Perempuan,
Sedarlah kami ini lelaki lelaki
Ya, kami kebal dan berisi
Tambah lagi
Kau selalu gambarkan
Kami ini berbaju besi,
Kuat dan tempat melindung buli
Perempuan
Tahukah kah kamu
Dibalik baju besi yang mengkafan badan ini
Ia juga boleh berkarat
Ia juga akan mereput
Hanya dengan kata kata kamu perempuan
Entah jika kamu diam 1000 pun,
Kelulinya akan rapuh 1000
Kata kata mu yang tajam
Memanaskan dan mencalarkannya
Dari luar calarnya mungkin biasa buat kami
Namun besi ini, tebalnya kan nipis
Dan nipis lagi
Kebal kebalnya
Akan menyebal nanti
Mahu tahu satu rahsia,
Kau juga baju besi kami
Kau yang kami mahu selalu pakaikan disisi.
Saat itu,
percaya lah,
Walaupun mata pedang menhunus jitu
Kami akan bertahan sekuat mampu.
Namun jika kata katamu
Selalu sahaja menghiris bertalu
Kiranya lebih cepat
Jasad ini terbelah
Kerana itu.
Kata kata yang kau selalu hemburkan itu.
Kerana diam kau yang bosan kan jasad ini
Akan serta merta
Memasung populasi karat
di dada dada kami.
Ahmadchin
2May2013
No comments:
Post a Comment