Hati dalam kini
berbaur bermosi
baru baca berita dari si dia tadi
Sang bidadari.
Ayatnya terakhir ibarat menunggu mati.
Apa khabar tuhan?
sudahkah kau tentukan?
hayat dia yang kini bersyukur dalam ketenangan
belajar erti hidup selepas ketenatan.
Inikah ujian?
Inikah pengajaran?
Sedang aku kenal seorang insan dia
seorang hamba yang humble, yang juga makhlukmu tuhan
Sembuhkan
pulihkan
peliharakan
tenangkan
senangkan
panjangkan
kembali berangan angan
memburu impian
Dengan seorang yang dikatakan malu untuk dia bicara bersama dengan
Pada aku dia yang sempurna
Selepas diuji sakit masih lagi sumpah taat setia
Masih lagi hebat mengiyakan dan mengiyakan
Bila dia pergi dalam aku mungkin hanya bayangan
Sementara masih realiti hadiahkan dia inspirasi gupsi
Masih belum akhir. rangkap puisi ini
hanya sekadar menzahirkan pendam emosi
Dalam takut dan kasihan pada si gadis ini
Suratnya mengubah kebalnya sorang lelaki
Hebatkan gadis ini?
Menjadikan aku begini.
Dalam diam aku menampakkan luka luka sanubari
Ya.
aku juakan pergi
Bertemumu kekasih abadi dan hakiki
kini aku hanya berharap.
aku tahu pendengaranMu dan ketahuanMu
melebihi formal doa dan tangisan
Kini adalam tulisan aku beratkan dengan harapan.
Semoga dia yang juga makhluk tuhan
Diberi kekuatan teruskan kehidupan.
Gadis Bernama Alin#
2.00 p.m, 30 Jun 2012
No comments:
Post a Comment