Mata kabur
Telinga mengecil luntur
Setiap genggaman melebur
Dek angin yang berhablur
Tiupannya berterabur
Hablurnya berhaba dan terik
Mengolah ngolah jasa supaya penat.
Serik
Langkahanku berterabur
Menghuni gelap mana mahu aku teratur
Justeru,
Aku mula susun atur
Ibarat terbang burung terkukur
Berjalan aku menuntun ke kubur
Aku masih ada Kau.
Mujur.
#AhmadChin
23/10/2012
No comments:
Post a Comment