Jika ibu selalu mengerti
Menjadi lelaki macam kami
Kalau ibu mahu tahu
Lelaki ego itu adalah aakuu..
kami ini lelaki
malu ego yang menangkis diri
Kami ini anak lelaki
Kasar kasar kami
Setia ibu tatang kami..
Didalam hati kami kamu permaisuri
Tidak redha Ibu diambil ilahi
Mungkin tak terkabar pada mu nanti
Betapa sebak hati
Merenung wajah dewi
Wahai Maharani yang gagah jiwa
Namun segala langkah diatas dunia
Tidak kami lupa
Di wajah anakanda
Adalah sebatian ibunda.
Kehadapan mama terimalah sujud anakanda
Dalam tulisan jiwa yang meronta
Dalam ini tiada kata dusta
Dari kami anak yang pernah derhaka.
#Ahmadchin
No comments:
Post a Comment