Wednesday, October 31, 2012

Ayat Songsang

Jalan mereka pandang ke depan
Aku jalan memerhati sekeliling
Mereka berlari terbang ke awan
Aku memilih duduk dan berbaring


Hari ini aku mahu surahkan ayat ayat songsang

Yang telah lama aku sirat dan aku hadam
Yang berkurun aku sedih menagan pedih
Yang Tidak bertitik, dulu hanya bernoktah

Dikejut aku igau semula

Seandainya kau ada di depan mata
Bukan aku nak lontarkan sumpah setia
Hanya untuk renung gumpalan awan di pipit mu
Hanya untuk aku mencanang senyum pada wajahku

Setelah lama

Orang kata cinta itu bahagia
Aku rasa cinta realitinya derita.
Bermula dengan derita yang bertempa
Dipacak ditempa digasak dipahat dipaku
Bila nanti tak bercinta
Kau tetap baca sanju macam hantu

Derita aku mana kau pernah ambil tahu

Pernah kau Kasihan ketika awan jatuh menmpa aku?
pernah kau risau bintang tajam menghiris rabak dada aku?
Pernah kau nampak diri dijamah matahari hingga
tinggal tulang belulang
Kau macam tak pernah nampakkan?
atau kau buat buat tak nampak?


Ini bukan ayat kasihan ini ayat songsang

Setelah lama aku berdondang sayang
Setelah beribu hirisan dicipta sang bintang
Setelah ronyok tulang belikat yang himpap awan berat
Aku penat
Penat aku
Egomu menambah kudrat

Setelah berapa kali

Aku tahan caci maki
Caci maki di selangi geli geli
Masih tak menjadi
Takut kau pada sang silam
Tiada cahaya untuk lelaki yang didakapi malam malam

Ayat songsang

Lahir dari air pasang
Disebalik otot dan tulang 
yang tinggal darurat belang belang
Maafkan ayat yang makin bikin songsang
Nampak macam benci
Ini semua mengenai sayang
Yang aku rasa kan kian menghilang
Dilindugi bukit
Sehingga menenggelam matahari terbit

Atas jadi bawah

Bawah jadi atas
Kanan jadi kiri
Kiri jadi kanan
Aku masih gagah
Sampai ke puncak teratas
Tolehan aku ketepi
Kau dan sentuhan memainkan peranan

#AhmadChin

1 November 2012

Syaratnya 'mencari'

Jika kamu mencari diri dalam puisi puisi ini
Kamu akan jumpa

Jika kamu mencari diri pada tinggi awan
Kamu akan jumpa

Jika kamu cari diri dalam estetika ini
Kamu akan jumpa

Jika kamu cari diri dalam modenisasi ini
Kau akan jumpa

Jika kamu mencari diri dalam hentian ini
Kamu akan jumpa

Jika kamu mencari diri atas pentas ini
Kamu akan jumpa

Jika kamu mencari diri atas bukit itu
kamu akan jumpa

Seperti dicari redha ilahi
Kamu akan jumpa
Hanya dengan syarat
Jika kamu mencari

#Ahmadchin

27/10/12

Tuesday, October 30, 2012

Perakaunan Kreatif

Hari itu kau termanggu berseorangan.
Datang idea kau yang tengah syok berangan..

Kau mendebitkan kaki kau supaya lebih panjang
Kau kreditkan lemak2 kau supaya keluar 6 petak kereta
Kau jualkan tangan kau
Kau adjustkan gigi kau
Kau ketap ketap bibir kau
Kau sifarkan mata kau
Kau piramidkan bibir kau

Sehingga semuanya terimbang.
Sempurna tanpa duga.
Kreatif kau memang power

Tapi sedar, aku nak tanya
Susutnilai tu Tuhan tentukan dah masanya
Tuhan maha mengira
Kat dalam sana
Kau tak mampu nak adjust2 angka
Waktu itu tiada istilah
Perakaunan kreatif
Auditor nie. tak makan rasuah punya

#Ahmadchin
29/10/2012



Emak

Seringkali aku bertanya, 'kenapa kita berwajah emak atau pak kita?'. Ya. aku tahu ada logik sains yang cuba menerangkan dari segi empirikalnya ia adalah mengenai gen gen yang mengalir dalam tubuh manusia. Jika begitu, pasti rupa kita semua persis wajah Nabi Adam dan Hawa memandangkan itu lah asalnya Gen kita. Tapi akan timbul persoalan, ada putih hitam, yang sawo matang, dan berlainan dari kantonesean nya apabila berbicara.Jadi, mana satu gen Adam dan Hawa?

