Sunday, June 24, 2012

Isnin

Permulaan hari, permulaan dunia.
Memaksa, memulas dan meramas
Segala rentak dan harta dunia.

Dunia menjadi kosong, ada juga yang meneropong
Bukankah hidup ini tidak patut kosong?
Jangan biarkan ianya kosong
Isikan hiburan di setiap ruang dan lohong.
Sistem sememangnya mengajar menjadi hamba.
Bangsawan dipuji dan bangsawan akan dipuja
Demi sepotong gaji.
Demi secubit nasi.

No comments:

Post a Comment