Tuesday, December 17, 2013

Malique #1

Cantik luar Cantik dalam Cantik jauh dari sini
Kalau cantik senyum mesti Cantik Cantik lagi.
Senyum Sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit.

Cantik

Sunday, December 15, 2013

Ceroi

Tapi entah kenapa
Makin lama aku dah tau
Rasa aku rasa yang makin lesu
Aku dah malas nak amik pot malas nak amik tau

Aku ni kebal maki
Aku ni kebal berahi
Aku ni kebal yang jati

Cuma aku manusia yang dipanggil laki laki
Dah dipijak berkali
Dah dicaci dimaki
Aku jugak boleh fikir
Apa aku buat dekat sini?

Memaksa maksa hati yang tak sudi?
Nak hidupkan sumbu jiwa yang dah mati?

Dari berdiri dalam sakit
Baik tikam
Dan biar aku terdampar mati.

AhmadChin

Padan Muka

Entah sampai bila akan macamnie.
Dua hati yang dipertemu ilahi.
Dua hati yang berhenti
Untuk bersendiri

Katanya
Hati itu sepatutnya milik saya
Hati itu seharusnya saya mengkalong mahkota
Hati itu sungguh sayalah rajanya
Hati itu sungguh sayalah penghidupnya

Cuma disedari
Betapa lambatnya langkah yang ingin di diambili
Sekarang hati itu sudah kata
Kau boleh pergi. Kau boleh pergi
Pergi Jauh dari sini
Aku sudah berpengganti
Aku sudah ditemani

Duhai hati.
Pengang lah sendiri
Katalah.
'Padan Muka Sendiri'

Sebab kau yang menjual kata ini
Pada hati yang satu lagi.

AhmadChin
16/12/2013

Terup

Kalau lah kau nampak
Segala apa yang dibadan bersopak
Pasti kau akan menempelak
Yang aku ini hanyalah seibarat balak
Dikerat kerat diperguna kelak

Duhai hati.
Aku masih gagal memilih jalan jalan sebetulnya ini
Walaupun kau berdegup snediri
Kenapa kau masih berharap pada tubuh
Kenapa kau sendiri tak pergi sentuh

Bukan ke sendiri kau berdegup
Sendiri lah kau buat keputusan, Kulup!
Agaknya,
Bila dah bernanah berdarah
Baru kau nak tertelungkup.?

AhmadChin
Disember 2013

Atas Nama Tuhan

Untuk orang yang pendosa seperti saya
Seperti kita kita
Yang ada kala bunyinya
Segalanya tuhan punya punca
Dari baik2 hingga jahat2 kita

Perihal mudah bab jodoh
Saya tak pernah menyangkal bahwa
Jodoh itu rahsia dan milik tuhan
Seperti klise saya dan tuan serta puan percayakan.

Cuma
Mana pergi kita punya kudrat dan fikiran
Untuk perjuang dan usahakan?

Akhirnya
Dalam banyak banyak perkara atas dunia
Selagi kita belum habis perjuangkan
Jangan sekali
Menjual tindakan atau langkah tuan
Atas nama tuhan


Ahmadchin

Punah

Kan indah
Bila semua jadi mudah
Bila tak da kudrat perlu diperah
Tak jiwa yang resah

Semuanya nan indah
Kita berdua jalannya megah
Renungannya yang ghairah
Pegangannya yang terarah

Tapi sekarang
Tidak semua bakal dimiliki tu indah
Tak semua rasa itu murah
Untuk melupa
Lahapkan lah rasa marah.
Telan, dan biar punah.


AhmadChin
Disember 2013

Monday, December 2, 2013

Ikhlas

Ikhlas itu apa?
aku benci perkataan ikhlas sekarang.
Manusia hidup dalam topeng.

Aku rasa macam nie diri aku yang sebenar,
Tapi mungkin tak pada orang lain
Bila aku raba kulit.
Terasa semua
Sopak sopak dan kopeng2