Mengaitkan kisah ini dengan orang yang pertama menginjak ke dunia aku rasa adalah susah. Aku terfikir, wajah mak pak ayang aku bawk ni, aku bawak pergi buat dating, mengorat perempuan, mencuri dan sebagainya. Aku bawak dan bila kantoi. aku memalit tahi pada wajah mereka. Malang, walaupun tahi, mereka masih sayang. Justeru, aku temui sebab iras ini adalah untuk kita berjaga dalam setiap langkah, supaya bila berkerja, jangan malas2, nanti bos ko tengok muka mak pak ko pun jadi nyampah, tunggu di kaunter kaunter bank atau LHDN jangan buat muka najis, bila doa pelanggang tu supaya kau dianiaya, samalah macam mak pak kita didoa untuk dianiaya.

Kasihan, kau jaja wajah mereka kemana mana. Kalau tahi juga kau bawa bersama.

#AhmadChin

Isabella ku

Dia Isabella cintaku
Bersatu, macam isi dengan aku
Setelah dicabut, masih terus bertumbuh
Tidak di realiti aku bukukan dalam buku

Masih cantik setelah berjuta juta saat detik
Ku menantikan kehadirannya, di mimpi malam
Kemudian tiba hari,
Dia datang dalam bayang
Bagai raja dan ratu
Menguasai empayar malam

Senyuman nya ramah, pertuturannya manja
Waktu kami bicara,waktu seluruh alam lonjak gembira
Raja telahpun jatuh cinta

Aku hadiahkannya dengan kata jujur tak berbisa
Aku dakapinya dengan syair ini dan puisi
Tiada selimut lembut, menutup busut
Konspirasi puisi merancang senyum senyum sayang

Kau akan ku cinta demi Maha Esa
Aku mahu pulang bawa tangan kau menuju bahtera
Aku kebalkan kau dengan seribu bala tentera
Taufan tidak bisa meruntuhkan kota
Ini istana kita
Isinya rakaman cinta

Ini kisah kita tiada pantang larang
Aku dah binakan kau kota cinta yang terlarang
Menara tinggi cuba mencapai Kursi Ilahi
Sejadah dijahit, mari kita bersyukur banyak tidak sikit

Sampai tubuh ini kan menjadi kaku
Aku mahu kau sentiasa memeluk aku
Maafkanku yang dulu selalu berdaku
Tidak biasa bicara
Waktu aku melawan aku

#AhmadChin
Dia.
1.52 a.m


Saturday, October 27, 2012

Hanya ingin

Aku ingin jadi yang terbaik

Aku adik, aku mahu jadi yang terbaik
Yang teguh dibelakang, tempat berpegang

Aku abang, mahu jadi yang terbaik
Yang duk didepan untuk melindung

Aku dalam kamu semua
Termimpi mahu kamu semua tahu
Didepan atau belakang
Aku tetap sayang
Di kanan atau kiri
Selesa aku disisi

Yang membawa terbang menggapai bintang
Yang memimpin tangan tangan kamu
Yang akan jual maruah diri
Untuk kamu
Untuk aku memberi

Apakan daya
Mengelak dari derhaka
Itu sahaja aku cuba

Memerah saki baki hayat diri
Yang tak lama lagi
Kanda,
Maafkan lah adindamu
Yang serba serbi kekurangan
Bawalah dinda ke kayangan

Dinda,
Ini kanda mu, kanda akan sentiasa menjaga
Kanda akan melindungi
Janji kanda
Demi kita
Demi keluarga

#ahmadchin

26/10/2012

Wednesday, October 24, 2012

Puas?

Jadi kau dah puas?
Dah puas kau mengukir awan?
Dah puas kau luruhkan daun daun?
Dah puas kau mencantikkan bulan?
dah puas kau lindung matahari?
Dah puas kau menjelma?
Dah puas bermain?
Dah puas kau menghantu?
Dah puas berbibisik?
Dah puas jelma aku?
Dah puas kau buat?
Puas kau buat aku rindukan kau?

'Yang kau?
Tak puas lagi rindukan dia'?


#melawati