Sunday, December 15, 2013

Terup

Kalau lah kau nampak
Segala apa yang dibadan bersopak
Pasti kau akan menempelak
Yang aku ini hanyalah seibarat balak
Dikerat kerat diperguna kelak

Duhai hati.
Aku masih gagal memilih jalan jalan sebetulnya ini
Walaupun kau berdegup snediri
Kenapa kau masih berharap pada tubuh
Kenapa kau sendiri tak pergi sentuh

Bukan ke sendiri kau berdegup
Sendiri lah kau buat keputusan, Kulup!
Agaknya,
Bila dah bernanah berdarah
Baru kau nak tertelungkup.?

AhmadChin
Disember 2013

No comments:

Post a Comment