu lagi maha kaya

Meniti titi mencari segala isi dari anak kunci
Mencari haluan mencari diri konon ikut kata hati
Dalam tidak sedar diri itu kini adalah dari lagak orang sana sini
Mengatakan dengan bangga aku jadi diri sendiri

Mereka dan penipuan terus berleluasa
Dah aku jalani kehidupan normal dan luar biasa
Dari sebatang kara mahu memiliki bisa ular
Patuk matuk segala manusia yang menjadi hamba dalam sistem kasta
Kini aku penat hanya menunggu mati
Impian yang membara kini diam senggama
Dalam mimpi impian bersuka ria
Realitinya impian itu hanya delusia

Jangan marah kerna kini aku tidak lagi angkuh
Aku mahu mencari diri aku kini dalam diri kamu
Hilangkan segala bisa aku kini bergayut pada pauh
Meniru lagak kamu bercerita gagah dan seramnya sosok hantu

Duduk dalam alam dan menjadikan budaya ikutan satu ikatan
Mengikut dan biar segala keputusan tolong dibuatkan
Aku rela walau segala impian aku biar hampa
Terlalu penat dalam dunia aku lupak segala delusia

Friday, July 20, 2012

Berharap

Pada siapa
Aku insan yang lemah. Berharap.Mengharap
Aku disini berdiri.Mencari pentunjuk dari ilahi
Entah yang mana benar
Entah yang mana lebih baik
Atau kedua duanya pakar janji?

Hebat.
Layak digelar doktor janji
Layak digelar pakar janji
Layak digelar profesor janji
Layak digelar lebai janji
Layak digelar kaki janji

Janji itu telah dihadam oleh yang tegar dan fanatik
Hadam. Cerna. Kenyang.
Janji yang belum ditunai juga. Terlalu lama
Hingga menjadi kata kata kuno dan klasik

Aku sudah penat dengan semua ini
Berharap.
Yang sudah sedia ada. Kuat membazir dan menangkap
Pada yang diharap. Rapuh. Kuat bermimpi.
Selalu harapkan simpati.

Pada mereka siapa pula aku?
Adakah dikesan kelahiran aku didunia ni?
Adakah menolong aku yang tersepit dicelahan modenisasi ini?
Mengenali mereka. Perkara sia sia
Pedulikah mereka siapa kita?


#Politik dan persepsi
22 July 2012

Senyum

Sudah lama rasanya tidak senyum begini
DAri petang sampai ke tengah pagi
Dari bangkit tidur hingga tidur seterusnya di lewat malam
Habis segala topup. kering kredit
Masih tetap tersenyum
Kerana ada SOS top up.

Setakat hati dalam taman?belum.
Hati yang tandus ini kelihatan memiliki mata air nya sendiri
Tanah yang kering gersang kelihatan meruap meruap
bila disusuli panas membahang
Ya, tanah ini baru mahu kembali basah
Mahu membina kebun
Yang diharap
Akan jadi cantik. Secantik taman taman yang lain.

Semua mula dengan puding
Beranikan diri dengan secebis kertas.
'Assalamualaikum, nak nofon boleh?'
Kronik. tenat.
Malu dah tahap ICU
Alhamdulillah.
Respon itu ada. Dan baik.

Trauma.
Mungkin tanah ini akan berair selama kurang sebulan
Dan kembali tandus
Kembali gersang
Akibat
Takut pada diri dan bayang sendiri.

#Paji.
2.07a.m
21 July 2012

Kayuh#


Bermula di petak mula, bukan nombor kedua
Sudah rasa bagai raja berada di petak yang pertama
Rasa senang mendatang aku pincang goyang
Dari sorak mula ditengah ku kini goncang
3/4 nya ku mengeluh masih mahu mengayuh
Kini walau cerah ditemani siang aku guna lampu suluh
Didepan penamat aku mula baca mantera keramat
habiskan pecutan kita kayuh slow slow
Sambil senyum senyum pengadil kita pikat
Kalah itu mencipta peradaban janji kita ada flow

Seperti fenomena koleberasi bangsa bangsa
Tidak kenal warna kulit dan resam ugama
Dah nama manusia. bukan yang gelap dipanggil setan
Atau yang putih dipanggil malaikat.
Asalnya kita adalah sama dan serupa
Berlainan adalah untuk proses perkenalan
Jika manusia ini bersifat homogen
Lagi boring hidup ini jadinya

#Hipokrasi politik
21 julai 2012

Thursday, July 19, 2012

Dadakubur

Dari jauh aku mula merenung
Bukan dari rumah pasung namun dia seakan ada ciri untuk diagung
Tercakung, murung, tidak sihat dalam bagai celaka sedang menggunung
Kasihan, bibirnya tersenyum dengan jiwanya yang kosong

