Tuesday, December 17, 2013

Kepada Penguasa

Kehadapan Penguasa
Sudah sudah lah dengan kuasa semua.
Pernah ingat janji kamu pada beta?

Kamu janji mahu diurus segala baik belaka
Tidak penuhkan kantung juga
Mahu dibiar kami bersenang selama
Mahu utama apa yang utama

Sekarang semua entah kemana
Kau mungkin lupa
Kata kau, kami akan diutama

Kini kau kembali
Sambi mengulang Janji janji mu pada beta
Kau kemari
Untuk mengunci dan meleher beta

Kau rampas segala harta.
Kata kau,
Raja disana lebih susah gamaknya
Raja disana lebih perit hidupnya

Sedarlah penguasa.
Ini tanah, tanah kita.
Usahakan bersama
Untuk semua.
Bukan kaum kamu sahaja.
Wahai penguasa,
Ampunkan beta andai terlebih berbicara


Tapi fikirlah
Pernah Tuan Penguasa,
Meminta ampun ketika
semuanya tersalah kira?
Ketika semuanya
Lebih murah juga?

Ya,
Kami akan turun ke jalan raya
Seperti yang diseru menteri penguasa
Tak bayar toll
Cuma Berjalan kaki dan bersahaja
Seperti yang tuan kata.

AhmadChin
18/12/13

No comments:

Post a Comment