Cereka Purnama.
Macam purnama yang ada di setengah hari.
Siang membina derita dengan matahari.
Gila
Waktu aku cuba tatang kau
Waktu aku cuba jadikan kau idola
Waktu aku cuba jadikan kau semangat
Dan lebih bersemangat
Waktu kau membalas segala dengan senyuman
Waktu aku ceritakan segala permasalahan dan konflik.
Kau sanggup mendengar, tenang dan prolifik
Sampai saat aku dah berasa senang
Bahagia.
Aku harap kau akan terus sakit. Supaya aku akan terus mendamping
Apa lagi? itulah tanda aku sentiasa setia. Entah cinta entah suka
Aku amat suka bertanya keadaan.
Mungkin itu bukan soalan yang sepadan
Aku cuba ceritakan keadaan dan keadaan
Yap. Orang bercampur dengan aku disumpah untuk rasa bosan
Aku mahu bagitahu aku mula suka
Aku nak bagitahu aku ini teman suka dan duka
Aku nak bagitahu
Kau dah pulihkan kesakitan
Kembalikan cahaya
Saat putus asa
Aku bukan tak mahu bagitahu
Dari surat itu.
Aku baca. Kau dan dia malu malu
Surat yang penuh cerita suka dan duka
Pura bahagia dan kesakitan
Segalanya aku rasakan
Sampai di sebuah perenggan
Aku cemburu.
Sungguh
Rasa ini tidak patut ada
Dengki, hasad yang cetus rasa ingin memiliki
Takut aku hanya bawa mudarat.
Berdoa. Tangan rapat rapat
Semoga kau akan terus dibekal kudrat.
Jahanam.
Rasa yang tak patut ada.#
No comments:
Post a Comment