Tuesday, September 4, 2012

Awak Power

Hai awak
Dari kita bergambar tu, dari tu saya start nak berkenal dengan awak
Awak ingat tak? masa saya duduk dengan kakak awak dengan awak?
Saya dapat rasakan aura aura menyampah yang mintak saya pergi dari situ
Tapi saya yakin tu bukan kakak awak punya aura,
Sebab dia yang jemput makan sekali.hehe
Jarang orang nak menyampah saya macam tu rasanya
Power sangat awak ke
Perasan sangat saya ke?


Hey awak
Saya dah anta nota kuning kecik tu, tak nak reply ke?
Penat saya tulis 2 baris ayat tu semata mata dapat nombor awak ya?
Tapi bila petang saya try tarik perhatian awak, lalu depan awak
Awak buat dunno je?
Power betul, dari mana awak dapat power macam tu?

Hai..awak
Hari hari saya try mesej awak.
gembirakan awak, cari punca kesedihan awak tu
Buat lawak dengan konon konon jadi artis,
Sebab nak gembirakan awak tau.
Tapi awak power
Awak relek dan terus relek je
Malu saya kadang2 bila buat benda benda pelik nie
Power awak eh?
Tak terharu ke? tersentuh ke?


Kalau awak boleh tahu
Saya jarang nak spent masa keluar dengan perempuan
Sejak kes putus aritu,
Saya memang dah muak + jemu
Kalau nak mula berkenal balik dengan perempuan ke hape.
Tapi entah dari mana awak datang
Tiba2, saya terkenal dengan awak
Dengan ofis2 mate yang suka nyakat lagi
Lama2, saya mohon sendiri
'Harap2 hati aku akan terbuka lagi untuk dia'
tapi saya takut,
Kalau saya dah buka
Awak pulak masih lagak selamba releks dan power
Macam mana?
Apa nak buat
Power awak tu lah yang power
Sampai awak dah bukak hati saya.
Pendek kata
'Awak memang powerlah'!

Ahmadchin#

Friday, August 31, 2012

Berani

Laju..
Malam itu hinga ke 170km/h
Aku memacu tidak peduli lagi kanan kiri aku
Dalam kepala
Esok kita ada perjumpaan
Satu tindakan berani pertama
Aku pernah lakukan
Pergi ke rumah si perempuan

Awalnya
Aku tidak sangka kau begitu serius ajak datang
Cuma aku tak fikir panjang
Entah kenapa
Aku bersiap berbaju melayu maroon
Kau call
'Kat mana da? Parking kereta jauh siket. Kat mana? tak nampak pon? Da nampak da..
Kau sambut aku
Dengan senyuman
Menggundahkan seorang lelaki
Yang silu dan segan

Berani#

Merdeka!

Merdeka
setiap 31 ogos setiap tahun
Aku mendengar sorakan
Cuma tak ingat kali pertama aku dengar ketika selepas 2 bulan lahir

Merdeka
Aku dengar sorakan
Di corong corong radio celah kaca television
Digembar gembur berita gembira
Tak pernah bosan ke umat dengan laungan itu?

Merdeka
Setiap kali aku dengar
Tiap detik itu ada yang konon bersyukur
Ada yang berlagak bohemian dengan mengatakan kita belum merdeka

Merdeka
Adakah aku tak bersyukur bila tidak melaungkan?
Adakah aku berdosa bila memberi kelainan?
Kemana nilai merdeka jika kita masih diperintah cara
Tunduk dan patuh?

Merdeka dari penjajah
Tetapi ditindas bangsa sendiri
Memang macam dr.M cakap
Lebih syaitan kita kenal
Dari malaikat yang kita tak kenal.

