Thursday, December 6, 2012

Lelaki Typhoon

Menjadisuatu angin yang menakutkan
Udara panas kebahangan
Sesudah segenap udara aku ruapkan
Bukan lagi penafasan yang mendinginkan
Aku menggegar  digelar siklon tropika
Mereka juga gelar aku hurikan

Kan akuk perlihatkan angin berpusaran
Bilamana matahari aku gelap kan
Baru aku lihat kamu insan mula berpautan
Sudah terlambat!
Harap maafkan

Aku ranapkan segala monumen dan bangunan
Segala gelandangan dimatikan keperitan
Tiada lagi kesempitan dalam kesesakan
Semua padam, suram, bersih aku sapukan

Sudah! Biar bumi ini aku jagakan
Aku lah sahabat kawan dan peneman
Apalah guna kamu manusia diberi akal
Bertangankan kerakusan
Ini semua adalah typhoon keadilan
Aku warkahkan
Apa dah kau rasa?
Untung kah bertemu tuhan?
Atau mahu turun lagi jalankan kewajipan?


Ahmadchin
7/12/12

No comments:

Post a Comment