Tuesday, June 26, 2012

Masalah



Tika itu aku meniatkan tidur
Aku termenung
jauh fikiran melayang
Ternampak UFO datang menyerang
Seram
Hitam
Hijau. Jijik

Setelah beritanya hanya di awangan
Mereka turun
Dalam muvie, biasa di negara omputih
Tapi kali ini di tanah airku Malaysia
Pelik.
Singgah di depan pintu
RUmah AKu!
Aku sangka mahu bawaku berjalan bawa ke satu taman

Sedang aku pelik
Makin aku susah hati
sebab aku seorang yang penyepi
Aku hanya mampu tengok mereka semakin membiak
Hebat. Tanpa sperma dan ovum mampu membiak!
Aku cuba kunci pintu.
buka lampu. mungkin mimpi!
Tidak.
Ini realiti
makin menghimpit. membuat aku rasa tak keruan
Jasad aku tak mampu disentuh
Cuma jiwa aku bertambah kecelaruan
Tangan mereka yang boleh memanjang membelit kepala aku
Aku rimas. Lemas.
Aku renung zink. Ada pula keluar dari celah itu
Tersenyum menyakitkan hati.
Tidak merosakkan fizikal.
cuma aku rasa benar terperangkap

Terperangkap dalam maya aku cipta sendiri.

Jun, 2012
2,12 p.m

No comments:

Post a Comment