Merdeka
31 ogos 2012

Saturday, August 18, 2012

Selamat hari raya

Dari gelandangan ke lelaki persimpangan
Dari perkampungan hingga warga arus kemodenan
Lupa kan persengketaan lupakan pergolakan
Semoga dengan 'maaf' kita digelar warga yang hidup dalam aman

Hari raya jangan dimarah umat berpesta
Hari ini semua kita sama rata
Jangan dilupa mereka yang masoh tidur singgahsana batu bata

Kita teruskan merai
Lupa segala nista duka benci dan dengki
Dengan tutur kata yang sopan
Saling memaafi
Harap segala permusuhan dapat diredhai

Friday, August 17, 2012

Cuba nasib#

Entah ini kali berapa
Dalan setiap pesanan ringkas
Bila aku aju dan ungkit kemudiannya
Kau diamkan
Tidak membantah. Tidak pula mengiyakan

Hari ini
Kembali mencuba
Aku ikut kau ke carefour tu
Aku tau kau gagal mengesan bau gerak hati aku
Ikut telunjuk hati sunyi
Sebelum menjengah panjang cuti
Harap dapat tagih simpati dapat kita berjalan dan sama2 saling mengenali

Yes!! Tahu tak hebatnya aku rasa bila kau macam tunjukkan reaksi yang positif
Segala menafestasi yang tunjukkan kau juga sudi
Telah aku hadam semoga abadi

Kita mula
Kau bermula selamba. Aku bermula malu
Kau bermula senyum. Aku tersipu
Seperti zaman gelap yang ketandusan ilmu
Satu persatu. Baju menjengah kebahu
Sengaja aku lambatkan pilihan dan beritahu serba sebi supaya kau sudi mengenali aku
Dalam penat, kau teman dengan senyuman
Sengaja aku lambatkan supaya kau sudi menolong aku.

Ya.aku sedang berlakon konon taste tinggi nak pilih baju
Walhal, tidak beli pun takpe
Kerna waktu itu
Segala kau ada disisi aku
Walaupun kau asyik menjengah telefon
Aku pasrah. Redha.
Semoga perkenalan kita akan berterusan
Semoga satu hari nanti kau akan belajar untuk mimpikan aku
Seperti aku yang selalu impikan kamu

Thx f!

Mistik

26 julai
saat dimana segalanya bermula
Waktu itu dimajlis sempena menyambut kedatangan ramadhan di office
'Potluck'

Malam sebelumnya
Kita berborak apa mahu dibawa
Apa mahu dimasak
Dari gayamu. Nampak kau bukan gadis biasa yang dimanjakan dengan mudah bisa
Tegar. angkuh

Disiang hari itu
Kita mula melakar cerita
Aku cuba mencuri pandangan
Aku cuba mencuri senyuman
Aku cuba mencari kerlipan
Gagal
Aku ingat lagi kau menolak apabila aku perlawa bawa pergi beli kfc

'Kaching'
Kita bergambar
Saat semua pasang mata tertumpu pada kita
Aku berlagak cool dan releks
Hatiku sebenarnya agak tak keruan dan tak menentu
Lama tidak bergambar begitu. Kekok.
Sebenarnya aku sendiri takut lihat wajah sendiri di gambar semenjak setahun lepas.
Kau membukanya semula

Di belah petang
Aku memberanikan diri
Bagai lelaki sejati
Menghidy segala angin
Menghadam harapan dan mistik
Kertas kecik aku capaikan.
'Assalamualaikum F
Boleh mintak nombor telefon?'

Cara itu juga agak mistik#

Wednesday, August 8, 2012

Teruskan

Teruskan berdiri
Mula berdiri di atas kaki berbisa visi
Dongak dengan angkuh hati kosong tidak berisi
Kembangkan dada kemas kemas supaya segala tomahan dapat dibias
Dalam hidup duduk kita mati jadi brdiri akan jadi teras
Teruskan berjalan
Cipta momentum dalam setiap langkahan
Melakar inersia, supaya yang dengki tak bisa hentikan langkahan si pendita
Bukan nak cerita cerita fizikal magnetik dan bernouli
Adat kehidupan dan berjalan
Ada yang akan mencemuh dengki
Hanya semangat dan misi pelengkap membawa ke syurga destinasi
Teruslah berlari
Kini tiada masa toleh kebelakang lagi
Jangan dipeduli jasad bergelimpangan dikanan dan kiri
Bila Berlari akan belajar curi rasa kepenatan
Berlari jangan henti teruskan cari haluan
Bukan perlumbaan  cuma menjalani satu perjalanan
Itulah kurnia dari tuhan
Perjalanan ini tiada perhentian atau tempat untuk keluh kepenatan
#6.00a.m
Perjalanan menuju tuhan