Friday, October 4, 2013

Bikin

Apa agaknya rasa
Bila mendiam durja?
Macam celaka

Bila setiap bicara.
Nak dimaki maka?
Nak dicaci cerca?

Apa lagi yang nak sebenarnya?
Setiap manis dihidang
Dijilat cari jugak pahitnya.

Jangan bikin bala

AhmadChin

Dihilang

Lepas dihilang segala rasa
Apa lagi yang kau damba?

LEpas dihentak
Dicaci maki
Apa nak lagi?

Kenapa pilih untuk macam ni?
Nak berdiam macam ni?
jangan nak salahkan dunia.

Salahkan diri
kalau takat ada sekadar ada
Kau boleh pergi cari sebaiknya

Aku?
Tinggalkan je

AhmadChin

Jengking

Kalau sunguh aku ini jengking
Sungguh tengking aku lebih menghening
Tengking aku ditakuti sering

Dan jengking ini
Yang masih memilih untuk
Mengguna lidah dari sengat
Mengekal dingin dari hangat

AhmadChin

Mati Tak Berpusara

Mahu dikata kali juta berapa?
Yang segala ini rasa
Sudah tiada tempat di ruang dada
Di bawa awan entah kemana

Jiwa.
Kamu sudah tiada
Belum ketemu si Maha Esa
tidak pula tercabut nyawanya
Cuma telah mati
Cuma entah keberapa kali

Yang bila dikira kira
Dikali kali
Mati kamu tidak berpusara
Angkaranya cinta barangkali

AhmadChin

Thursday, September 26, 2013

Peraturan #1

Kalau lah
Bf/ Gf kau tu bukan lagi orang yang menyenangkan
Baik kau belah
Bagilah sekati dua kata setan
Bagilah alasan tuhan
Cakap kau orang tak padan

Dan terus belahkan

Tapi yang paling sial dalam dunia tahu apa.
Dah lah si dia kau persampahkan
per bangangkan
Sambil kau harap
Cinta kau pada si ke 3
mendapat perhatian

Apasal?
Takut berseorangan?
Jangan jadi macam peribahasa

'Dah bagi manusia, mahu setan'

AhmadChin
26/9/2013

Meraih Peraturan

Pada hidup
Selalu aku sandarkan peraturan
Tapi biasalah
Peraturan adalah suatu 
Yang sekali sekala kita akan lupa kan

Kita akan berjumpa seseorang
Yang amat memenuhi cita rasa kita
Yang lagaknya selamba
Tak kisah dunia
Naik saga pun tak apa

Hidup
Untuk diraihkan cinta
Maka raihlah
Walaupun sekejap
Walaupun sementara
Raihkan seraihnya
Kemudian bersedialah untuk
rasakan kehilangan

Biasalah
Kalau peraturan tu untuk disampahkan
Peraturan cinta juga macam tukan?
Dah penat
Dah boring
Belah
Tunggu apa lagikan

Ahmadchin 26/9/2013

Tuesday, September 24, 2013

Berpesan Pesanan

Supaya kamu berhati
Bila hati aku diulit benci
Sumpah seranah aku limpahi
Tak lagi mundur dek maki paki
Tak kan kendur dipuji muji

Sekian
AhmadChin
23/9/2013