Tuesday, December 17, 2013

Tunggul Mati

Siapa mahu suatu yang biasa hilang dari hati
Bila fikir saja akan bawak sampai mati
Sama da jasad atau rutin yang dirindui
Itu hati manusia pasti tak kan pasti

Mungkin sakit untuk lepas kan dia pergi
Sakit lagi untuk hanya tengok berdiri kat sini
Intai intai sampai nampak tahi celah gigi
Sampai dia tahu yang kau masih taruh hati

Apa guna taruh hati kalau masih sendiri
Cantik merpati tu bila terbangnya sejoli
Tiada merpati yang cantik sendiri
Berpasangan itu kurniaan ilahi

Aku rela, aku rela kalau terlepas kali ini.
Aku lelaki dah biasa perkara2 macam nie
Yang akhirnya aku akan cuba sandar pada hati
Yang retak seribu dek kekerasan sendiri
Yang terhentak oleh kbodohan tungguk mati


AhmadChin
18/12/13

No comments:

Post a Comment