Thursday, December 13, 2012

Cerita Anak Yang Dibuang

Ayahanda nampak tak bulan itu malap tak bercahaya
Bintang jauh tak pernah sikit nak dekat pada saya
Kenapa saya dibuangnya disini
Tempat yang alam tak pernah peduli

Tuhankan turunkan saya dalam jasad ibu
Untuk ditimang berikan cucu
Tuhankan hadiah saya pada ayah
Untuk melupakan masaalah

Saya ingin disitu dipangkuan ibu
Saya akan rebah dalam pelukan ayah

Dengarkan suara saya
Yang tak ada.


Saya ini bukan anak haram
Cuma saya ini anak mereka yang pernah karam
Pedulikan kata orang kita
Mereka tidak sayang harta dan nyawa

Ke mari ayah bonda kita bina semula
Bina semula keluarga kita
Ingin aku dengar aku ditatih
Aku nak jadi pakar ayah yang latih

Satu hari saya mungkin jadi doktor
Mahu menabibkan ayah dan bonda
Kemari sini, pimpinlah saya
Saya nak jadi anak yang mulia
Berikan saya peluang kedua.

:(





#Ahmadchin


13/12/2012

No comments:

Post a Comment