Saturday, July 14, 2012

Murah

Pada satu malam. Murah sedang menikmati keindahan pandangan. Pandangan yang indah adalah lautan manusia yang berbondong membawa duit tunai. Ini kerana dalam kepercayaan Murah, manusia yang membawa yang bawa kad Debit atau VisaCard tak mungkin akan membeli barang murah. Mereka akan lebih serong untuk membeli barang berjenama terbitan booth Gucci Prada atau Ralph Lauren.

Dalam situasi begini, murah sangat berkecil hati. Murah tahu dia yang sentiasa dicop sebagai barang reject, barang tiruan kerana persepsi manusia terhadap barang murah. Nak nak lagi apabila hipster hipster sikapnya adalah menggunakan barang murah sebagi belok mudah untuk berpenampilan seperti orang atasan. Murah terus terduduk dan termanggu disitu. Jasadnya busuk dan menjengkel kan pada mata orang kebanyakan di hadapannya. Entah kenapa. Mungkin namanya tidak ada singkatan FOS, atau berbunyi moden seperti Padini atau Roxxellette. Ya, manusia adalah mengenai persepsi. Tengok dan beli buku juga hanya baca muka surat belakang. Kemudian tinggalkan begitu sahaja tanpa amati isi dalamnya terlebih dahulu. Seperti juga persepsi terhadap jenama barangan tersebut. Bagi Murah, yang mengawal harga barang adalah Persepsi manusia sendiri. Entah jika ada Gula atau beras berjenama Rolex atau Martyn, harganya pasti akan lebih tinggi dan ada yang akan membelinya untuk memnuhi citarasa yang 'tinggi' kononnya. Jadi Murah amat berterima kasih kepada kerajaan kerana tidak memberikan gula sebagai barang pasaran bebas takut nanti towkay towkay besar akan menggunakan dirinya untuk menipu manusia.

Hidup Murah sebagai alternatif lain kepada barang atk mampu milik manusia amat menenangkan. Walaupun dalam masa yang sama Murah rasa dirinya layak untuk ditempatkan di kedai mewah dan dibeli menggunakan Debit atau Visa Card sahaja. Murah masih bersyukur. Sekurangnya hipster hipster yang desperate itu dapat dia tolong untuk memberikan sinaran kepada mereka seperti membeli barang yang berjenama. Seperti dalam kisah kisah dan lagenda perkahwinan, Murah amat berkecil hati. Sekiranya majlisnya kecil dan tidak menggunakan photographer istimewa, atau bajet kecil, Murah akan tidak dipedulikan. Waktu itu, Murah akan rasa super failed kerana dirinya gagal mendapatkan like yang banyak dari Facebook atau doa doa ringkas seperti 'semoga bahagia ka akhir hayat', 'semoga dapat anak cepat'. Murah pelik, kenapa barang barang mahal selalu mendapat tempat? sehingga bab keagamaan juga mendapat sambutan hambar untuk Murah. Sedangkan mana mana agama pun mengajarkan konsep keadilan dalam kehidupan. Jika Mahal dapat banyak, Murah juga ingin terasa begitu.

Murah terus bersedih. Dengan kesedihan yang gagal dibendung. Apatah lagi bila tengok mamat mamat dan aweknya yang gagal untuk ke jinjang pelamin kerana persepsi manusia yang buruk terhadap Murah. Semua mahu kan Mahal sahaja. Murah amat benci Mahal. Mahal telah membuatkan segala perkara menjadi susah. Murah bukan lah mahu sampai menukar namanya menjadi 'Mahal', Murah hanya mahu manusia berlaku adil. Supaya Murah juga dapat berbakti dan hidup selesa dalam kedai ini. Ini kerana, dalam diam, Murah jatuh hati pada seorang jejaka bernama 'Mahal'. Murah menjadi runsing dan bingung. Sebingungnya.

#Murah yang iri hati.


No comments:

Post a Comment