Saturday, September 22, 2012

Bertembung

Macam mana agaknya

Bila matahari bertembung bulan?
Bila bayu bertembung barat?
Bila cahaya bertembung gelap?
Bila api bertembung air?
Bila hitam bertembung putih?
Bila kawan bertembung kamu?
Bila rindu bertembung dendam?
Bila sayang bertembung benci?
Bila bumi bertembung musytari?
Bila keras bertembung lembut?

Saling menguasai?
Saling memahami?
Saling berjabat?
Saling berlawan?

Tak boleh ke berkawan?
Kenapa nak berbeza nak berlawan?

Macam aku bertembung kamu?

Apa akan jadi?

Sialan

2, 3 malam ini malam sialan
Semuanya tak kena
Aku rasa sialan

Aku petik bintang, jatuh ke bumi lebur
Aku bukak saya lindung matahari
Sayap berapi. Lebur
Sialan

Aku tangkap burung, mati
Aku hantarkan deraian angin, suram
Aku hantarkan siang, panas
Aku hantarkan malam, gelap
Sialan

Aku selubungkan 1 jiwa, sesak
Aku titipkan segala isi, busuk
Aku lapangkan dada, sempit
Sialan

Aku terus berdiri, lenguh
Aku hulurkan tangan, ditampan
Aku kirim senyuman, kerang busuk
Aku rendahkan segala, dipijak
Sialan

Aku memberi nafas.
Akhirnya aku yang mati
Sialan!

#Ahmadchin
3.00 a.m / 23 Sept 2012

Datang

Tegarnya kau datang
bukan dalam bentuk bayang
Kini kau boleh aku rasa
Berjasad dan berhalwa

Apa lagi mahu?
Apa lagi mahu dicaci?
Apa lagi kau mahu kemari?
Apa lagi kau mahu aku tersungkur sendiri

Tolong Pergi
Beri aku keyakinan mengatasi takut diri
Yakinkan aku tentang pilihan ini
Ini pilihan terakhir yang aku ingin lakukan

Dia tangkap moody ape aku peduli
bukan ke aku dilahir untuk gembirakan orang?
Bukan ke aku diajar untuk mensenyumkan muram
Bukan ke aku diajar untuk melompat memetik bintang?
dan bagi dekat orang?
Bukan ke begitu memang cara hidup aku?

Bukan ke aku berjalan untuk berkawan?
bukan ke aku berlari untuk diorang gembira
peluh peluh aku yang selari?
Bukan aku terduduk untuk diorang rasa ruang?
Bukan aku sempit untuk memberi kan masa?

Tolong pergi
Aku tak suka kau datang
Aku takut
Aku takut


#Ahmadchin
2.43 a.m

Thursday, September 20, 2012

Kisah Sama

Bulan yang sama
Bintang yang sama
Cahaya yang sama

Tenang Yang sama
Sedih yang sama
Kitaran yang sama

Kata kata yang sama
Mesej yang sama
Rayuan yang sama
Pujukan yang sama

Pegangan yang sama
Renungan yang sama
Senyuman yang sama
Manja yang sama
Mesra yang sama
Dakapan yang sama

Irama yang sama
Lirik yang sama
Alunan yang sama

Pukulan yang sama

Kisah yang sama. Mengambil Script yang sama
Lakonan yang sama.
Kau yang sama


#Wangsa maju
21 September 2012

Dakap

Malam ini tiada teman
tidak lagi tercari adab dalam persimpangan
Tidak kisah kemana haluan
Sebab malam ini aku lena dalam dakapan

Cengkam dan menikam tapi bukan nada kejam
Hilangkan rasa gusar, tiada rasa seram hanya muram
Mula aku membaca mantera
Pena sebagai hatinya

Ditinggal kemudian kau datang dengan rasa damai
Jangan pergi terus dakap aku dalam ramai
Bawa aku pergi jangan dibiar lagi aku dalam kerajaan masai
'Sejuk' tolong teruskan dakapan
Tolong dakap aku yang mula hilang pertimbangan

Aku coretkan ini semua setelah berkira
Aku ukir kan semua setelah tambah, bahagi darab beza
Aku jumlah kan segala dalam prosa tanpa irama
Telah aku fungsikan segala yang aku lakukan
Segala hafaz algorithma kau aku bacakan
Dari prinsip ke satu prinsip aku cuba cubakan
Harap isotonik yang membakar platetonik
Mencambahkan segala luka kronik

Aku sembunyikan hati yang telah lama rapuh
Tak aku lihatkan dadaku yang kian reput dan melukut
Aku rahsiakan darah yang mengalir kerna luka satu badan
Aku bina empangan
Aku tegakkan sempadan
Hanya kerana tak mahu kau bersedihan
Lihat kerosakan, kelunturan, yang berselerakan

Terus aku memuji dalam biar angin badai datang menguji
Walau ada badai taufan cuba meragut ketenangan
Membuka aluran biar gelombang hangat ada laluan
'Jangan dipantulkan', 'jangan dipantulkan'

Ditemani pena aku tahu kau empunya hati
Mendampingi angin sejuk moga kau dapat rasa segala hangat
Kau masih mensakai 'sejuk' taat setiap saat
Lalu
Aku bilang pada 'sejuk'
Tolong jangan tinggalkan aku


21/9/2012
Menahan#

Wednesday, September 19, 2012

Figura

Cuba bilang berapa yang dah dipenggal?
Cuba bilang berapa dah dipelurukan?
Cuba bilang berapa yang dah kecewa?
Cuba bilang berapa yang dah kau patah patah?
Cuba bilang berapa banyak kau dah ratah?
Berapa yang dah kau renyek renyek?
Berapa yang dah tumbang?
Kau hitung, tambah, darab, bahagi

Seperti itu nanti
pada tubuh kau yang satu
Kau akan ditikam,dipatah, diratah. dipenggal, direnyek, ditangisi, ditumbangkan
Sebanyak kali itu kau akan rasa.


#doa buat saudara
108am

Eksploitasi

Dari kalam ke talam
Aku telah didilemakan
Entah dari mana datang
Pulang pula tidak diundang

Aku mahu cerita pasal apa ya
Cerita jiwa yang masih belum berheti memukul mukul?
Cerita mengenai mata yang layu tak tutup2
Cerita mengenai hati yang tiada tisu otot?

Kenapa
Kenapa kau memaksa aku bekerja keras
Aku benci
Kau paksa aku menghadap kau
Kau paksa aku menceritaka semua
Kenapa paksa aku jadi sempurna macam kau?
Sedang jari, lengan peha betis, itu milik aku
Itu semua milik aku

Monolog#