Tuesday, November 20, 2012

Hujan

Mereka
Mahu menari pada sapaan hujan
Mahu berlari dalam renaian hujan
Mahu bersorak bersoloroh dalam dakapan hujan
Mereka mahu dan terus mahukan

Aku
Tak banyak
Hanya mahu menjadi hujan sendiri
Aku menyapa mereka menari
Aku merenyai bumi, mereka berlari suka hati
Aku adalah hujan yang memberi dakapan
Yang mereka akan rindukan
Kalau terik matahari dipanggil sialan

AhmadChin
21/11/2012

No comments:

Post a Comment