Friday, June 29, 2012

Kota Nostra Bangsa

Aku terus berjalan
Mencari matlamat dalam jalan yang tiada haluan
Berjalan senyum
Ternampak awek cun tengok aku macam badan sasa.

Mulanya dari pintu itu
Tempat aku memang bukan disitu.
Tidak mampu aku merenung lama lama muka penipu
Kerna di situ manusia semua
menjadi kaki ampu

Terlihat ramai insan
Yang sudah hilang nilai iman dah ihsan
Aku maafkan mereka kerana mereka tidak sempurna
Cuma kerna sayang
Bergadai maruah dan menggadai kata

Kini ciinta itu direka untuk jadi bahan jenaka
Disorong dengan beg dan jam tangan indah belaka
Tersenyum bersama, kecewa bersama
Mengharap hari mendatang merekakan bahagia.

Namun kerana barang
Mereka hilang pedang
Orang orang luar yang susah dibuat tak pandang.
Membina kemajuan
Mencari diri dalam kemajuan
Akhirnya mereka seperti
insan kemajuan yang hilang pedoman

Tiada lagi kata manis dapat didendang
Tiada lagi senyum manis pengerat renggang
Kini semua ada barang
Barang barang untuk beli pasangan punya barang

Lidah Topi

Bila pagi, matahari akan keluar dari tempat bersembunyi
Kerna bulan telah menghilang setelah gamit rasa sunyi
Dalam hidup di tengah ceruk kota
Masih lagi kita rakyat Masih lagi kita biasa
Tiada lebih dari kuasa paranoia.

Dengan topi penuh kita masih ada budaya
DAri melanguk gila pada orang korea
Aku ada topi
Topi yang dulu mencipta tulisan grafiti
Sejarah tunjuk dulu seni kita diperangi
Dan kini mereka kembali setelah buang kita macam tahi

Dan bila kita mula berkuasa oh
Terlepas dari kurungan dalam bersendirian
Semua Gadis gadis itu kita punya

Semua orang mula menganggap kita macam raja

Wednesday, June 27, 2012

Lempias Rakyat

1,2,3 dan 4
Itu semua nombor yang pasti bukan abjad
Dalam sihat aku melihat
Nenombor masih dibuat muslihat oleh orang jahat.

1,2,3 dan 4
Habis harta kita semua orang kaya rembat
Dalam mencuri merompak mereka tidak kenal penat.
Bagi mereka mencuri biar bertempat
Merompak biar pandai lagi meligat

Nombor itu dikira
Tiada apa kita dapat hanya ada penat
Akhirnya di atas jalan raya memperlihat
Hebatnya kuasa sosok yang bernama rakyat

Ini semua mainan karot kau media
Tak semestinya tv3, jangan lupa astro juga
Menayangkan gambar dan sosok yang
gemuknya tak sihat
Pipinya melendut, seperti roti ada kulat.

Senyuman, ternampak kononya menawan
Ada yang sedih ada yang bertepuk tangan
Ada menteri yang suka tido, kali ini menteri pengumuman
300, 500 macamlah undi aku kau dah tawan

Hari ini, mungkin undi aku hanya satu
Jadi kau tak takut dan terus biar dikuasai hantu
Kelak nanti bila puisi ini deberitahu tahu pada yang nahu
Aku pesan 'jaga jaga', sambil aku menepuk bahu
Dalam tertindas, kami akan bingkas
Sudah 5 dekad kini kantung poket sudah cukup muat.
Tunggu, nanti ia bocor.
Disaat kami rapat, Tiada lagi pilihan.
Kami lihat muka kau ketat apabila kau berundur.

Tuesday, June 26, 2012

Alin

Hari ini aku baca cebisan kamu
Tulisan yang datang dari pengalaman
Diterangi dengan jujur dari kalbu
Mula dengan darah yang baru keluar
Sehingga darah terakhir bakal keluar
Mahukah kau tahu bahawa nafasku tika itu jadi sukar.

Segala cakap doktor kau iakan dan iakan
Segala suntik kau iakan dan biarkan
Kerna dalam hati, bisik menari nari
'semoga tuhan merahmati kehidupan ku ini'

Suka, duka, gembira, hiba cemburu itu semua aku rasa
Dalam rasa yang kadang kala menjadi bisa
Sampai terbuah puitik puisi dan kata
Dalam rangkap rangkap buruk namun masih tiada irama
Ini semua untuk kau
Ini semua untuk kau
Tidak aku cemburui walau dia dah merapati
Aku hanya sedih kerana gagal jadi Pari Pari
Melindung, Merasa, dan Mengalami semua
pedih dalam ulu hati

Saat doktor itu bercerita kau masih diamkan
Lagak senyuman ketenangan yang kau biaskan
Ini semua kerna disebelah mu ada insan
Seorang yang sempurna dengan sikap keibuan
Segala air telah aku tapiskan
Bagai empangan menunggu keretakan
Demi umat yang menagih airnya
Kau masih menahan dan bertahan

Jika sebelum ini aku ajukan puisi pada tuhan
Didalamnya aku anakkan soalan dan persoalan
Cetusan dari ketidakpuasan
Cukupkah sekadar
Kerna dia tuhan jadi dia yang tentukan
Jangan Kau risau.
Aku masih lagi bertuhan
Tidak terlucut sedikit pun iman.
Kerana masih beriman.
Aku bertanya pada tuhan.

