Thursday, September 26, 2013

Peraturan #1

Kalau lah
Bf/ Gf kau tu bukan lagi orang yang menyenangkan
Baik kau belah
Bagilah sekati dua kata setan
Bagilah alasan tuhan
Cakap kau orang tak padan

Dan terus belahkan

Tapi yang paling sial dalam dunia tahu apa.
Dah lah si dia kau persampahkan
per bangangkan
Sambil kau harap
Cinta kau pada si ke 3
mendapat perhatian

Apasal?
Takut berseorangan?
Jangan jadi macam peribahasa

'Dah bagi manusia, mahu setan'

AhmadChin
26/9/2013

Meraih Peraturan

Pada hidup
Selalu aku sandarkan peraturan
Tapi biasalah
Peraturan adalah suatu 
Yang sekali sekala kita akan lupa kan

Kita akan berjumpa seseorang
Yang amat memenuhi cita rasa kita
Yang lagaknya selamba
Tak kisah dunia
Naik saga pun tak apa

Hidup
Untuk diraihkan cinta
Maka raihlah
Walaupun sekejap
Walaupun sementara
Raihkan seraihnya
Kemudian bersedialah untuk
rasakan kehilangan

Biasalah
Kalau peraturan tu untuk disampahkan
Peraturan cinta juga macam tukan?
Dah penat
Dah boring
Belah
Tunggu apa lagikan

Ahmadchin 26/9/2013

Tuesday, September 24, 2013

Berpesan Pesanan

Supaya kamu berhati
Bila hati aku diulit benci
Sumpah seranah aku limpahi
Tak lagi mundur dek maki paki
Tak kan kendur dipuji muji

Sekian
AhmadChin
23/9/2013

Tulisan Mengenai Percaya

Selalu orang tanyakan
Apa cara untuk mengumpul kekuatan
Menghempap kemurungan

Jadi,
Kata aku, Jawapannya pada hati.
Bila kau berdiri dirantai sebelahnya mati
Disaat orang lain
Menghamun maki.

Kiranya kau perempuan atau lelaki
Penting untuk percaya diri
Wajib untuk kau ketahui

Teman setia itu jiwa dan hati
Setiap denyutan dan degupannya
Berdegup denyut untuk empunya diri

Cuma
Janganlah sampai memakan diri
Membongkak terlupa
Yang kita manusia berpijak di bumi

AhmadChin
24/9/13

Sunday, September 8, 2013

Tempah

Dah tu aku nak buat apa skarang?
Berlari pergi ke bukit berteriak?
Berlari ke pantai menghentak2?
Berjalan ke hutan ajak alam berborak?

Aku tau lelaki yang buat keputusan dalam hidup ni.
Aku tanya pendapat aku bukan mintak simpati
Aku tau nak tentukan keputusan hati

Bukan aku tak leh bergantung kat diri sendiri
Bukan aku hidup saja nak tempah maki.

Cuma aku manusia yang harap
Apa juga keputusan.
Aku baik untuk semua.
Baik untuk korang dan mereka

Biarpun aku sendiri tempah  tiket ke neraka.

AhmadChin

Padat

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” Surah Ar-Ra’d ayat 11.

Mudah.
Simple.
Padat.

Tepukkan pada bahu
Dan Beritahu
Akan berjuang
Selagi hayat mengendong kudrat.

Ahmadchin

Friday, September 6, 2013

Durasi

Lama lagi kau mahu biarkan?
Lama lagi mahu kau hanya tuntun kan

Fizikal yang dihimpit awan remuk
Hati yang dihiris pisau tajam
Jiwa yang dihentak parang tumpul.


Renung dan tengokkan.
Teruskan lagi pertunjukan

Cinta yang ianya demi tuhan
Tak terhentikan

AhmadChin