Tuesday, September 11, 2012

Bising

Naik pekak. sesak.
Lalu di sebuah tempat gelap
Sepatutnya sunyi. Gema lebih jahat
lagi kasi bising. Bingit
Kau nie macam ulat.
Ada penyakit
Dari awal kau gerak, 
huuuuwwwww,(Besi seret)
eeeett eeeeeeettt,(Besi Seret)
tak da bunyi lain?

Kau marah kami semua?
Kau penat mengendong ciptaan tuhan ni?
Yang penuh sisi sisi derhaka?
Yang tak reti pangkah silang tanda terima kasih?

Tren, kau diamlah!
Kau jangan diam!
Kalau kau tak bising ni. Aku dah mati
Bising kau ni dah buat otak berfungsikan jari

Mungkin kau adalah sang bala dari tuhan
Nak tunjuk cara untuk si penderhaka dipujuk
Beritahu kami!
Bahawa kami adalah hamba upahan
'Setiap huruf, disusun rapat jadi perkataan dan ayat
akan dibayar dengan ganjaran.'


LRT
3.13p.m

No comments:

Post a Comment