Jangan risau kau takkan berseorangan bersendirian
Jikalau perlu kau masih ada teman.
Sekiranya tiba pada suatu sempadan.
Disaat semua pergi,busy dan kau rasa bersendiri
Aku masih disini
Mendongakkan tangan meminta pada yang hakiki


Gadis dipanggil 'Alin'#
1.20 a.m

Soalan buat tuhan

Hati dalam kini
berbaur bermosi
baru baca berita dari si dia tadi
Sang bidadari.
Ayatnya terakhir ibarat menunggu mati.

Apa khabar tuhan?
sudahkah kau tentukan?
hayat dia yang kini bersyukur dalam ketenangan
belajar erti hidup selepas ketenatan.
Inikah ujian?
Inikah pengajaran?
Sedang aku kenal seorang insan dia
seorang hamba yang humble, yang juga makhlukmu tuhan

Sembuhkan
pulihkan
peliharakan
tenangkan
senangkan
panjangkan
kembali berangan angan
memburu impian
Dengan seorang yang dikatakan malu untuk dia bicara bersama dengan


Pada aku dia yang sempurna
Selepas diuji sakit masih lagi sumpah taat setia
Masih lagi hebat mengiyakan dan mengiyakan
Bila dia pergi dalam aku mungkin hanya bayangan
Sementara masih realiti hadiahkan dia inspirasi gupsi

Masih belum akhir. rangkap puisi ini
hanya sekadar menzahirkan pendam emosi
Dalam takut dan kasihan pada si gadis ini
Suratnya mengubah kebalnya sorang lelaki
Hebatkan gadis ini?
Menjadikan aku begini.
Dalam diam aku menampakkan luka luka sanubari



Ya.
aku juakan pergi
Bertemumu kekasih abadi dan hakiki
kini aku hanya berharap.
aku tahu pendengaranMu dan ketahuanMu
melebihi formal doa dan tangisan
Kini adalam tulisan aku beratkan dengan harapan.
 Semoga dia yang juga makhluk tuhan
Diberi kekuatan teruskan kehidupan.

Gadis Bernama Alin#
2.00 p.m, 30 Jun 2012

Bandar Jumud

Aku terus melangkah
Singgah di suatu bandar.
Bandar ini hebat. First class katanya
Bangunan tinggi tinggi. Rasa kerdil sekali

Di situ,
aku nampak berberapa kumpulan
bertie tampak kacak sekali
Jalan meninggi diri.
Lagi. Aku amat kerdil sekali

Di sana
Ada beberapa pasangan bercanda
Kehulu kemari, ke hilir kemari
Dalam qumulus cinta dikata.
Bangga, awek mereka tinggi. Seksi. Berseri
Mereka pula menawan, kemeja menampakkan dada
Tak terlihat orang kerdil. kerana mereka di awan tinggi.

Dihadapan
Ada mereka yang sedang memekik
aku lihat mereka dalam kaca.
Hairan. Pekikannya macam penuh merdu
Ramai yang tertumpu, sesekali bertepuk
adakah pekikan itu adalah nyanyian dibandar ini?

Dibelakang.
Aku dengar bisik bisik
Mereka sedang menuju kehadapan
Kesana dan kesitu
Mereka carik tempat dalam kumpulan goblok itu
Memang goblok
Berlari
Terlalu laju.
Tak terlihat pun tubuh aku
Ya. aku sangat kerdil
Apa aku buat di kota modenisasi ini?
Bagaimana proses pembinaan bandar yang jumud ini?

Masalah



Tika itu aku meniatkan tidur
Aku termenung
jauh fikiran melayang
Ternampak UFO datang menyerang
Seram
Hitam
Hijau. Jijik

Setelah beritanya hanya di awangan
Mereka turun
Dalam muvie, biasa di negara omputih
Tapi kali ini di tanah airku Malaysia
Pelik.
Singgah di depan pintu
RUmah AKu!
Aku sangka mahu bawaku berjalan bawa ke satu taman

Sedang aku pelik
Makin aku susah hati
sebab aku seorang yang penyepi
Aku hanya mampu tengok mereka semakin membiak
Hebat. Tanpa sperma dan ovum mampu membiak!
Aku cuba kunci pintu.
buka lampu. mungkin mimpi!
Tidak.
Ini realiti
makin menghimpit. membuat aku rasa tak keruan
Jasad aku tak mampu disentuh
Cuma jiwa aku bertambah kecelaruan
Tangan mereka yang boleh memanjang membelit kepala aku
Aku rimas. Lemas.
Aku renung zink. Ada pula keluar dari celah itu
Tersenyum menyakitkan hati.
Tidak merosakkan fizikal.
cuma aku rasa benar terperangkap

Terperangkap dalam maya aku cipta sendiri.

Jun, 2012
2,12 p.m