Wahai si gadis muda
Teruskan lah kembara di bumi kita
Teruskan meresam adat didunia
Hilang jangan berpatah nyawa
Didapat jangan berputus usaha.
Wahai si gadis muda
Disini mungkin persinggahan sahaja
Untuk kau berlalu dan merasa duka
Aku berdoa kau kuat seperti kala
Seperti siang terik panasnya.
Wahai sigadis muda.
Aku disini sentiasa mencuba
Yang pertama, aku harus lawan lemahnya jiwa
Aku harus cantik semua
Yang kedua,
aku harus tahu, bahagia itu melihat kau bahagia juga
Kau bebas untuk mencai cerca
MEndurji durja
Pada simuda yang telah membuat bala
Yang pernah rangkulmu sekuat hatinya
Ingin diminta tunggu apakan daya.
Kau manusia, ada masa. kau marah juga,
Kau sedih juga
Akhirnya
Semoga kau akan berjumpa dia.
Dan terus kekal bahagia
Harapnya
Itu jasa akhir seorang pemuda.
Yang masih taruhkan hati pada si dara.
Yang berlalu pergi
Membawa lara
Ahmadchin
Disember 2013
No comments:
Post a Comment