Tuesday, June 26, 2012

Bandar Jumud

Aku terus melangkah
Singgah di suatu bandar.
Bandar ini hebat. First class katanya
Bangunan tinggi tinggi. Rasa kerdil sekali

Di situ,
aku nampak berberapa kumpulan
bertie tampak kacak sekali
Jalan meninggi diri.
Lagi. Aku amat kerdil sekali

Di sana
Ada beberapa pasangan bercanda
Kehulu kemari, ke hilir kemari
Dalam qumulus cinta dikata.
Bangga, awek mereka tinggi. Seksi. Berseri
Mereka pula menawan, kemeja menampakkan dada
Tak terlihat orang kerdil. kerana mereka di awan tinggi.

Dihadapan
Ada mereka yang sedang memekik
aku lihat mereka dalam kaca.
Hairan. Pekikannya macam penuh merdu
Ramai yang tertumpu, sesekali bertepuk
adakah pekikan itu adalah nyanyian dibandar ini?

Dibelakang.
Aku dengar bisik bisik
Mereka sedang menuju kehadapan
Kesana dan kesitu
Mereka carik tempat dalam kumpulan goblok itu
Memang goblok
Berlari
Terlalu laju.
Tak terlihat pun tubuh aku
Ya. aku sangat kerdil
Apa aku buat di kota modenisasi ini?
Bagaimana proses pembinaan bandar yang jumud ini?

No comments:

Post a Comment