Thursday, May 2, 2013

Tuhan. Tolong Cepatkan

Pagi ini saya terbangun,
Alangkah cepatnya
Saya mahukan semua ini berakhir
Ya, tamadun kita jauh lagi ketinggalan berbanding mereka

Padanlah ada kisah yang menyatakan orang barat itu
lebih peka mengenai hal kemanusiaan
Berbanding orang islam seluruhnya

Mereka matang dalam berkempen
Mereka ingin menang
Tapi tidak pula memburukkan orang yang melawan mereka.
Dan sebaliknya

Pagi ini saya terbangun.
Alangkah pedih melihat dunia maya
Yang dihembur ayat ayat benci
Disulami ayat ayat suci

Mereka membaca
Bismillahirrahmanirrahim setiap pagi
Setiap hari

Lupa kah kamu tafsirnya sayang?
'Dengan Nama allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang'

Mungkin, petanda akhir zaman
Tuhan menarik nikmat kasih sayang dalam hati hati kita.
Atau kita sengaja menutup pintu
Dan membuang kuncinya

Marilah berdoa
Semoga benih benih kasih sayang
Yang telah ditabur
Oleh Tuan Yang Maha Penyayang
akan terus subur

Tidak ditarik. Tidak ditolak
Supaya lembut lembut
Jiwa jiwa itu
Yang sedang bergolak.

Saya kira sebelum tanah kita
menjadi padang jarak padang terkukur
Hati hati kita semua
Jiwanya sudah lama terkubur.


AhmadChin
3 May 2013

No comments:

Post a Comment