Tuesday, September 4, 2012

Konfliks Motivasi

Aku lihat
Masih ramai begitu termotivasi dengan hari hari mereka
Ada mereka, termotivasi dengan duit
Duit akan membuatkan mereka untuk rajin bekerja
Duit lah tempat berlindung dari celaka
Duitlah tempat memohon dan mengadu segala dusta dan nestapa
hebat!

Aku lihat
Mereka cukup termotivasi dengan ayat ayat mereka
Ada yang termotivasi untuk menjadi hero agama
Mereka menjual jual ayat agama
Siapa pengikut lebih ramai. Dia lebih hebat
Takpun penyokong mereka,
Menganggap ustad ustad mereka lebih betul dari ustad ustad jalanan
Atau ustad Ustad tak bertauliah

Aku masih melihat
Motivasi selalu dicanang
pelbagai
Ada \yang termotivasi untuk kurus demi gadis
Ada yang termotivasi kerana berjaya memikat hati si cinta
Ada yang termotivasi dari rasa benci dan duka.

Sementara aku
Masih mencari dimana terletak nilai motivasi diri
Lihatkan kesungguhan aku bekerja,
Duit adalah ukuran motivasi yang baik
Jika lihat atur cara kehidupan
Aku sebenarnya tiada sumber motivasi yang sebenar
Tapi aku cuba untuk memberi kata kata yang menyegarkan mereka
Yang menghilangkan sedih senda dan tawa.
Motivasi yang hilang
Mungkin juga adalah motivasi aku sebenar untuk terus hidup
Seperti kita rasa ingin mati
Mungkin itu juga motivasi untuk aku berada di pentas ini
Hari ni.

Syukur.#


Konflik motivasi.

No comments:

Post a Comment