Thursday, September 20, 2012

Dakap

Malam ini tiada teman
tidak lagi tercari adab dalam persimpangan
Tidak kisah kemana haluan
Sebab malam ini aku lena dalam dakapan

Cengkam dan menikam tapi bukan nada kejam
Hilangkan rasa gusar, tiada rasa seram hanya muram
Mula aku membaca mantera
Pena sebagai hatinya

Ditinggal kemudian kau datang dengan rasa damai
Jangan pergi terus dakap aku dalam ramai
Bawa aku pergi jangan dibiar lagi aku dalam kerajaan masai
'Sejuk' tolong teruskan dakapan
Tolong dakap aku yang mula hilang pertimbangan

Aku coretkan ini semua setelah berkira
Aku ukir kan semua setelah tambah, bahagi darab beza
Aku jumlah kan segala dalam prosa tanpa irama
Telah aku fungsikan segala yang aku lakukan
Segala hafaz algorithma kau aku bacakan
Dari prinsip ke satu prinsip aku cuba cubakan
Harap isotonik yang membakar platetonik
Mencambahkan segala luka kronik

Aku sembunyikan hati yang telah lama rapuh
Tak aku lihatkan dadaku yang kian reput dan melukut
Aku rahsiakan darah yang mengalir kerna luka satu badan
Aku bina empangan
Aku tegakkan sempadan
Hanya kerana tak mahu kau bersedihan
Lihat kerosakan, kelunturan, yang berselerakan

Terus aku memuji dalam biar angin badai datang menguji
Walau ada badai taufan cuba meragut ketenangan
Membuka aluran biar gelombang hangat ada laluan
'Jangan dipantulkan', 'jangan dipantulkan'

Ditemani pena aku tahu kau empunya hati
Mendampingi angin sejuk moga kau dapat rasa segala hangat
Kau masih mensakai 'sejuk' taat setiap saat
Lalu
Aku bilang pada 'sejuk'
Tolong jangan tinggalkan aku


21/9/2012
Menahan#

No comments:

Post a Comment