Friday, August 17, 2012

Mistik

26 julai
saat dimana segalanya bermula
Waktu itu dimajlis sempena menyambut kedatangan ramadhan di office
'Potluck'

Malam sebelumnya
Kita berborak apa mahu dibawa
Apa mahu dimasak
Dari gayamu. Nampak kau bukan gadis biasa yang dimanjakan dengan mudah bisa
Tegar. angkuh

Disiang hari itu
Kita mula melakar cerita
Aku cuba mencuri pandangan
Aku cuba mencuri senyuman
Aku cuba mencari kerlipan
Gagal
Aku ingat lagi kau menolak apabila aku perlawa bawa pergi beli kfc

'Kaching'
Kita bergambar
Saat semua pasang mata tertumpu pada kita
Aku berlagak cool dan releks
Hatiku sebenarnya agak tak keruan dan tak menentu
Lama tidak bergambar begitu. Kekok.
Sebenarnya aku sendiri takut lihat wajah sendiri di gambar semenjak setahun lepas.
Kau membukanya semula

Di belah petang
Aku memberanikan diri
Bagai lelaki sejati
Menghidy segala angin
Menghadam harapan dan mistik
Kertas kecik aku capaikan.
'Assalamualaikum F
Boleh mintak nombor telefon?'

Cara itu juga agak mistik#

No comments:

Post a Comment