Wednesday, December 19, 2012

Tiruan

Aku ini bukan lah orang muzik
Jauh sekali bergelar orang puisi
Kata arwah
Orang berpuisi adalah orang gila
Mungkin aku tak cukup gila

Pernah aku cuba menulis
Aku cari isu isi
Namun banyak sangat tapis
Nilai jujur kurus nipis
Aku takut.
Semua ini hanya najis

Aku lihat malaikat aku cuba nak mendekat
Sehingga sayapnya mahukan aku
Aku lihat setan aku dah perasaan
Aku sangka jujur seronok setiap perbuatan

Lama ku sedar rupa aku sebenarnya suatu contengan
Yang terlukis pasal keinginan
Buruk tiada tarikan

Tapi

Makin lama
Aku mahu selalu dalam bidang ini
Biar aku belajar jujur untuk berkarya sendiri
Biar suatu hari
Malaikat dan syaitan itu
Tertarik dan terkujat
Terkujat dan melompat
Memberi kemaafan
Pada yang pernah
Cuba memberi saingan

Sekian

Ahmadchin

No comments:

Post a Comment