Thursday, May 16, 2013

Memecah Sunyi


Hari itu
Waktu kamu memecah angin berlalu begitu.
Hatiku : ala itu sahaja

Hari itu
Waktu kamu berang seranahkan aku
Hatiku : ala itu je

Hari yang itu
Dibiar aku minta tanpa toleh kamu padaku
Hatiku ; ala itu sahaja

Hari yang itu
Yang kamu memberikan jelingan sialan
Pada lelaki yang penuh senyuman
Hatiku: ala dah biasa

Hari lain hari nanti aku harap
Biar dicincang mati
Biar digilis uli
Biar dihentap ranap
Biar dipijak hiba
Biar dihiris hiris
Biar diparang parang


Masih mampu hati
Lagi berkata
Hatiku : ala tu sikit je
Ahmadchin
17/5/2013

No comments:

Post a Comment