Saturday, September 22, 2012

Datang

Tegarnya kau datang
bukan dalam bentuk bayang
Kini kau boleh aku rasa
Berjasad dan berhalwa

Apa lagi mahu?
Apa lagi mahu dicaci?
Apa lagi kau mahu kemari?
Apa lagi kau mahu aku tersungkur sendiri

Tolong Pergi
Beri aku keyakinan mengatasi takut diri
Yakinkan aku tentang pilihan ini
Ini pilihan terakhir yang aku ingin lakukan

Dia tangkap moody ape aku peduli
bukan ke aku dilahir untuk gembirakan orang?
Bukan ke aku diajar untuk mensenyumkan muram
Bukan ke aku diajar untuk melompat memetik bintang?
dan bagi dekat orang?
Bukan ke begitu memang cara hidup aku?

Bukan ke aku berjalan untuk berkawan?
bukan ke aku berlari untuk diorang gembira
peluh peluh aku yang selari?
Bukan aku terduduk untuk diorang rasa ruang?
Bukan aku sempit untuk memberi kan masa?

Tolong pergi
Aku tak suka kau datang
Aku takut
Aku takut


#Ahmadchin
2.43 a.m

No comments:

Post a Comment