Hari ini aku baca cebisan kamu
Tulisan yang datang dari pengalaman
Diterangi dengan jujur dari kalbu
Mula dengan darah yang baru keluar
Sehingga darah terakhir bakal keluar
Mahukah kau tahu bahawa nafasku tika itu jadi sukar.
Segala cakap doktor kau iakan dan iakan
Segala suntik kau iakan dan biarkan
Kerna dalam hati, bisik menari nari
'semoga tuhan merahmati kehidupan ku ini'
Suka, duka, gembira, hiba cemburu itu semua aku rasa
Dalam rasa yang kadang kala menjadi bisa
Sampai terbuah puitik puisi dan kata
Dalam rangkap rangkap buruk namun masih tiada irama
Ini semua untuk kau
Ini semua untuk kau
Tidak aku cemburui walau dia dah merapati
Aku hanya sedih kerana gagal jadi Pari Pari
Melindung, Merasa, dan Mengalami semua
pedih dalam ulu hati
Saat doktor itu bercerita kau masih diamkan
Lagak senyuman ketenangan yang kau biaskan
Ini semua kerna disebelah mu ada insan
Seorang yang sempurna dengan sikap keibuan
Segala air telah aku tapiskan
Bagai empangan menunggu keretakan
Demi umat yang menagih airnya
Kau masih menahan dan bertahan
Jika sebelum ini aku ajukan puisi pada tuhan
Didalamnya aku anakkan soalan dan persoalan
Cetusan dari ketidakpuasan
Cukupkah sekadar
Kerna dia tuhan jadi dia yang tentukan
Jangan Kau risau.
Aku masih lagi bertuhan
Tidak terlucut sedikit pun iman.
Kerana masih beriman.
Aku bertanya pada tuhan.
Jangan risau kau takkan berseorangan bersendirian
Jikalau perlu kau masih ada teman.
Sekiranya tiba pada suatu sempadan.
Disaat semua pergi,busy dan kau rasa bersendiri
Aku masih disini
Mendongakkan tangan meminta pada yang hakiki
Gadis dipanggil 'Alin'#
1.20 a.m
No comments:
Post a Comment