Sunday, October 21, 2012

Nota Terakhir

Merah, biru, hijau, hitam
Aku ambil semua dan aku mulakan
Dari satu perkataan menjadi baris perenggan
Nota itu mungkin terakhir
dari lelaki sialan

Aku ungkit segala penuh rasa sakit
Aku pendam dendam moga pudar segala pahit
Hanya untuk aku berani dalam suatu nota yang terakhir
Ibaratkan hari ini.
Aku baru sahaja lahir

Mula hari pertama aku ceritakan segala rasa
Hari ini akhirnya untuk aku berduka
Harap selepas ini tiada lagi sepatah kata dua
yang tuli menceritakan fasa fasa kita berdua

Merah aku menyatakan semua dengan terang2 babak indah
Biru aku lukiskan segala pengalaman kita dulu dulu
Hijau bukan aku nak merampas, ini cara terakhir aku mengimbau?
Hitam masih terpalit segala rasa dendam yang suram

Baris pertama belum habis aku pergi baris kedua
Perenggan pertama baru hari pertama belum cerita tahun sebelumnya
Nota, mungkin ini nota atau ini karangan berbisa

Tidak lagi mahu aku tanya baik sangat lelaki itu?
Tak lagi ungkit cerita dia yang pura pura sakit
Dalam saat itu aku menulis untuk tunjuk mula tumbuhnya kepak aku
Hanya nak beritahu aku masih sayangkan kamu
Cuba intikan dengan segala angin rindu
Pasir yang berdebu
Di pukul angin sarat begitu
Ini hanya satu nota terakhir buat kamu

Dalam nota itu aku lagi goda kau dengan bintang
Tiada hulubalang untuk aku hantar bawak kau pulang
Nota ini mungkin tempatnya akan disuatu balang
Jangan baca lama lama. Jangan terkenang kenang

Luar hujan merih seakan meraih
Cahaya terang menyuluh untuk seorang panglima perang
Semoga dia dan kamu akan nanti bermadu kasih
Jaga diri. Jaga diri.
Ini ayat pengakhir
dalam nota terakhir
kerana aku dah letih.
Setelah lama bernafas dalam air


#Ahmadchin
21/10/2012



No comments:

Post a Comment