Hai nama saya H
Saya mempunyai sosok yang tak berapa kacak bergaya
Suara yang selalu gagal memikat jiwa
Tulisan yang terlabur kabur untuk dipuja
Jiwa yang rosak
Hati yang retak
Kulit yang melepuh
Jari yang mati
Tapi percayalah
Orang seperti saya juga berperasaan
Orang seperti saya juga ada kecemburuan
Cuma kadang saya biar dan biarkan
Kerana
Waktu hati sedang berinjak hentak
Rasanya enak sekali
Seperti melawan graviti
Kamu akan cuba
Namun tak kan terbiasa walaupun
Percubaannya menjengah seribu kali
Hidup sebagai lelaki
Kita ada prinsip.
Biar orang tinggalkan kita.
Jangan kita tinggalkan orang.
Mudah.
Amanah.
Juga memunah
AhmadChin
30 July 2013
No comments:
Post a Comment