Datang rapat aku mula sakat sakat
Sakat sakat rapat kini kami bukan lagi kawan tapi sahabat
Tidak perlukan tuah, tidak perlukan jebat
Kami mula mengenal dengan hulurkan tangan berjabat

Terluka duka dia simpankan sendiri
Terus menyendiri cuba membina kendiri
Tenung, renung aku terus perhati
Cuba aku cipta kubur sedalamnya di dasar hati

 Bukan perawan untuk sembuhkan kedukaan
Tak perlu kata puitis untuk memberi bimbingan
Kemari kesini, aku sediakan ruang yang suci
Konduktor hati akan mengalirkan segala luka dan duka pergi

Satu kubik luas infiniti akan aku cipta
7 kaki dalam kubur aku gali didalam dada
Tempat untuk menyembuh membuang segala duka
Marilah sayangku yang suci,
Kuburkan kusam masammu segalanya disini.

#Kuburkan selaga duka di aku punya dada
2.15p.m.
20 July 2012


Gadis

Alunkan suara lena jadi mata pena
Mencuri raut senyuman, senyuman ikhlas lahir dari dalam rawan
Bermula berbisa akhirnya kita bahagia bersama
Dari kawan kini merpati sejoli bertebangan di awangan

Dengarkan apa yang aku mahu sajikan
Lirik bibir aku baca mengukir senyuman
'Syurga' lebih indah dari syurga kata pujangga dari seorang perawan

Mengharap teguran memperbaiki kekurangan
Dakwah senyuman saat kita dalam satu gambaran
Tiada lagi sendiri, sunyi
Tiada lagi jeritan dan lolongan rasa sunyi

Bahagia yang hadir mungkin hanya sebentar
Jangan pergi tinggal aku terbiar dan terlantar
Mari bersemadi dihalaman rusuk kiri
Kau dan aku. Segala prosa dan puisi
Jasad terkubur, citra cinta yang kekal dan abadi

#sedap puding
0838pm
19 july

Tuesday, July 17, 2012

Perjalanan 'Doa'



'Doa' semoga dia juga sukakan aku
Dari bibir mengucap ucap
Tercungap cungap
Entah dari mana ayat ayat parasit ini lahir
Ketika memohon kepada ilahi.
Bahasa yang manis dan tampak matang sekali

Sambil menadah tangan aku lihat
'Doa'itu mula keluar dari lidahnya
Perlahan lahan doa itu mula mengensot ngensot melalui
setiap ruangan dan celahan dianggota badan
ibarat membawa segala dosa dan pahala
ikhlas dan tiada perasaan prasangka pada pencipta

'Doa'sampai kehujung jari
mencari cari destinasi yang disebut dalam puisi pada ilahi
Mana arah nak pergi mana hala nak dituju
'Doa'  melompat dari hujung hujung jari tadi hingga jejak ke tanah
bergerak, dari mengensot, merangkak, berjalan, berlari,
apabila sedikit laju, doa mendepakan sayap
terbang untuk cepat sampai ke lokasi

Disebuah pelosok disebalik sosok
Seorang wanita kelihatan sedang bermenung
Bermenung dalam tenang entah apa 'Doa' tidak tahu
Yang 'Doa' tahu adalah tugasan menyampaikan pesan dari tuannya
memujuk sosok ini
'Doa' terintai intai mata sosok ini
Takut dirinya diperasan lalu dimaki

Perlahan lahan 'Doa' mencari jari tangan sebagai permulaan
Dari jari tangan doa mula melalui juga disetiap pelosok ruang dan tubuh tersebut
Mata 'Doa' meliar, mencari cari cari lokasi untuk dia melepak sebentar
Lalu 'Doa' terjumpa satu ruang kosong. Pintu terbuka. Luas.
Namun tiada siapa berani menceroboh atau mencuri

Ia memberanikan diri kepintu tersebut
Pintu itu seakan akan semakin luas menandakan
Kesediaanya menerima 'Doa'
'Doa' gembira lalu dia terus masuk kedalam hati tersebut. melulu
Terdahulu, 'Doa' duduk dalam hati tersebut
Menjerit. Tidak terdengar
Terpelosok. 'Doa' tak dapat dilihat
Lalu 'Doa' membaca mantera mantera untuk membuatkan hati tersebut
memberi tindak balas yang dinginkan

Hati itu seakan kaku, ikut segala apa 'Doa' mahukan
'Doa'takut jika caranya tadi bukanlah cinta sejati.
Namun ibarat ilmu santau yang jahat digunakan
untuk mengikat hati hati wanita dijadikan permainan.
'Doa' tidak berani.
'Doa'sekadar duduk didalam kubik yang dipanggil 'Hati'
Mengharap simpati.


#Cerita pasal 'Doa'
#17 july 2012