Hendak jadi kuat hidup dalam bersemangat
Lahir dari jalanan diejek rapat diperhebat
Bukan tidak sakit, bukan tidak penat
Senyuman ini sebenarnya senyuman penyengat
Peduli semua dah terjadi dalam dunia
Sakit itu sakit ini itu semua kita rasa
Teruskan ketawa mungkin sakit jiwa
Kerana sakit itu adalah resam dunia
Ya, orang yang semangat itu sebenarnya tengah tenat
Beribu sakit dilindung oleh 1 semangat
Kita boleh cakap, tapi tidak merasa
Sakit, penyakit membuat kan semangatnya berbisa
Mahu jalani kehidupan seorang yang biasa
Tidak bercerita mengenai gendongan dosa atau pahala
Tapi aku tahu, walau tak diberitahu
Lama dah disembunyi segala luka dalam senyum aku
Jalan di Bangi bukan untuk rasa wangi
Jalan di kajang jangan lupa makan satay sampai kenyang
Pesanan ringkas daripada aku
bukan sihat 'Moga kau bertenaga selalu'
Buat. Alin.
#Aku tahu kau bersemangat menyimpannya.
#sabarlah sayang
No comments:
Post a Comment